|
Famili
: Rubiaceae
Nama saintifik : Jackia ornata.
Nama tempatan : Aji samat.
Kegunaan.
Mengubati lemah
tenaga batin dan menambah tanaga batin serta urat saraf.
Kaedah.
Air rebusan akarnya diminum. Akar pokok ini juga boleh
dijadikan seperti serbuk tea. Debu akar pokok ini boleh
dijadikan bahan campuran dalam rempah sup ikan, daging dan ayam bagi tujuan menambahkan tenaga dan kesihatan. Rasanya
sedikit kelat dan sesuai dijadikan minuman harian sekeluarga.
Habitat.
Biasanya didapati di kawasan yang bercangkat rendah, di kawasan pinggir
hutan dan di lereng-lereng bukit terutama din kawasan yang banyak terdapat
pokok bertam.
Ciri-Ciri
Istimewa.
Mempunyai bunga yang cantik berwarna keputihan.
Kaedah Pembiakan.
Pembiakannya menggunakan biji benih
|