soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Selaras dengan pengumuman YAB Perdana Menteri berkaitan penularan wabak COVID-19, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (IPJPSM) akan DITUTUP bermula 18 Mac sehingga 31 Mac 2020. Sehubungan itu, semua Warga IPJPSM adalah diminta untuk memastikan ruang pejabat ditinggalkan dalam keadaan selamat. Sebagai makluman, Perintah Kawalan Pergerakan bukan bermaksud seseorang kakitangan itu diberikan cuti sebaliknya setiap kakitangan hendaklah berada di tempat kediaman masing-masing dan hendaklah mudah dihubungi untuk menjalankan tugas dari kediaman masing-masing, sekiranya diperlukan. Semua Warga IPJPSM juga adalah diminta untuk mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikeluarkan dan sentiasa menjaga keselamatan diri. Segala kerjasama Warga IPJPSM dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ini adalah amat diharapkan bagi memastikan segala usaha Kerajaan dalam mencegah penularan wabak COVID-19 ini dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Sekian, terima kasih.

 

KETUA PENGARAH PERHUTANAN

SEMENANJUNG MALAYSIA

17 MAC 2020

 

Hubungi Kami

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur
No. Tel: 603-26164488
No. Faks: 603-26925657
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Statistik Pelawat

Hari Ini 558

Semalam 655

Minggu Ini 1989

Bulan Ini 558

Keseluruhan 990539

Undian

Pendapat anda mengenai Laman Web baru JPSM

Sangat Baik - 55.5%
Memuaskan - 29.1%

Total votes: 440
The voting for this poll has ended on: Disember 30, 2017