Rasuah |
Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) (Akta SPRM 2009) |
Perbuatan memberi, meminta dan menerima suapan (wang, derma, hadiah, pinjaman, seks, fi, diskaun, rebat, komisen, bonus, barang berharga, aset dan sebagainya) atau mengemukakan dan/atau memperakukan tuntutan perbelanjaan palsu.( Sek. 17 dan 18 Akta SPRM 2009) |
Penyelewengan |
Kanun Keseksaan |
Perbuatan memalsukan dokumen/maklumat, pecah amanah jenayah, menipu, menyamar dan bersubahat melakukan kesalahan di atas. (Sek. 109, 165, 168, 405, 409, 420, 468 Kanun Keseksaan) |
Salah guna kuasa |
Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) |
Menggunakan pangkat, kedudukan, jawatan dimana dia mendapat faedah yang melibatkan diri sendiri dan ahli keluarganya.(Sek. 23 Akta SPRM 2009) |
Kelemahan sistem dan tatacara kerja |
Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) |
Perbuatan melambat-lambatkan proses permohonan permit/lesen, tuntutan bayaran kerja dan perkhidmatan, pengurusan fail dan rekod yang lemah, kelambatan mengambil tindakan awal keatas aduan-aduan awam dan lain-lain. [Sek.7 (c), (d) dan (e) Akta SPRM 2009] |
Salah laku |
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib ) 1993 |
Perbuatan tidak beretika, tidak berdisiplin, berniaga tanpa kebenaran, pakaian tidak senonoh, dadah, gangguan seksual, menyenggara kehidupan melebihi emolumen, keberhutangan serius, ponteng kerja dan sebagainya.(Perkara 4-23) |