soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Thuidium glaucinoides

Penemuan Thuidium glaucinoides telah direkodkan buat pertama kalinya di Negeri Pahang ketika Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan di Taman Negeri Endau Rompin oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Spesies lumut jati ini merupakan satu-satunya yang direkodkan dari famili Thuidiaceae ketika ekspedisi tersebut.

Microhabitat bagi spesies ini adalah seperti banir, akar pokok yang terdedah, batang, dan dahan. Selain itu, ia juga boleh dijumpai pada ranting pokok, kayu reput, tanah dan permukaan batu. Lumut jati dilihat bukanlah merupakan satu spesies yang mempunyai nilai ekonomi, namun ianya amat bernilai dari aspek ekologi kerana kemampuan menyimpan kelembapan dan air bagi sesebuah kawasan hutan. Pada musim kemarau, briofit dan lichen akan mengeluarkan air yang disimpan secara perlahan-lahan kepada ekosistem bagi mengekalkan kelembapan kawasan hutan tersebut.

Hubungi Kami

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur
No. Tel: 603-26164488
No. Faks: 603-26925657
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Statistik Pelawat

Hari Ini 3550

Semalam 8775

Minggu Ini 50747

Bulan Ini 167476

Keseluruhan 7952998