soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Karas (Aquilaria)

karas

Deskripsi: 

Pokok Karas merupakan spesies daripada famili Thymelaeaceae. Di Semenanjung Malaysia terdapat lima (5) spesies yang telah dikenalpasti iaitu Aquilaria malaccensis, Aquilaria microcarpa, Aquilaria hirta, Aquilaria beccariana dan Aquilaria rostrata. Pokok Karas boleh menghasilkan gaharu yang terbentuk secara semula jadi akibat daripada tindakbalas pokok terhadap fungus, kecederaan dan serangan serangga perosak. Pokok ini akan mengeluarkan sejenis minyak yang berbau bagi melindungi bahagian yang cedera sama ada batang, dahan dan akar. Minyak tersebut menjadi keras dan dikenali sebagai damar. Gaharu dikategori dalam pelbagai gred. Di peringkat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, gred gaharu adalah berdasarkan ciri-ciri seperti warna, saiz/bentuk, bau dan tebal. Gred ini digunakan untuk tujuan kutipan cukai sebelum hasil tersebut dikeluarkan untuk dijual.

Hubungi Kami

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur
No. Tel: 603-26164488
No. Faks: 603-26925657
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Statistik Pelawat

Hari Ini 1263

Semalam 13553

Minggu Ini 89695

Bulan Ini 43221

Keseluruhan 11408793