|
|
Hutan Lipur
Tupah
berada dalam Hutan Simpan Gunung Jerai yang
mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah pada ketinggian 100 - 200 meter
pada aras laut. Keunikan hutan ini ialah kaya dengan kepelbagaian flora
dan fauna. Sungai Tupah yang mengalir dari puncak Gunung Jerai sepanjang
2 km sesuai untuk aktiviti mandi-manda, berkelah, beristirahat dan
aktiviti berkumpulan. Terdapat denai hutan sepanjang 10 km menuju ke
Muzium Arkeologi Lembah Bujang.

Hutan Lipur Tupah ini berhampiran dengan
kawasan Hutan Simpan Hutan Dara dan tumbuhan utama yang terdapat di sini
adalah seperti Meranti tembaga, Meranti sarang punai dan Keruing.
Terdapat juga lain-lain tumbuhan seperti Simpoh dan Sepetir. Bagi mereka
yang gemar dalam aktiviti lasak batu dinding di kawasan ini sesuai untuk
aktiviti mendaki secara lasak dan mencabar. Bagi mereka yang berani dan
tabah bolehlah mendaki sehingga ke puncak Gunung Jerai. |
Lokasi:
Bedong, Kedah
Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Kedah Tengah,
08000 Sg.Petani, Kedah.
Tel. : 04-4212835
Terletak 14 km dari Pekan
Bedong, 54 km dari Bandar Alor Setar. Boleh di hubungi melalui jalan
raya.
Berbagai aktivit yang boleh dijalankan
seperti mandi-manda, berkelah, berkhemah, trekking, jogging,
bersiar-siar, mendaki gunung dan melihat hidupan liar yang terdapat di
kawasan ini.
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan
sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Pekan Bedong.
|


|