Latar Belakang

1. Seksyen 16 Akta Perhutanan Negara 1984 memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Kerajaan Negeri untuk membenarkan pengambilan hasil hutan dari Hutan Simpanan Kekal dan Tanah Kerajaan dengan cara lesen atau lesen kecil melalui 3 cara:- selepas ia menyebabkan supaya dipelawa tender-tender mengenainya;

  • selepas ia membuat suatu perjanjian mengenainya; atau
  • mengikut apa-apa cara lain atau melalui apa-apa proses lain sebagaimana difikirkannya patut dalam hal-keadaan sesuatu kes tertentu.

2. Di semua negeri yang mengeluarkan hasil hutan, salah satu atau ketiga-tiga cara-cara ini iaitu melalui proses tender, melalui perjanjian konsesi atau melalui permohonan digunakan.

3. Mengikut seksyen 2 Akta Perhutanan Negara 1984 mengenai tafsiran:

  • “hasil hutan”termasuklah :
    • yang berikut apabila dijumpai di dalam atau di bawa keluar dari Hutan Simpanan Kekal : guano, gambut, batubatan, pasir laut, pasir sungai, kerang laut,pasir kerang dan tanah pemukaan;
    • yang berikut apabila dijumpai didalam atau dibawa keluar dari Hutan Simpanan Kekal atau Tanah Kerajaan:
    • pokok-pokok dan semua bahagian atau hasil pokok yang tidak disebut selepas daripada ini;
    • tumbuhan-tumbuhan termasuk pepanjat, tumbuhan menjalar dan rumput, dan semua bahagian atau hasil tumbuhan-tumbuhan sedemikian;
    • sutera, kokun, madu dan lilin dan sarang burung boleh makan;
  • yang berikut sama ada dijumpai didalam atau dibawa dari Hutan Simpanan Kekal, Tanah Kerajaan, tanah lombong, tanah rizab atau tanah berimilik : kayu, kayu api, arang, getah, getah daun taban, minyak kayu, kulit kayu, ekstrak kulit, damar dan atap.
    • “hasil hutan utama” adalah terdiri dari kayu bulat, kayu jaras, kayu api,arang, dan semua jenis rotan.
    • “hasil kecil hutan” hendaklah terdiri daripada hasil-hasil hutan lain yang tidak termasuk sebagai hasil hutan utama.
  • Lesen diperlukan bagi mengeluarkan hasil hutan dari Hutan Simpanan Kekal atau Tanah Kerajaan.
  • Lesen kecil diperlukan bagi mengeluarkan apa-apa hasil hutan utama yang tidak melebihi 70 meter padu atau mana-mana hasil kecil hutan dari mana-mana Hutan Simpanan Kekal atau Tanah Kerajaan.

Objektif

  • Menentukan pengeluaran hasil hutan dari kawasan Hutan Simpanan Kekal atau Tanah Kerajaan dilaksanakan dengan teratur mengikut Akta Perhutanan Negara 1984.
  • Menentukan bagi kawasan Hutan Simpanan Kekal, pengeluaran hasil-hasil hutan adalah mengikut prinsip-prinsip “Pengurusan Hutan Secara Berkekalan” dengan kerosakan yang minima kepada alam sekitar.
  • Menentukan pengeluaran hasil hutan dapat memberi hasil yang optima kepada Kerajaan Negeri.

Syarat Asas Permohonan

  • Permohonan untuk mendapatkan lesen untuk mengeluarkan hasil hutan dibuka kepada semua bagi setengah-setengah negeri. Bagi negeri-negeri lain dibuka hanya kepada pembalak yang berdaftar dengan Jabatan Perhutanan Negeri.
  • Bagi lesen yang dikeluarkan melalui tender, tender dibuka kepada pembalak-pembalak yang berdaftar dengan Jabatan Perhutanan Negeri. Dalam keadaan tertentu, tender boleh dibuka khas untuk golongan-golongan tertentu seperti pemilik-pemilik kilang memproses hasil hutan atau golongan Bumiputera.
  • Bagi kawasan konsesi, pelesenan hanya dipertimbangkan kepada pemilik konsesi mengikut jadual yang ditetapkan dalam perjanjian.

Piagam Pelanggan

Semua permohonan untuk mengeluarkan hasil-hasil hutan akan diproses mengikut prosedur yang telah ditetapkan; dan

Lesen untuk mengeluarkan hasil hutan akan diproses dan dikeluarkan seboleh-bolehnya dalam tempoh masa tidak melebihi dua belas (12) bulan dari tarikh kelulusan diberi, setelah semua syarat-syarat untuk mendapat kelulusan telah dipatuhi.

Pegawai Yang Bertanggungjawab

Pegawai yang bertanggungjawab di dalam mengeluarkan dan menandatangani Lesen Hasil Hutan di Jabatan Perhutanan Negeri-negeri adalah :

  • Pengarah Perhutanan Negeri; dan
  • Pegawai Hutan Daerah.

Fungsi Jabatan Perhutanan Negeri

Jabatan perhutanan Negeri bertanggungjawab untuk :

  • menasihat Pihak Berkuasa Negeri dalam pentadbiran sumber hutan untuk pengusahasilan pendapatan yang optimum;
  • bertindak sebagai agensi pelaksana dasar-dasar dan penguatkuasaan undang-undang perhutanan; dan
  • mengurus sumber hutan sejajar dengan konsep pengurusan hutan secara berkekalan.

Secara khusus fungsi-fungsi Jabatan Perhutanan Negeri adalah seperti berikut :

  • Bahagian Pentadbiran Am bertanggungjawab di dalam aspek-aspek pentadbiran, perkhidmatan dan kewangan;
  • Bahagian Hasil bertanggungjawab di dalam aspek-aspek kutipan hasil yang meliputi premium, royalti, sesi pembangunan hutan dan caj-caj serta laporan shuttle;
  • Bahagian Operasi melibatkan pelesenan pengusahasilan hutan dan pelesenan industri berasaskan kayu serta penguatkuasaan undang-undang; dan
  • Bahagian Pembangunan bertanggungjawab mengenai perancangan dan pelaksanaan projek-projek pembangunan hutan serta mengawal keberkesanan kos.

Carta Organisasi

orgg1

Carta Aliran Bagi Kelulusan

Carta Aliran Bagi Kelulusan Mengambil Hasil Hutan Melalui Proses Tender

tender

Carta Aliran Bagi Kelulusan Mengambil Hasil Hutan Melalui Pemberian Konsesi

konsesi

Carta Aliran Bagi Kelulusan Mengambil Hasil Hutan Melalui Permohonan

permohonan

Proses Kerja Bagi Kelulusan

Proses Kerja Bagi Mendapat Kelulusan Mengambil Hasil Hutan Melalui Proses Tender

Langkah Proses Kerja
1a & 1b Pengarah Perhutanan Negeri menyediakan pelan serta dokumen tender.
2

Tender dikeluarkan oleh Pengarah Perhutanan Negeri setelah sempadan kawasan untuk ditender siap disediakan dilapangan. Pihak-pihak yang mengambil bahagian dalam tender hendaklah:

  • Terdiri dari mereka-meraka yang berdaftar dengan Jabatan Perhutanan Negeri dan memenuhi kelayakan sebagai penender seperti yang ditetapkan dalam dokumen tender.
  • Dikehendakki menjelas bayaran deposit tender.
  • Mendapatkan borang tender dari Jabatan Perhutanan Negeri
  • Melawat kawasan yang ditender untuk membolehkan menetap harga tender yang berpatutan.
3 Tender ditutup.
4 Tender-tender dibawa untuk pertimbangan Jawatankuasa Penilaian Tender Negeri untuk mendapat keputusan.

Proses Kerja Bagi Mendapat Kelulusan Mengambil Hasil Hutan Melalui Pemberian Konsesi

Langkah Proses Kerja
1 Pengarah Perhutanan Negeri menyediakan pelan konsesi
2

Pengarah Perhutanan Negeri mengemukakan kertaskerja kepada Pihak Berkuasa Kerajaan Negeri atas cadangan untuk menandatangani perjanjian konsesi dengan pihak yang tertentu.

3 Pihak Berkuasa Kerajaan Negeri memberi kelulusan.
4 Pengarah Perhutanan Negeri menyediakan dokumen perjanjian bersekali dengan pelan kawasan konsesi serta cadangan kup tahunan bagi pembukaan kawasan untuk diusahasilkan.
5 Dokumen perjanjian dikemukakan untuk semakan Penasihat Undang-Undang Negeri.
6 Pengarah Perhutanan Negeri membuat pindaan atas cadangan Penasihat Undang-Undang Negeri jika perlu.
7 Dokumen Perjanjian Konsesi ditandatangani diantara pihak Kerajaan Negeri dengan pemegang konsesi.
8 Pengarah Perhutanan Negeri mengeluarkan surat kelulusan kepada pemegang konsesi atas permohonan mengikut kup tahunan yang telah ditetapkan.

Proses Kerja Bagi Mendapat Kelulusan Mengambil Hasil Hutan Melalui Permohonanberian Konsesi

Langkah Proses Kerja
1 Pegawai Hutan Daerah menerima permohonan dari orang persaorangan atau syarikat untuk mendapat kawasan untuk diusahasil bersama dengan pelan kawasan.
2

Permohonan juga boleh diterima oleh Pengarah Perhutanan Negeri

3 Pengarah Perhutanan Negeri meminta laporan mengenai kawasan yang dipohon dari Pegawai Hutan Daerah.
4 Pegawai Hutan Daerah meminta Renjer Hutan berkenaan melawat serta memberi laporan mengenai kawasan yang dipohon sama ada yang diterima secara terus ataupun yang diterima melalui Pengarah Perhutanan Negeri.
5 Pegawai Hutan Daerah menyediakan laporan serta menerima laporan serta pandangan dari Renjer Hutan.
6 Pengarah Perhutanan Negeri menerima laporan dari Pegawai Hutan Daerah.
7 Pengarah Perhutanan Negeri membawa permohonan untuk pertimbangan Pihak Berkuasa Kerajaan Negeri.
8 Pihak Berkuasa Kerajaan Negeri membuat keputusan.
9 Pengarah Perhutanan Negeri mengeluarkan surat kelulusan kepada pemohon yang berjaya dan minta jelaskan bayaran-bayaran yang diperlukan. Pengarah Perhutanan Negeri juga memberi jawapan kepada mereka-mereka yang tidak berjaya.

Carta Aliran Proses Pengeluaran Lesen

Carta Aliran Proses Pengeluaran Lesen Mengeluarkan Kayu Balak Dari Hutan Simpanan Kekal (Lesen Borang 1, Akta Perhutanan Negara 1984)

Carta Aliran

Carta Aliran Proses Pengeluaran Lesen Mengeluarkan Hasil Hutan (Balak dan Lain-lain Hasil Hutan Utama) Dari Tanah Kerajaan (Lesen Borang 1 Akta Perhutanan Negara 1984)

Carta Aliran-2

Carta Aliran Proses Pengeluaran Lesen Kecil Mengeluarkan Hasil Hutan Utama Yang Tidak Melebihi 70 Meterpadu Atau Hasil Kecil Hutan (Lesen Borang 3, Akta Perhutanan Negara 1984)

Carta Aliran-3

Proses Kerja Pengeluaran Lesen

Proses Kerja Pengeluaran Lesen Mengeluarkan Kayu Balak Dari Hutan Simpanan Kekal (Lesen Borang 1, Akta Perhutanan Negara 1984)

Langkah Proses Kerja
1 Pengarah Perhutanan Negeri menerima bayaran dari bakal Pemegang Lesen. Bayaran yang dikenakan ialah:
  • Deposit Lesen
  • Premium
  • Bayaran Penyediaan Sempadan
  • Lain-lain bayaran (berbeza diantara negeri)
2

Pengarah Perhutanan Negeri mengarahkan Pegawai Hutan Daerah menyediakan lesen Borang 1.

3 Pegawai Hutan Daerah mengarahkan Renjer Hutan membersih, mengecat dan mengesahkan sempadan lesen , menanda blok tebangan, serta menyediakan Sijil Akuan Pembersihan dan Pengesahan Sempadan.
4 Renjer Hutan mengemukakan sijil kepada Pegawai Hutan Daerah.
5 Pegawai Hutan Daerah menyemak sijil.
6 Jika pembetulan perlu dibuat ianya dibuat.
7 Jika sijil tidak perlu pindaan, Pegawai Hutan Daerah mengedarkan format Rancangan Mengusahasil Hutan (RMH) kepada bakal Pemegang Lesen untuk disediakan.
7a Pegawai Hutan Daerah juga membekalkan maklumat-maklumat yang diperlukan oleh bakal Pemegang Lesen untuk menyediakan sebahagian dari RMH.
8 Pegawai Hutan Daerah juga mula menyediakan dokumen lesen.
9a & 9b Pegawai Hutan Daerah menentukan kelarian Jalan Utama dan Jalan Sekunder serta tapak Matau Utama dan Kongsi.
10 Renjer Hutan menentukan samaada terdapat pokok yang perlu ditebang dalam menyediakan jalan dan tapak matau dan kongsi.
11 Jika terdapat pokok-pokok yang perlu ditebang, pihak Renjer Hutan mula menjalankan penandaan pokok jalan, matau dan kongsi serta menjalankan taksiran pampasan yang perlu dikenakan.
12 Pegawai Hutan Daerah menerima RMH dari bakal Pemegang Lesen.
13 Pegawai Hutan Daerah menyemak RMH.
14 Jika pindaan perlu dibuat kepada RMH ianya dilaksanakan.
15 Jika RMH lengkap , Pegawai Hutan Daerah memberi ulasan serta pandangan dan menandatangani RMH.
16 Dokumen lesen yang telah disediakan oleh Pegawai Hutan Daerah ditandatangani bersama-sama Pemegang Lesen, Kontraktor dan Kepala Hutan.
17 Renjer hutan mengemukakan laporan serta taksiran pampasan bagi jalan, tapak matau dan kongsi kepada Pegawai Hutan Daerah.
18 Pegawai Hutan Daerah mengarah Pemegang Lesen membuat bayaran yang telah ditetapkan.
19 Pegawai Hutan Daerah menerima bayaran dari Pemegang Lesen.
20 Pegawai Hutan Daerah menyediakan dokumen Permit Jalan dan dokumen Permit Penggunaan untuk tapak matau dan kongsi.
21 Pegawai Hutan Daerah menandatangani Permit Jalan.
22 Pegawai Hutan Daerah dan Pemegang Lesen menandatangani Permit Penggunaan untuk tapak Matau dan Kongsi. Kebiasaannya ianya dilakukan bersama dengan proses kerja 16.
23 Pegawai Hutan Daerah mengemukakan RMH, dokumen lesen, Permit Jalan, dan Permit Penggunaan kepada Pengarah Perhutanan Negeri.
24 Pengarah Perhutanan Negeri menerima serta menyemak RMH, dokumen lessen, Permit Jalan serta Pemit Penggunaan.
25 Jika perlu pinda, pindaan dibuat.
26 Jika tidak, Pengarah Perhutanan Negeri mendaftar serta menandatangani dokumen-dokumen tersebut.
27 Pengarah Perhutanan Negeri mengemukakan salinan-lasinan dokumen-dokumen yang dimaksudkan kepada Pegawai Hutan Daerah untuk diedarkan kepada Pemegang lesen serta pihak-pihak yang berkenaan.

Proses Kerja Pengeluaran Lesen Mengeluarkan Hasil Hutan (Balak dan Lain-lain Hasil Hutan Utama) Dari Tanah Kerajaan (Lesen Borang 1 Akta Perhutanan Negara 1984)

Langkah Proses Kerja
1 Pengarah Perhutanan Negeri menerima bayaran dari Pemegang Lesen. Bayaran yang dikenakan ialah:
  • Deposit Lesen
  • Premium
  • Bayaran Penyediaan Sempadan
  • Lain-lain bayaran (berbeza di antara negeri)
2

Setelah bayaran diterima Pengarah Perhutanan Negeri mengarahkan Pegawai Hutan Daerah menyediakan lesen.

3 Pegawai Hutan Daerah mengarahkan Renjer Hutan berkenaan untuk membersih, mengecat dan mengesahkan sempadan kawasan lesen dan menyediakan Sijil Akuan Pembersihan dan Pengesahan Sempadan.
4 Renjer Hutan mengemukakan Sijil Akuan Pembersihan dan Pengesahan Sempadan kepada Pegawai Hutan Daerah.
5 Pegawai Hutan Daerah membuat semakan keatas sijil yang dikemukakan.
6 Jika perlu pembetulan, pembetulan dibuat.
7 Jika pembetulan tidak diperlukan, Pegawai Hutan Daerah menyediakan dokumen lesen.
8 Lesen ditandatangani oleh Pegawai Hutan Daerah, Pemegang Lesen, Kontraktor dan Kepala Hutan.
9 Pegawai Hutan Daerah mengemukakan dokumen lesen kepada Pengarah Perhutanan Negeri.
10 Pengarah Perhutanan Negeri menerima dan menyemak dokumen lesen.
11 Pengarah Perhutanan Negeri mendaftar serta menandatangani lesen.

Proses Kerja Pengeluaran Lesen Kecil Mengeluarkan Hasil Hutan Utama Yang Tidak Melebihi 70 Meterpadu Atau Hasil Kecil Hutan (Lesen Borang 3, Akta Perhutanan Negara 1984)

Langkah Proses Kerja
1 Pengarah Perhutanan Negeri menerima bayaran dari Pemegang Lesen. Bayaran yang dikenakan ialah:
  • Deposit Lesen
  • Premium
  • Lain-lain bayaran (berbeza di antara negeri)
2 Pengarah Perhutanan Negeri mengarahkan Pegawai Hutan Daerah menyediakan lesen Borang 3 mengikut Akta Perhutanan Negara 1984.
3 Pegawai Hutan Daerah mengarahkan Renjer Hutan membersih, mengecat dan mengesahkan sempadan kawasan lesen dan menyedia Sijil Akuan Pembersihan dan Pengesahan Sempadan.
4 Renjer Hutan mengemukakan sijil.
5 Pegawai Hutan Daerah menyemak sijil.
6 Jika pembetulan perlu dibuat, pembetulan dibuat.
7 Jika tidak perlu pembetulan, Pegawai Hutan Daerah menyediakan dokumen lessen.
8 Lesen ditandatangani oleh Pegawai Hutan Daerah dan Pemegang Lesen.
9 Pegawai Hutan Daerah mengemukakan dokumen lesen kepada Pengarah Perhutanan Negeri.
10 Pengarah Perhutanan Negeri menerima dan menyemak dokumen lesen.
11 Pengarah Perhutanan Negeri mendaftar dan menandatangani lesen.
12 Pengarah Perhutanan Negeri mengedar salinan-salinan lesen kepada Pegawai Hutan Daerah untuk diedarkan kepada Pemegang Lesen dan pihak-pihak yang berkenaan.

Singkatan

PPN: Pengarah Perhutanan Negeri

PHD: Pejabat Hutan Daerah/Jajahan

PL: Bakal / Pemegang Lesen

RH: Renjer Hutan

Hubungi Kami

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur
No. Tel: 603-26164488
No. Faks: 603-26925657
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Statistik Pelawat

Hari Ini 308

Semalam 389

Minggu Ini 1844

Bulan Ini 9989

Keseluruhan 60196

Undian

Pendapat anda mengenai Laman Web baru JPSM

.