Vatica abdulrahmaniana (Resak)

• 

Pokok Vatica abdulrahmaniana telah ditemui pada tahun 2015 dan direkodkan sebagai penemuan baharu.  

• 

Penemuan baharu ini telah dinamakan bersempena dengan nama Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, Dato’ Sri Dr. Hj. Abd. Rahman bin Hj. Abd. Rahim. 

• 

Hasil pemantauan aktiviti pendebungaan dan pembuahan yang berterusan, spesies ini telah dikenalpasti sebagai penemuan baharu sains dan telah direkodkan dalam herbarium Malaysia.

• 

Vatica abdulrahmaniana adalah spesies endemik Semenanjung Malaysia dan hanya boleh didapati di Kledang Saiong. 

• 

Vatica abdulrahmaniana berbeza dengan spesies lain kerana ia mempunyai parut daun menonjol dan tunas ketiak berterusan pada ranting yang lebih tua. 

•    Antara ciri-ciri fizikal pada spesies ini adalah; 
   i)  mampu mencapai ketinggian maksimum 20m.
   ii)   diameter maksimum 30 cm.
   iii)   tidak mempunyai banir.
   iv)   Warna kulit dalam dan sapwood adalah krim kekuningan dan tidak berdamar.
   v)   Daun muda berbulu coklat keemasan pada lamina daun dan urat, menjadi glabrescent dalam daun yang lebih tua.
   vi)   Pada daun segar, permukaan bawah sedikit glaukus.
   vii)   Bracts bunga - cirinya adalah bujur berbentuk pisau pembedah, hijau ketika segar, urat, pubescent dan daun berukuran 10 × 4 mm.

 

 gambarajah vatica
Gambarajah : Vatica abdulrahmanianaA. Ranting Berbuah dan Berdaun. B. Kuntum Bunga. C. Tunas Bunga. D. Bract. E. Sepals (lanceolate and deltate type). F. Kelopak, abaxial (kiri), adaxial (kanan). G. Gynoecium. H. Keratan Rentas Tunas Bunga. I. Susunan Anters pada Bunga. J. Stellate hairs.
 

 

vatica1  vatica2 

 

Penanaman Vatica abdulrahmaniana (Resak) oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. KPPSM sempena Program Gotong Royong Perdana JPSM pada 25 Februari 2016
 
vatica3  vatica4 
 
 
 

Hubungi Kami

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur
No. Tel: 603-26164488
No. Faks: 603-26925657
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Statistik Pelawat

Hari Ini 493

Semalam 547

Minggu Ini 1040

Bulan Ini 10543

Keseluruhan 111997

Undian

Pendapat anda mengenai Laman Web baru JPSM

.