|
Seminar Kebangsaan Pemuliharaan Hutan Pesisiran Pantai Negara 2010 : “Kepelbagaian Hutan Pesisiran Pantai, Warisan 1Malaysia” |
|
|
|
|
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia melalui Seksyen Pemuliharaan Pesisiran Pantai bersama-sama Jabatan Perhutanan Sabah dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) akan menganjurkan Seminar Kebangsaan Pemuliharaan Hutan Pesisiran Pantai Negara 2010 : “Kepelbagaian Hutan Pesisiran Pantai, Warisan 1Malaysia” seperti berikut:
| Tarikh |
: |
5-6 Oktober 2010 (Selasa & Rabu) |
| Tempat |
: |
1Borneo Grand Ballroom, Kota Kinabalu, Sabah |
Majlis Perasmian Seminar akan diadakan pada ketetapan berikut:
| Tarikh |
: |
5 Oktober 2010 (Selasa) |
| Masa |
: |
8.30 pagi |
| Tempat |
: |
1Borneo Grand Ballroom, Kota Kinabalu, Sabah |
Disertakan pamplet seminar, sila klik di sini untuk muat turun.
|
|
Kali terakhir dikemaskini Khamis, 02 September 2010 09:53 |
|
|
Majlis Berbuka Puasa dan Solat Sunat Terawih Bersama Anak-Anak Yatim |
|
|
|
Ihya' Ramadhan, Majlis Berbuka Puasa dan Solat Sunat Terawih Bersama Anak-Anak Yatim Sempena Bulan Ramadhan Al-Mubarak JPSM 1431H / 2010M akan diadakan pada 20 Ogos 2010 (Jumaat) bertempat di Dewan Alwy, Bahagian Latihan Perhutanan, Kepong.
|
|
Kali terakhir dikemaskini Khamis, 19 Ogos 2010 16:33 |
|
Pendaftaran Pengusaha Tanaman Pokok Karas, Pembekal Kayu Karas Dan Pengilang Gaharu |
|
|
|
|
Hasil dari keputusan Persidangan Pengarah-Pengarah Perhutanan Negeri Ke 29 pada 25-28 Oktober 2009, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia akan melaksanakan pendaftaran Pengusaha Tanaman Pokok Karas, Pembekal Kayu Karas dan Pengilang Gaharu khususnya di Semenanjung Malaysia. Untuk memudahkan orang ramai/syarikat mendapatkan salinan borang-borang tersebut, sila klik di bahagian “Muat Turun” dan email kepada
CLOAKING
atau
CLOAKING
atau pos/faks kepada Ketua Pengarah Perhutanan, Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jalan Sultan Salahuddin, 50660 Kuala Lumpur atau dibuat serahan tangan kepada Jabatan Perhutanan Negeri/Pejabat Hutan Daerah berhampiran. Pendaftaran ini adalah percuma dan voluntary. Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi talian 03-2616 4488 atau faks 03-2692 5657. |
|
Kali terakhir dikemaskini Isnin, 23 Ogos 2010 15:52 |
|
Bulan ICT Kebangsaan 2010 (NIM 2010) |
|
|
|
|
Sukacita dimaklumkan bahawa Bulan ICT Kebangsaan 2010 (NIM 2010) akan diadakan bermula 13 Julai hingga 12 Ogos 2010 dengan tema "E-Commerce for Global Reach". Di antara program-program utama sepanjang NIM2010 adalah persidangan Leadership Summit, Seminar SME Success with ICT Series, seminar Business Success Forum serta penerbitan buku ICT Strategic Review 2010/11.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web NIM 2010 |
|
Kali terakhir dikemaskini Khamis, 02 September 2010 10:23 |
|
International Symposium on Forestry and Forest Products 2010 ( ISFFP 2010 ) |
|
|
|
|
Pada tahun ini bersempena dengan ulang tahun ke-25 Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), satu International Symposium on Forestry and Forest Products 2010 (ISFFP 2010) akan diadakan. Tujuan utama penganjuran ISFFP 2010 ini adalah untuk membincang dan menyebarkan penemuan terkini penyelidikan & pembangunan (R&D) bagi menghadapi cabaran keperluan dalam sektor perhutanan dan industri hasil hutan. Sehubungan dengan itu, tuan/puan adalah dijemput untuk menyertai simposium ini.
Lihat Seterusnya
|
|
Kali terakhir dikemaskini Rabu, 04 Ogos 2010 12:38 |
|
|
|
<< Mula < Sebelum 1 2 Selepas > Akhir >>
|
|
Keputusan 1 dari 2 |