|
|
Hutan Lipur Bukit Panchor
terletak di Hutan Simpan Bukit Panchor yang mempunyai jenis Hutan
Dipterokarp Pamah. Beberapa kemudahan disediakan untuk pengunjung
melakukan aktiviti di sini. Kemudahan asas yang disediakan adalah
seperti untuk berehat, berkelah dan berkhemah.
 
Di sini juga pengunjung boleh bersiar-siar, mengikut
denai , melihat kepelbagaian spesies burung dan kelawar di Gua Kelawar
di kawasan ini. Hutan lipur ini juga sesuai menjalankan
aktiviti-aktiviti pendidikan.
|
Lokasi:
Nibong Tebal, P.Pinang
Pengarah Perhutanan
Negeri Pulau Pinang
Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang.
Tkt. 20, Menara KOMTAR,
10000 Pulau Pinang.
Tel. : 06-6505250
Terletak 10 km dari
Nibung Tebal, 50 km dari Bandaraya Pulau Pinang.
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh
menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Pekan Nibung Tebal.

|

|