|
|
Hutan Lipur Gunung Nuang
terletak di Hutan Simpan Hulu Langat yang mempunyai jenis Hutan
Dipterokarp Bukit. Terdapat pelbagai flora dan fauna di sini. Kawasan
hutan lipur ini juga kaya dengan pelbagai tumbuhan ubatan tradisional
seperti pokok Tapak Sulaiman, Haji Samat, Pepijat, Tongkat Ali, Kacip
Fatimah, Mata Pelanduk dan sebagainya. Selain daripada itu terdapat juga
beberapa tumbuhan yang jarang dijumpai seperti Orkid liar yang hidup
subur tanpa gangguan.
Kemudahan asas yang disediakan adalah seperti pondok rehat, surau, dewan
solat, chalet dan kemudahan lain untuk mandi-manda, berkhemah, trekking
dan bersiar-siar. Kemudahan di sini sesuai untuk aktiviti rekreasi
berkumpulan oleh murid sekolah, pertubuhan sukarela, agensi kerajaan dan
swasta, penuntut-penuntut dari pusat pengajian tinggi dan sebagainya.

|
Lokasi:
Cheras, Selangor
Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Selangor Tengah,
Batu 7, Jln. Cheras, 43200 Cheras, Selangor.
Tel. : 03-90752885
Terletak 17 km dari
Bandar Cheras melalui Jalanraya Hulu Langat ke Pangson,28 km dari Kuala
Lumpur.
Hutan lipur ini menawarkan aktiviti lasak khususnya
aktiviti mendaki gunung kepada mereka yang berminat.
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh
menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Bandar Cheras atau Kuala
Lumpur.

|

|