soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

PEMBANGUNAN DAN PELAKSANAAN KRITERIA DAN PETUNJUK PENGURUSAN HUTAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA

Usaha perumusan kriteria dan petunjuk sebagai standard pengukur untuk pengurusan hutan secara berkekalan telah mula dilaksanakan di Semenanjung Malaysia pada tahun 1994 berdasarkan ITTO Criteria and Indicators For Sustainable Forest Management yang diterbitkan pada tahun 1992. Lanjutan daripada itu, satu dokumen yang dikenali sebagai Kriteria, Petunjuk, Aktiviti dan Spesifikasi Pengurusan untuk Pensijilan Pengurusan Hutan Di Semenanjung Malaysia telah dihasilkan.

Standard ini telah diuji pemakaiannya di negeri Pahang, Selangor dan Terengganu menerusi satu projek perintis kerjasama Malaysia – The Netherlands pada pertengahan tahun 1996. Hasil kajian projek perintis ini telah dibincangkan dalam beberapa forum yang diadakan pada tahun 1998 dan 1999. Beberapa faktor, pandangan atau perkembangan penting terhadap kriteria dan petunjuk telah diambilkira. Di antaranya termasuklah:

  • Penerimapakaian Dutch Minimum Standards oleh pihak The Netherlands sebagai standard pengurusan hutan yang baik;
  • Penerimapakaian ITTO Criteria and Indicators for Sustainable Forest Management of Natural Tropical Forests, 1998 di Malaysia; dan
  • Hasil sesi-sesi rundingan di peringkat wilayah dan kebangsaan pada tahun 1999 untuk merumuskan satu standard nasional bagi pensijilan pengurusan hutan.

Output daripada perbincangan di forum-forum ini adalah penghasilan dokumen bertajuk Malaysian, Criteria, Indicators, Actitivies and Standards of Performance (MC&I) for Forest Management Certification (Forest Management Unit Level), Peninsular Malaysia bertarikh 23 Disember 1999. Dokumen Standard ini lebih dikenali sebagai MC&I (2001). Secara ringkasnya, standard yang dibangunkan tersebut adalah seperti berikut:

mcni1

 

Standard MC&I (2001) yang dilaksanakan di lapan (8) buah negeri iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor dan Terengganu telah menerima beberapa permintaan telah diutarakan agar standard ini diperlengkapkan lagi bagi memberi pertimbangan yang lebih munasabah dan menyeluruh kepada kehendak perlindungan alam sekitar, ekologi, sosial dan kepelbagaian biologi.

Hasil daripada kajian semula, dokumen bertajuk Malaysian Criteria and Indicators for Forest Management Certification [MC&I (2002)] telah diterimapakai sebagai Standard untuk penilaian dan Pensijilan Pengurusan Hutan pada tahun 2004. Secara ringkasnya, Prinsip, Kriteria dan Indikator dan juga Verifier di bawah standard MC&I (2002) untuk Semenanjung Malaysia adalah seperti berikut:

mcni2

 

Selaras dengan amalan antarabangsa dan proses penetapan standard untuk pembangunan standard pensijilan yang diterima pakai di bawah Skim Pensijilan Kayu Malaysia (MTCS), di mana ianya memerlukan supaya kajian semula dijalankan sekurang-kurangnya setiap lima (5) tahun sekali untuk memastikan penambahbaikan dibuat secara berterusan. Untuk tujuan ini, Standards Review Committee (SRC) yang merupakan forum pelbagai pihak berkepentingan yang ditugaskan untuk mengkaji semula MC&I (2002) serta untuk membangunkan standard yang disemak semula telah ditubuhkan. Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC) bertindak sebagai Sekretariat kepada SRC dan memainkan peranan bagi memudahkan pembentukan SRC itu.

Setelah dibuat perubahan dan penambahbaikan, Standard MC&I (Hutan Asli) dapat dirumuskan seperti berikut:

mcni1

 

Semua pemegang Sijil Pengurusan Hutan di bawah MTCS telah mengemukakan pelan peralihan kepada Badan Pensijilan Bebas yang berkenaan sebelum tarikh aplikasi iaitu 1 Julai 2012. Audit dijalankan berdasarkan kepada kehendak MC&I (Hutan Asli), tetapi sebarang ketakakuran terhadap aspek baru di dalam MC&I (Hutan Asli) berbanding MC&I (2002) direkodkan sebagai “Pemerhatian”.

Kelapan-lapan FMU di Semenanjung Malaysia iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor dan Terengganu telah berusaha sedaya upaya untuk beralih dari MC&I (2002) dengan melaksanakan keperluan-keperluan dalam MC&I (Hutan Asli) menjelang 1 Jun 2013. Semua FMU tersebut mematuhi standard MC&I (Hutan Asli) dan telah dianugerahkan sijil baru yang sah laku selama tempoh tiga (3) tahun mulai tahun 2013 manakala sijil lama bagi standard MC&I (2002) adalah tidak sah lagi.

Sehingga 31 Disember 2014, lapan (8) FMU di Semenanjung Malaysia dengan melibatkan sejumlah 4.51 juta hektar Hutan Simpanan Kekal telah berjaya dikekalkan dengan Sijil Pengurusan Hutan mengikut Standard MC&I (Hutan Asli) oleh Badan Pensijilan Bebas iaitu SIRIM QAS International Sdn. Bhd. dan SGS (Malaysia) Sdn. Bhd.

Sungguhpun Pensijilan Pengurusan Hutan yang dilaksanakan kini lebih menjurus untuk memenuhi tuntutan dan kehendak pasaran pengguna antarabangsa (International Consumer Demand) dan penyertaan JPSM dalam Pensijilan Hutan (Forest Certification) pula adalah secara sukarela, namun penyertaan JPSM dan semua Jabatan Perhutanan Negeri dalam konteks ini adalah bertujuan utuh untuk menzahirkan komitmen murni terhadap kepentingan pengekalan peranan dan sumbangan sumber hutan negara, terutamanya kawasan-kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) di bawah amalan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (PHSB) untuk dimanfaatkan oleh generasi masa kini dan masa hadapan. Hasrat JPSM ini juga sekaligus turut menjadi tumpuan utama pencapaian Wawasan JPSM, iaitu “Untuk Menjadi Agensi Terunggul Dalam Pengurusan Hutan Tropika Secara Berkekalan”. Bagi tujuan ini, Misi JPSM adalah untuk mengurus dan membangunkan sumber hutan secara berkekalan serta mengoptimumkan sumbangnya kepada pembangunan sosio-ekonomi Negara.

 

Sijil MC&I

Johor Kedah Kelantan Terengganu
Negeri Sembilan Pahang Perak Selangor

Hubungi Kami

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur
No. Tel: 603-26164488
No. Faks: 603-26925657
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Statistik Pelawat

Hari Ini 1738

Semalam 6769

Minggu Ini 31831

Bulan Ini 254132

Keseluruhan 7775058