soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Makluman

 

KUALA SEPETANG, 21 MAC 2012 - Sambutan Hari Perhutanan Sedunia ke-41 Peringkat Kebangsaan dengan tema ‘ Hutan Untuk Kesejahteraan Masyarakat’ telah berlangsung pada 21 Mac 2012 bertempat di Pusat Eko-Pelajaran Hutan Paya Laut Matang, Kuala Sepetang, Taiping, Perak. Upacara perasmian disempurnakan oleh  YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd. Kadir, Menteri Besar Perak. Majlis ini dihadiri oleh YBhg. Dato’ Dr. Mohd Ali bin Mohamad Nor, Timbalan Ketua Setiausaha I, YBhg. Dato’ Dr. Che Ab Rahim bin Nik, Timbalan Ketua Setiausaha II Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, dan YBhg. Dato’ Dr. Hj. Abd. Rahman bin Hj. Abd Rahim, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, YBhg. Dato’ Masran B. Md. Salleh, Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia (Dasar dan Perancangan) dan Tn.Hj. Roslan bin Ariffin, Pengarah Perhutanan Negeri Perak.Turut hadir bersama adalah wakil daripada jabatan-jabatan dan agensi kerajaan, NGO, pihak swasta, pelajar-pelajar dan masyarakat tempatan. Menteri Besar Perak juga telah menyatakan penghargaan dalam ucapannya kepada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan Perhutanan Negeri Perak atas segala usaha dalam penganjuran majlis ini.

 

Pengiraan countdown ke-24 juta pokok di bawah Kempen Menanam 26 Juta Pokok merupakan tanda simbolik pelancaran pada majlis kali ini disertai dengan pelancaran buku herba yang bertajuk ‘Khazanah Herba Negeri Perak’. Sambutan ini diteruskan dengan lawatan ke tapak pameran oleh YAB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd. Kadir, Menteri Besar Perak. Kemuncak sambutan pada kali ini diteruskan dengan upacara penanaman pokok Merbau ipil (Intsia bijuga) sebagai pokok yang ke-24 juta pokok ditanam. Upacara penanaman pokok bakau ini turut disertai oleh  YBhg. Dato’ Dr. Hj. Abd. Rahman bin Hj. Abd Rahim, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia bersama-sama dengan jemputan kenamaan yang lain dan juga para pelajar. Serentak dengan  sambutan pada kali ini, Kem Pemimpin Muda Prihatin Air yang melibatkan 100 pelajar sekolah menengah  dari seluruh Semenanjung Malaysia turut diadakan bermula pada 20 hingga 24 Mac 2012 sebagai salah satu platform yang melibatkan penyertaan masyarakat.

 

MAJLIS SAMBUTAN HARI PERHUTANAN SEDUNIA KE 40 DAN PELANCARAN TAHUN HUTAN ANTARABANGSA 2011 PERINGKAT KEBANGSAAN telah dirasmikan oleh Y.A.B DATO’ HAJI ABDUL GHANI BIN OTHMAN, Menteri Besar Johor pada 21 Mac 2011 (Isnin) di Taman Wilayah Nusajaya , Johor. Aturcara Majlis

Peta Lokasi

 

Pada tahun ini bersempena dengan ulang tahun ke-25 Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), satu Innugural International Symposium on Forestry and Forest Products 2010 (ISFFP 2010) akan diadakan. Tujuan utama penganjuran ISFFP 2010 ini adalah untuk membincang dan menyebarkan penemuan terkini penyelidikan & pembangunan (R&D) bagi menghadapi cabaran keperluan dalam sektor perhutanan dan industri hasil hutan. Sehubungan dengan itu, tuan/puan adalah dijemput untuk menyertai simposium ini.
Simposium kali ini bertemakan “Addressing global concerns and changing societal needs”. Pemilihan tema ini adalah selaras dengan komitmen Malaysia dalam usahanya memperjuangkan isu perubahan iklim dan kenyataan YAB Perdana Menteri semasa COP 15 di bawah United Nations Framework on Convention on Climate Change (UNFCC) yang secara sukarela mengurangkan penghasilan karbon sebanyak 40% daripada kepadatan karbon berdasarkan kepada Gross Domestic Product sebelum tahun 2020 berbanding tahun 2005.
Simposium ini akan membincangkan berhubung isu-isu berikut ;

    • Perubahan iklim
    • Biodiversiti
    • Ekologi hutan
    • Perladangan hutan
    • Penggunaan bioteknologi dalam perhutanan
    • Teknologi hijau
    • Eko-pelancongan
    • Sosio-ekonomi
    • Produk ubatan dari bahan tumbuhan
    • Penambahbaikan pemerosesan
    • Penghasilan produk kayu dan bahan bukan kayu

Sejajar dengan itu, matlamat ISFFP 2010 agar dapat membawa dan mengumpul stakeholders bagi membincangkan isu-isu tersebut dengan harapan untuk mencapai keseimbangan dalam menangani isu-isu global dan pada masa yang sama dapat memenuhi keperluan sosial untuk pembangunan secara berkekalan.
Kepada sesiapa yang berminat untuk membentangkan kertas kerja atau poster, diminta menghantar abstrak kertas kerja atau poster tersebut kepada sekretariat di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya sebelum 1 Jun 2010. Sekiranya tuan/puan memerlukan bantuan atau terdapat sebarang pertanyaan berkenaan ISFFP 2010, bolehlah menghubungi kami di :
Sekretariat International Symposium on Forestry and Forest Products 2010 (ISFFP 2010) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
52109 Kepong, Selangor
Malaysia (U.P : En. Mahmudin Saleh) Tel: +603-62797280, 62797316
Faks: +603-62804620 E-mail:  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya Laman web rasmi : http://www.frim.gov.my/isffp2010/index.html
Akhir sekali, diminta tuan/puan untuk memanjangkan mesej ini kepada kenalan tuan/puan yang berminat untuk menyertai ISFFP 2010. Terima kasih.

 

baru Dimaklumkan bahawa Bahagian Latihan Perhutanan, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia akan membuat pengambilan pelatih untuk mengikuti Kursus Sijil Perhutanan Pengawas Hutan Sesi 2013-14 di Institut Latihan Perhutanan (FORTRAIN). Calon-calon yang layak adalah dipelawa untuk memohon bagi mengikuti kursus ini. Syarat-syarat kelayakan permohonan dan maklumat berkenaan kursus ini terdapat dalam iklan berikut:

Tarikh tutup permohonan ialah pada 14 Mac 2013 (Khamis). Borang permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan. Calon yang tidak menerima apa-apa jawapan daripada Bahagian Latihan Perhutanan selepas satu (1) bulan dari tarikh tutup permohonan ini adalah dianggap tidak berjaya.

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Persidangan Pengarah-Pengarah Perhutanan Negeri Semenanjung Malaysia (PPNSM) Ke-32 telah diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 10 - 15 Disember 2012

Tempat

 

:

 

The Gurney Resort Hotel & Residences, Persiaran Gurney, Pulau Pinang

Persidangan ini merupakan tempat pertemuan semua Pengarah Perhutanan Negeri (PPN) dan Pengarah Bahagian Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia :

    • untuk membincangkan mengenai perkara-perkara semasa dan perkara-perkara yang berkaitan dengan kepentingan kedua-dua pihak iaitu Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan terutama dalam perkara-perkara yang menyentuh kepentingan pengurusan hutan Negara;
    • untuk merangka hala tuju dan masa depan pengurusan hutan Negara;
    • untuk menyeragamkan keputusan-keputusan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri dari segi dasar, garis panduan teknikal, pensijilan perhutanan dan jaminan kualiti.

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Latihan Perhutanan dengan kerjasama Pusat Darah Negara telah menganjurkan satu kempen derma darah seperti berikut:

 

Tarikh : 27 November 2012 (Selasa)
Masa 
: 9.00 pagi hingga 3.00 petang
Tempat 
: Dewan Alwy, Bahagian Latihan Perhutanan, Kepong

 

Tujuan kempen ini adalah untuk membantu masalah kekurangan darah dalam tabung darah di hospital kerajaan di samping memupuk sifat penyayang dan sedia menolong di kalangan warga perhutanan.

 

 

Hubungi Kami

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur
No. Tel: 603-26164488
No. Faks: 603-26925657
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Statistik Pelawat

Hari Ini 1428

Semalam 4521

Minggu Ini 19301

Bulan Ini 5949

Keseluruhan 7980848