• 2016

    LT2016

    Laporan Tahunan 2016
    Perutusan Pengarah JPSM:
    Selamat tinggal Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10:2011-2015) dan selamat datang Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11:2016-2020). Tahun 2016 merupakan gerbang dan tahun permulaan bagi RMKe-11 menjelang Wawasan 2020. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) amat komited untuk melaksanakan pelbagai program, projek dan aktiviti perhutanan selaras dengan arus kemajuan pembangunan negara ke arah mencapai pertumbuhan hijau melalui Teras Strategik 4 iaitu Menuju ke arah Pertumbuhan Hijau bagi Meningkatkan Kemampanan dan Daya Tahan. Di bawah Teras Strategik ini, sebanyak empat (4) bidang fokus telah ditetapkan yang meliputi (i) Memperkukuhkan persekitaran yang menyokong pertumbuhan hijau; (ii) Mengguna pakai konsep penggunaan dan pengeluaran mampan; (iii) Memulihara sumber asli untuk generasi masa kini dan hadapan; dan (iv) Memperkukuhkan daya tahan terhadap perubahan iklim dan bencana alam. Bagi memenuhi tujuan tersebut, JPSM bertindak sebagai agensi instrumental dalam merealisasikan pencapaian Key Performance Indicators (KPI) yang ditetapkan.
  • 2015

    LT2015

    Laporan Tahunan 2015
    Perutusan Pengarah JPSM:
    Tahun 2015 merupakan tahun akhir tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10:20112015). Di akhir tempoh RMKe-10 tersebut, sejumlah RM70.2 juta atau 99.5% dari peruntukan pembangunan di peringkat Persekutuan telah berjaya dibelanjakan oleh Ibu Pejabat Jabatan Pehutanan Semenanjung Malaysia (IPJPSM) untuk melaksanakan sebanyak lima (5) projek utama pembangunan hutan iaitu (i) Program Penanaman Pokok Bakau dan Spesies-Spesies yang Sesuai di Persisiran Pantai Negara Fasa 2; (ii) Menaiktaraf Bangunan Lama dan Infrastruktur JPSM; (iii) Pembangunan dan Pemeliharaan Perhutanan JPSM; (iv) Menaiktaraf Jalan Hutan dan Jalan Ladang Hutan; dan (iv) Projek Central Forest Spine. Projek-projek tersebut dilaksanakan bagi membantu usaha-usaha merealisasikan pencapaian misi utama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) di bawah pelaksanaan amalan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (PHSB). Dalam tahun 2015 sahaja, sejumlah RM24.3 juta atau 99.8% dari peruntukan pembangunan di peringkat Persekutuan telah dibelanjakan untuk melaksanakan projek-projek pembangunan hutan tersebut. Tahniah dan syabas saya ucapkan ke atas prestasi pencapaian cemerlang ini dan berharap agar prestasi seumpama ini akan dapat diteruskan dalam pelaksanaan projek-projek pembangunan hutan di bawah tempoh Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11:2016-2020).
  • 2014

    LT2014 Laporan Tahunan 2014
    Perutusan Pengarah JPSM:
    Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) komited secara berterusan dalam pemeliharaan dan pemuliharaan sumber hutan negara dengan mengekalkan keluasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) setakat ini seluas 4.93 juta hektar. Komitmen ini diterjemahkan dengan kejayaan JPSM mengekalkan sijil Malaysian Criteria and Indicators for Forest Management Certification (Natural Forest) [MC&I] bagi kelapan-lapan negeri yang menjalankan operasi pengusahasilan kayu-kayan dengan pencapaian Zero CARs (Corrective Action Requests) oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perak dan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan; Sijil Kualiti MS ISO 9001:2008 bagi Pengurusan Pengeluaran Kayu Secara Berkekalan bagi Hutan Darat Asli di Hutan Simpanan Kekal; sijil pengiktirafan kerajaan dan kepatuhan standard piawaian di mana JPSM terus mengekalkan Pensijilan MS ISO/IEC 27001:2007 bagi Information Security Management Systems (ISMS); Sijil Amalan Persekitaran Berkualiti 5S; dan penarafan 5 bintang dalam Provider-Based Evaluation (ProBE) 2014.
  • 2013

    cover2013 Laporan Tahunan 2013
    Perutusan Pengarah JPSM:
    Pada tahun 2013, luas kawasan HSK yang telah diwartakan adalah seluas 4.85 juta hektar berbanding tahun 2012 seluas 4.79 juta hektar iaitu peningkatan sebanyak 0.06 juta hektar (1.3%). Ini tidak mengambil kira kawasan-kawasan Cadangan HSK seluas 0.88 juta hektar yang dalam pelbagai peringkat perwartaan. Adalah menjdai harapan JPSM untuk meningkatkan kawasan HSK di Semenanjung Malaysia sedia ada ke tahap 5.0 juta hektar.
  • 2012

    JPSM2012 001 Laporan Tahunan 2012
    Perutusan Pengarah JPSM:
    Tahun 2012 merupakan tahun ke-111 penubuhan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) yang berperanan penuh memikul tanggungjawab dalam mengurus dan membangunkan sumber hutan di Semenanjung Malaysia. Sehingga kini, JPSM berjaya memastikan kawasan berhutan  di Semenanjung Malaysia seluas 5.79 juta hektar atau sebanyak 43.9% daripada keluasan tanah Semenanjung Malaysia. Daripada keluasan tersebut, seluas 4.89 juta hektar adalah kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) yang diwartakan di bawah Akta Perhutanan Negara (APN) 1984 dan selebihnya untuk Hutan Tanah Kerajaan dan Hutan Tanah Milik. Bagi memastikan sumber hutan diurus dengan cekap, maka JPSM terus komited dalam menguruskan sumber hutan secara berkekalan, khasnya kawasan HSK sejajar dengan visi dan misi JPSM.
  • 2011

    cover LP 2011 edit Laporan Tahunan 2011
    Perutusan Pengarah JPSM:
    Tahun 2011 adalah tahun permulaan bagi Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10). Warga Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) adalah diseru untuk terus melipatgandakan usaha-usaha bagi menjadikan sektor perhutanan di Semenanjung Malaysia terus cemerlang dan menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi negara.
  • 2010

    laporantahunan2010 Laporan Tahunan 2010
    Perutusan Pengarah JPSM:
    Tahun 2010 merupakan tahun akhir bagi Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010). Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah menerima peruntukan pembangunan berjumlah RM59.69 juta atau 96.4% telah dibelanjakan untuk melaksanakan projek-projek pembangunan hutan yang dirancangkan selaras dengan keperluan Negara seperti mana yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010).
  • 2009

    annual report perhutanan 2009 1 Laporan Tahunan 2009
    Perutusan Pengarah JPSM:
    Pelbagai aktiviti dan projek telah dijayakan dalam tahun 2009 oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dalam hasratnya untuk mengurus sumber hutan negara secara berkekalan dan menangani isu-isu perhutanan di peringkat nasional dan antarabangsa. Aktiviti dan projek yang telah dilaksanakan adalah sejajar dengan keperluan negara sebagaimana yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010).
  • 2008

    FINAL LAYOUT JPSM 2008 fp Laporan Tahunan 2008
    Perutusan Pengarah JPSM:
    Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah memainkan peranan aktif dalam perbincangan mengenai isu-isu perhutanan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa di sepanjang tahun 2008. Di antara isu-isu penting yang dibincangkan termasuklah usahausaha untuk meningkat dan memantapkan aspek-aspek penguatkuasaan hutan bagi membanteras kesalahan hutan, penambahbaikan peruntukan perundangan hutan yang sedia ada dan konservasi kepelbagaian biologi hutan. Kesemua usaha ini memerlukan penyertaan aktif dan komitmen tinggi Jabatan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.
  • 2007

    ANNUAL REPORT JPSM 2007 fp Laporan Tahunan 2007
    Perutusan Pengarah JPSM:
    Dalam era yang semakin mencabar di mana sektor perhutanan mendapat perhatian daripada semua lapisan masyarakat, pelbagai usaha telah dipertingkatkan bagi memastikan segala kepentingan dan faedah hutan terus dinikmati secara optimum. Sehubungan dengan itu, sepanjang tahun 2007, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) mempergiatkan lagi usaha ke arah mencapai matlamat pengurusan hutan secara berkekalan.

Hubungi Kami

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur
No. Tel: 603-26164488
No. Faks: 603-26925657
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Statistik Pelawat

Hari Ini 94

Semalam 460

Minggu Ini 2690

Bulan Ini 7873

Keseluruhan 135942

Undian

Pendapat anda mengenai Laman Web baru JPSM

.