|
|
Hutan Lipur Tanjong Tuan (Cape Rachado)
yang terletak berhampiran dengan beberapa pusat percutian pelancongan memberikan persekitaran suasana yang nyaman dan tenteram bagi menenangkan fikiran.

Pelbagai aktiviti boleh dijalankan disini seperti berkhemah, bersiar ditepi pantai, denai hutan dan denai larian. Di samping itu beberapa kemudahan disediakan seperti pondok rehat, tapak perkhemahan gerai cenderamata dan lain-lain.Di sini juga pengunjung boleh memerharti beberapa spesies hidupan liar dan burung-burung migritori yang singgah di kawasan hutan lipur ini.
|
Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Melaka,
75450 Air Keroh, Melaka.
Tel. :06-231 6095
Terletak 20 km di Port Dickson melalui Pekan Port Dickson. 80 km dari Bandaraya Melaka. Ia terletak dalam Melaka yang berhampiran yang bersempadanan dengan Negeri Sembilan.
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Port Dickson.
|

|