Visi
Menjadi peneraju terunggul dalam pengurusan hutan tropika secara lestari.
Misi
Memperkasakan kelestarian pengurusan kepelbagaian fungsi hutan bagi kesejahteraan masyarakat, daya tahan ekosistem dan kemampanan ekonomi.
Objektif
- Memastikan kawasan hutan yang mencukupi dengan kepelbagaian fungsinya secara lestari.
- Meningkatkan kawasan perlindungan dan penyambungan pemencilan hutan sebagai kawasan habitat untuk konservasi hidupan liar.
- Memperkukuhkan konservasi, restorasi dan pengeluaran hasil hutan secara berkekalan sebagai satu langkah mitigasi bagi menangani perubahan iklim.
- Meningkatkan pengeluaran hasil perkhidmatan hutan dan ekopelancongan melalui pemerkasaan produktiviti dan penjanaan sumber baharu.
- Mentransformasikan amalan pengurusan hutan kepada teknologi moden dan pendigitalan bagi meningkatkan keberkesanan serta kecekapan tadbir urus.
- Memperkasakan pengurusan perladangan hutan bersepadu secara mesra alam dan meningkatkan kecekapan penggunaan sumber hutan untuk industri pemprosesan keluaran hutan.
- Meningkatkan penglibatan masyarakat setempat, orang asli dan badan pertubuhan bukan kerajaan dalam aktiviti pengurusan hutan.
- Memperkukuhkan pembangunan modal insan yang kompeten, inovatif dan berdaya saing bagi memastikan kesinambungan kepakaran bidang perhutanan secara berterusan.