|
|
Hutan Lipur Pasir Panjang
terletak di Hutan Simpan Pasir Panjang dan adalah satu-satunya hutan
lipur di Negeri Sembilan yang berada di persisiran pantai menghadap
Selat Melaka. Jenis hutan ini adalah dari Hutan Bukit Pantai yang
ditumbuhi dengan komposisi utama dari jenis Balau laut(Shorea glauca)
dan Meranti seraya(Shorea curtisii) menjadikan hutan lipur ini sungguh
unik dan menarik untuk dikunjungi.
Beberapa kemudahan yang disediakan seperti pondok rehat,
tapak perkhemahan dan denai hutan. Bagi yang minat memancing, jeti
disediakan untuk aktiviti ini.


|
Lokasi:
P.Dickson, N.Sembilan
Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah N. Sembilan Barat,
Jln.Tunku Kurshiah, 70990 Seremban,
N. Sembilan.
Tel. : 06-7625690
Terletak 16 km dari
Pekan Port Dickson melalui Jalanraya dari Port Dickson ke Pasir
Panjang,54 km dari Bandar Seremban.
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh
menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau
teksi dari Pekan Port Dickson.

|

|