Perpustakaan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia merupakan pusat maklumat bagi kakitangan JPSM dan jabatan-jabatan perhutanan negeri. Di samping itu, ia juga menjadi rujukan di kalangan penyelidik, orang perseorangan dan juga pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi untuk mendapatkan maklumat.
Keahlian
Keahlian perpustakaan JPSM hanya dibuka kepada kakitangan sahaja. Walau bagaimanapun kepada penyelidik, orang perseorangan dan juga pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi yang ingin menggunakan perkhidmatan Perpustakaan JPSM bagi mendapatkan maklumat adalah dikehendaki membawa dokumen yang menyokong permohonan seperti surat sokongan/surat pengesahan dan sebagainya.
Objektif
Objektif perpustakaan JPSM adalah untuk menyalurkan maklumat kepada pengguna dan menjadi pusat rujukan mengenai pengurusan, pembangunan dan pemeliharaan sumber hutan.
Perkhidmatan
Koleksi
Jualan Buku-Buku Jabatan
Perpustakaan JPSM menyediakan perkhidmatan jualan Buku-Buku Terbitan JPSM. Sila rujuk pautan di bawah bagi mendapatkan maklumat berkaitan buku-buku tersebut:
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Perpustakaan JPSM di talian 03-26164488.
Pautan ke Perpustakaan Lain