Jenis Hutan

 


Hutan Ericaceous

 


Hutan Montane

 


Hutan Dipterokarpa Atas

 


Hutan Dipterokarpa Bukit

 


Hutan Dipterokarpa Pamah

 

 
Hutan Paya Gambut

 


Hutan Paya Laut

 

Pengkelasan

PENGKELASAN3

Hubungi Kami

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur
No. Tel: 603-26164488
No. Faks: 603-26925657
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Statistik Pelawat

Hari Ini 387

Semalam 791

Minggu Ini 6867

Bulan Ini 23719

Keseluruhan 545967

Undian

Pendapat anda mengenai Laman Web baru JPSM

Sangat Baik - 55.5%
Memuaskan - 29.1%

Total votes: 440
The voting for this poll has ended on: Disember 30, 2017
.

Jenis Hutan : Ericaceous - Gunung

Penerangan Hutan : Hutan yang terletak pada ketinggian melebihi 1,500 meter dikenali sebagai Hutan Ericaceous-Gunung. Pokok-pokok yang terdapat pada jenis hutan ini bersaiz kecil, bengkok dan rendah. Spesies dari famili Ericacea mendominasi lantai hutan ini. Selain itu, buluh, paku pakis dan lumut boleh ditemui di sini.

montaneforest2

Jenis Hutan : Oak-Gunung

Penerangan Hutan : Hutan jenis ini boleh dijumpai pada ketinggian 1,200 hingga 1,500 meter. Spesies utama yang boleh ditemui di hutan ini adalah Mempening, Berangan dan Medang. Spesies dipterokarpa jarang ditemui dan hanya sebilangan sahaja spesies dipterokarpa yang boleh ditemui seperti Keruing gunong dan Resak.

dipatas2

Jenis Hutan : Dipterokarpa Atas

Penerangan Hutan : Hutan ini terletak di ketinggian 750- 1,200 meter. Meranti bukit, Damar minyak, Bintangor, Keruing, Balau gunong, Balau gajah dan Meranti sarang punai antara spesies pokok yang wujud pada jenis hutan ini

hilldipterocarpforest2

Jenis Hutan : Dipterokarpa Bukit

Penerangan Hutan : Hutan dipterokarpa bukit merupakan jenis hutan yang paling luas di Semenanjung Malaysia dan wujud pada ketinggian 300- 750 meter. Spesies utama yang boleh dijumpai adalah Meranti seraya, Keruing dan spesies Meranti.

lowland dipterocarp foret2

Jenis Hutan : Dipterokarpa Pamah

Penerangan : Hutan ini terletak pada ketinggian tidak melebihi 300 meter dan mempunyai bilangan pokok yang padat dari pelbagai spesies. Meranti, Balau dan Kapur merupakan spesies utama di kawasan hutan ini.

peatswampforest2

Jenis Hutan : Paya Gambut

Penerangan : Hutan paya gambut wujud di atas tanah gambut dengan kedalaman lebih kurang 6m. Antara spesies yang biasa terdapat di kawasan ini adalah Kempas, Bintangor, Meranti paya, Ramin, Nyatoh, Geronggang dan Resak.

mangrove2

Jenis Hutan : Paya Laut

Penerangan : Dicirikan dengan lokasinya yang terletak di persisiran laut dan mengalami air pasang dan surut. Spesies utama hutan ini adalah Rhizophora spp. (bakau). Tumbuhan di ekosistem ini lazimnya mempunyai sistem akar unik seperti akar jangkang dan pneumatofor serta struktur daun yang tebal. Hutan Simpan Paya Laut Matang adalah contoh terbaik hutan paya laut yang diuruskan secara mapan.Hutan Simpan Paya Laut Matang diuruskan di bawah sistem pengurusan hutan secara berkekalan dan diiktiraf sebagai pengurusan hutan paya laut yang terbaik di dunia.