Latihan Amali Bersepadu adalah latihan khusus kepada pelatih-pelatih Kursus Sijil Perhutanan Renjer Hutan Sesi 2018-2020. Latihan ini adalah untuk pelatih-pelatih menjalani latihan amali bagi subjek-subjek yang telah dipelajari semasa di semester 1 dan 2. Antara subjek yang dipelajari adalah Botani Hutan, Inventori Hutan, Ukuran Tanah, Pengusahasilan Hutan, Silvikultur Ladang Hutan, Mensurasi Hutan, Silvikultur Hutan Asli dan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan.