Chengal (Neobalanocarpus heimii) |
|
![]() |
![]() |
Deskripsi:
Pokok Chengal merupakan pokok kayu keras yang popular. Kawasan taburan semula jadi pokok ini terhad kepada Semenanjung Malaysia, Singapura dan selatan Thailand. Pokok chengal boleh dijumpai di hutan pamah dipterokap, terutamanya di tanah yang beralun, kawasan paya dan kadang kala di kawasan kering di hutan paya. Kayu chengal adalah kayu keras yang tahan lama dan mempunyai ketumpatan antara 915 hingga 980 kilogram per meter padu yang kebiasaannya digunakan dalam kerja pembinaan berat terutama pembinaan bot, tiang dan jambatan tanpa perlu diawet kerana ia tahan dari serangan anai-anai. Di Malaysia, pokok chengal tumbuh di kawasan hutan tanah pamah yang mempunyai ketinggian kurang dari 1000 meter, terutamanya di kawasan yang mempunyai saliran air yang baik. Kebiasaannya pokok chengal hidup dengan baik di kawasan yang menerima hujan lebih dari 2000 milimeter setahun.