|
|
Hutan Lipur Gunung Arong
mempunyai keindahan semulajadi Hutan Dipterokarp Pamah dengan suasana
yang segar dan nyaman. Hutan lipur ini sesuai sebagai tempat
beristirahat di samping dapat menikmati kesejukan dan kejernihan air
sungai yang mengalir. Terdapat berbagai kemudahan disediakan bagi
memenuhi citarasa pengunjung di sini.
Bagi mereka yang gemar menerokai kawasan hutan, denai hutan telah
disediakan di sekitar kawasan ini. Di samping menikmati keindahan alam
semulajadi, pengunjung juga dapat mengenali pokok-pokok hutan tropika
yang terdapat di sepanjang denai tersebut. Di sini juga pengunjung boleh
bersiar-siar, mendaki gunung, melihat kepelbagaian spesies burung di
kawasan ini.
Sebuah Galeri Informasi yang
mengandungi pelbagai koleksi hasil hutan dan kegunaanya serta
bahan-bahan sejarah yang berkaitan dengan Jabatan Perhutanan. Bagi
mereka yang gemar berkhemah, tapak perkhemahan telah tersedia menanti.
Terdapat juga sebuah medan perbincangan yang disediakan bagi menjalankan
berbagai aktiviti berkumpulan.
|
Lokasi:
Mersing, Johor
Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Johor Timur,
86800 Mersing, Johor.
Tel. : 07-7991033
Terletak 17 km dari
Bandar Mersing dan 22 km dari Pekan Endau, Johor melalui Jalanraya
Mersing-Endau, 141 km dari Bandar Johor Bahru.
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh
menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau
teksi dari Bandar Mersing.
 
|

|