-
- Semua permohonan untuk mendapatkan maklumat-maklumat mengenai pengurusan, pembangunan dan pemuliharaan sumber hutan serta industri perhutanan akan dikemukakan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima kecuali bagi permohonan maklumat data geospatial akan dikemukakan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas menerima kelulusan tapisan keselamatan dan bayaran.
-
Memberi nasihat teknikal mengenai pengurusan, pembangunan, pemuliharaan sumber hutan dan industri perhutanan akan dikemukakan dalam tempoh empat belas hari (14) hari bekerja dari tarikh ianya diterima.
-
Memberi nasihat undang-undang mengenai isu perhutanan dalam tempoh empat belas hari (14) hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen/ maklumat yang lengkap.
-
Keputusan permohonan menjalankan kajian/ penyelidikan dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Semenanjung Malaysia akan dimaklumkan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas mendapat ulasan bertulis daripada Jabatan Perhutanan Negeri.
-
Semua permohonan untuk mendapatkan penerbitan tidak terperingkat akan diedarkan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
-
Keputusan permohonan untuk menganjurkan latihan/ kursus/ bengkel oleh mana – mana bahagian dalam Jabatan akan dimaklumkan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas tarikh penerimaan permohonan.
-
Keputusan permohonan untuk mengikuti Kursus Sijil Perhutanan Renjer Hutan dan Kursus Sijil Perhutanan Pengawas Hutan di Institut Latihan Perhutanan (FORTRAIN), Kepong akan dimaklumkan dalam tempoh 30 hari bekerja selepas temu duga.
-
Mengemukakan akuan penerimaan aduan kepada pengadu dalam tempoh satu (1) hari bekerja dan memberi maklum balas awal dalam tempoh lima belas (15) hari bekerja.
-
Membuat pembayaran bil dan invois lengkap tidak melebihi empat belas (14) hari bekerja.
-
-
Semua permohonan maklumat daripada Pihak Berkepentingan di Negeri dan Persekutuan akan dikemukakan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima kecuali bagi maklumat-maklumat yang belum diperolehi oleh Jabatan.
-
Semua permohonan untuk mengeluarkan hasil hutan dan permit penggunaan akan dikeluarkan dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) bulan dari tarikh kelulusan diberi setelah semua syarat-syarat kelulusan dipatuhi.
-
Kelulusan permohonan untuk menjalankan kilang berasaskan kayu akan dikeluarkan dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) bulan dari tarikh kelulusan Pihak Berkuasa Negeri (PBN) mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
-
Lesen untuk menjalankan kilang berasaskan kayu akan dikeluarkan dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) bulan dari tarikh kelulusan diberi atau dari tarikh siap kilang dibina dan memenuhi semua syarat kelulusan.
-
Keputusan mengenai permohonan melanjutkan/ memperbaharui tempoh lesen mengeluarkan hasil hutan atau lesen menjalankan kilang berasas kayu akan diberi dalam tempoh tidak melebihi tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima setelah semua syarat-syarat dipatuhi.
-
Mengemukakan akuan penerimaan aduan kepada pengadu dalam tempoh satu (1) hari bekerja dan memberi maklum balas awal dalam tempoh lima belas (15) hari bekerja.
-





