soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Pengenalan

Buku ini disediakan dengan tujuan memberi panduan dan rujukan kepada pelanggan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia agar dapat memahami proses permohonan Industri Berasas Kayu. Adalah menjadi harapan agar tatacara yang ditetapkan dalam buku panduan ini dapat diikuti dan dipatuhi oleh pelanggan yang berkenaan demi memastikan kelicinan permohonan yang dikemukakan. Di samping itu adalah juga diharapkan buku ini dapat memberi maklumat berguna kepada syarikat-syarikat dan individu-individu tempatan untuk mendapatkan lesen kilang industri berasas kayu.

Bahagian Teknikal & Industri Kayu
Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan
Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin
50660 Kuala Lumpur.

Latar Belakang

Latar Belakang
Mengikut Akta Industri Berasas Kayu, kuasa untuk meluluskan kilang-kilang adalah di bawah bidang kuasa Negeri.

Industri berasas kayu ialah industri-industri yang menjalankan usaha memproses, mengawet atau menukar kayu kepada pelbagai keluaran sepertimana ditentukan dalam Jadual (Seksyen 2) Enakmen Industri Berasas Kayu.

  • Kilang papan
  • Kilang papan bergerak
  • Kilang venir
  • Kilang papan lapis
  • Loji tanur pengering
  • Loji pengawetan
  • Loji cebis kayu
  • Loji tepung kayu
  • Kilang perabot
  • Kilang kayu kumai
  • Kilang kerja kayu
  • Kilang lantai parket
  • Kilang kotak kayu. pak dan pallet
  • Loji komponen-komponen kayu siap dulu
  • Kilang papan blok/ Kilang papan bilah/Kilang papan berlapis
  • Kilang papan serpih/ Kilang papan serpai
  • Kilang papan gentian
  • Kilang papan tatal kayu / Kilang papan simen kayu
  • Kilang papan wafer / Kilang papan flake
  • Loji penyulingan Kayu
  • Loji hidrolisis Kayu
  • Kilang pulpa rayon
  • Tanur arang
  • Loji tepung kayu
  • Kilang pulpa dan kertas
  • Kilang mancis
  • Kilang buluh
  • Kilang rotan

Syarat Asas Permohonan

Prosedur memproses permohonan lesen industri berasas kayu adalah bergantung kepada peraturan yang di buat oleh negeri-negeri berkenaan. Permohonan hendaklah di buat melalui Pejabat Hutan Daerah di Negeri-negeri.

Dokumen-dokumen yang diperlukan ialah:

  • Borang Jadual Pertama - empat(4) salinan hanya untuk permohonan baru
  • Borang proforma - empat salinan
  • Empat perenggu pelan:
    • Pelan petunjuk lokasi kilang,
    • Pelan tapak bangunan kilang,
    • Pelan rekabentuk bangunan kilang,
    • Pelan pertapakan mesin-mesin
  • Salinan surat agensi-agensi berkaitan (jika ada)

Piagam Pelanggan

Semua permohonan untuk mengeluarkan hasil-hasil hutan atau menjalankan kilang berasas kayu akan di proses mengikut prosedur yang telah di tetapkan.

Lesen untuk menjalankan kilang berasas kayu akan di keluarkan dalam tempoh masa tidak melebihi satu (1) bulan dari tarikh siap kilang dibina setelah memenuhi semua syarat-syarat kelulusan.

Carta Aliran Prosedur

Hubungi Kami

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur
No. Tel: 603-26164488
No. Faks: 603-26925657
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Statistik Pelawat

Hari Ini 4679

Semalam 8264

Minggu Ini 12943

Bulan Ini 182470

Keseluruhan 7703396