soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Biodiversiti

Corybas holttumii Family : Orchidaceae
Subfamily :-
Genus : Corybas
Spesies : Corybas holttumii

Deskripsi: 

Orkid ini merupakan salah satu antara tiga spesies orkid yang endemic bagi Semenanjung Malaysia, iaitu Bulbophyllum linearifolium, Corybas holttumi dan Dendrobium rupicolum. Corybas holttumii telah dijumpai dan direkodkan oleh sekumpulan penyelidik daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Rusea Go semasa Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Gunung Besar Hatu, Negeri Sembilan pada tahun 2010. Spesies ini merupakan salah satu daripada spesies orkid yang terancam oelh kerana kemusnahan habitat bersama-sama dengan perubahan iklim yang mungkin boleh menyebabkan beberapa spesies orkid mengalami kepupusan.

Acanthosaura titiwangsaensisAcanthosaura titiwangsaensis Family : Agamidae
Subfamily :-
Genus : Acanthosaura
Spesies : Acanthosaura titiwangsaensis

Deskripsi: 

Acanthosaura titiwangsaensis mempunyai ciri kepala berbentuk segi tiga, bermuncung pendek dengan saiz mata yang sederhana besar. Penemuan kali pertama direkodkan adalah di Cameron Highlands, Pahang oleh kumpulan penyelidik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) membuat kajian berkaitan heptofauna sewaktu Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Pergunungan Cameron Highlands, Pahang diadakan pada tahun 2008. Mengikut kajian, panjang maksimum untuk spesies jantan dewasa boleh menjangkau ke 118.4 mm, manakala bagi spesies betina dewasa boleh mencapai sehingga 112.7 mm. Warna sisik Acanthosaura titiwangsaensis amat menarik dimana dua pertiga warna ekor adalah hitam ke perang gelap, manakala badannya mempunyai tompok kekuningan hijau yang dikelilingi oleh warna kelabu dan ini membezanya dengan spesies yang lain.

Iguanura belumensis.jpg Family : Rhacophoridae
Subfamily :-
Genus : Rhacophorus
Spesies : Rhacophorus norhayatii

Deskripsi: 

Rhacophorus norhayatii pertama kali direkodkan oleh kumpulan penyelidik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sewaktu Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Gunung Panti, Johor pada tahun 2006. Penemuan spesies ini sekaligus merekodkan satu spesies baru yang dinamakan bersempena dengan nama penyelidik yang menjumpai spesies tersebut. Sehingga kini, rekod menunjukkan taburan spesies ini bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia adalah seperti Hutan Simpan Ulu Muda, Kedah; Tanah Rata Cameron Highlands, Pahang; Gunung Besar Hantu, Negeri Sembilan; Taman Negara Endau Rompin, dan Hutan Simpan Gunung Panti, Johor. Ciri-ciri khas yang ada pada Rhacophorus norhayatii yang membezakan spesies ini dengan yang lain adalah Kulit renang antara digit berpigmen gelap (hitam dengan bintik biru), bahagian tepi badan berwarna biru gelap dengan garis nipis berwarna coklat di sempadan dengan dorsal (badan bahagian atas) yang berwarna hijau muda yang sekata. Ukuran bagi katak dewasa adalah 64.7 mm (muncung-anus, SVL); manakala bagi katak dewasa betina adalah maksimum 83 mm.

Iguanura belumensis.jpg Family : Arecaceae
Subfamily :-
Genus : Iguanura
Species : Iguanura belumensis

Deskripsi: 

Iguanura belumensis merupakan salah satu spesies palma yang endemik bagi kawasan Taman Negeri DiRaja Belum. Penemuannya turut direkodkan semasa satu ekspedisi saintifik anjuran Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia pada 18 – 23 Jun 2007 di Hutan Simpan Belum, di Negeri Perak Darul Ridzuan. Penemuan palma unik ini telah direkodkan oleh seorang penyelidik daripada Folia Malaysiana iaitu Yang Berbahagia Datuk Seri Lim Choong Keat.

Merbau (Intsia spp.)

merbau

Deskripsi: 

Mempunyai warna coklat keperangan apabila baru dipotong, dimana berubah ke warna perang kemerahan gelap mengikut peringkat umur. Warna antara kayu boleh menjadi sangat berubah-ubah. Terdapat juga deposit mineral kuning kecil yang terdapat di seluruh kayu, menjadikannya lebih mudah untuk dibezakan dari spesies-spesies serupa yang lain. Deposit kuning mudah larut dalam air dan menyebabkan warnanya pudar.

Balau (Shorea sp.)

balau1 

Deskripsi: 

Pokok Balau (Shorea sp.) merupakan spesies dipterokarpa tergolong dalam kumpulan kayu keras berat dan mempunyai ketahanan yang tinggi. Kayunya amat sesuai digunakan di dalam pembuatan pembinaan dan pembuatan perabot. Spesies ini menghasilkan resin atau damar yang secara tradisinya, resin ini digunakan dalam pembuatan obor dan sekarang digunakan dalam industri pembuatan cat dan varnish. Ia juga digunakan sebagai bahan emulsi dan penstabil untuk pengeluaran cat dan dakwat percetakan. Pokok Balau mempunyai taburan yang meluas di sekitar Sumatra, Thailand dan Semenanjung Malaysia. Spesies ini biasanya tumbuh dengan subur di kawasan lembah dan berbukit.

Hubungi Kami

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur
No. Tel: 603-26164488
No. Faks: 603-26925657
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Statistik Pelawat

Hari Ini 1285

Semalam 5021

Minggu Ini 1285

Bulan Ini 177310

Keseluruhan 7962832