![]() |
Buku Program Hari Perhutanan Sedunia Ke 40 & Pelancaran Tahun Hutan Antarabangsa 2011 Peringkat Kebangsaan Perutusan dari Menteri Besar Johor Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan, khasnya kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar kerana memilih Negeri Johor sebagai tuan rumah bagi Majlis Sambutan Hari Perhutanan Sedunia ke 40 yang bertemakan “Hutan Untuk Kesejahteraan Masyarakat” (Forests For Community Livelihood) serta Pelancaran Tahun Hutan Antarabangsa 2011, Peringkat Kebangsaan “Hutan Untuk Masyarakat” (Forests For People). |