soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3
  •   Tajuk Buku Harga Buku (RM)
    TMF-JanJun2018 The Malaysian Forestry Jan-Jun 2018 65.00
    Perangkaan 2017 Perangkaan Perhutanan Semenanjung Malaysia 2017 20.00
    Warta Jan Jun 2015 Warta Sektor Perhutanan Semenanjung Malaysia Jan - Jun 2015 20.00
    hutan simpan ulu muda Siri Kepelbagaian Biologi Hutan 3 - Hutan Simpan Ulu Muda, Kedah: Pengurusan, Persekitaran Fizikal Dan Biologi 50.00
    taman negeri endau rompin Taman Negeri Endau Rompin : Pengurusan Persekitaran Fizikal Dan Biologi 50.00
    perangkaan 2016 Perangkaan Perhutanan Semenanjung Malaysia 2016 20.00
    taman negeri gunung stong Siri Kepelbagaian Biologi Hutan 5 - Taman Negeri Gunung Stong, Kelantan: Pengurusan, Persekitaran Fizikal, Biologi Dan Sosio-Ekonomi 50.00
    gunung nuang selangor 2 Siri Kepelbagaian Biologi Hutan - Gunung Nuang, Selangor : Persekitaran Fizikal Dan Kepelbagaian Biologi 45.00
    4 Siri Kepelbagaian Biologi 4 Siri Kepelbagaian Biologi Hutan - Sustainable Management Mangroves : '100 Years And Beyond' 50.00
    Hanging Park Langkawi Geo-forest Park : Hanging Garden Of Langkawi 200.00
    Utility Plant Medical Sustainable Management & Utilization Of Medicinal Plant Resources 45.00
    6 Biologi 6 Siri Kepelbagaian Biologi Hutan - Hutan Simpan Gunung Jerai, Kedah: Pengurusan Persekitaran Fizikal Dan Kepelbagaian Biologi 45.00
    7 Biologi 7 Siri Kepelbagaian Biologi Hutan - Gunung Mandi Angin, Terengganu: Pengurusan Persekitaran Fizikal Dan Kepelbagaian Biologi 80.00
    taman rimba kenong pahang 8 Siri Kepelbagaian Biologi Hutan - Ekspedisi Saintifik Taman Rimba Kenong, Pahang 45.00
    straits of kuah Straits of Kuah - Culture And Nature Heritage Of Langkawi 45.00
    Laporan Inventori Laporan Inventori Hutan Nasional Ke Empat Semenanjung Malaysia 60.00
    Laporan Inventori Proceedings Of The National Conference On The Management And Conservation Of Forest Biodiversity In Malaysia' 75.00
  •   Tajuk Buku Penulis Tahun Sinopsis
    temenggorbelum Socioeconomic Impact of the Belum-Temenggor Ecological Corridor on the Local Communities in Gerik, Perak 1. Poh Lye Yong
    2. Muhammad Fekri Taib
    3. Siti Raihana binti Ramli
    4. Dr. Mohd Afandi Abu Bakar
    2017 Buku terbitan ini memaparkan hasil daripada kajian yang dijalankan di bawah projek pembangunan bertajuk “Pengurusan dan Pembangunan Central Forest Spine” di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (2011 – 2015). Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti peluang-peluang ekonomi yang boleh diceburi oleh penduduk setempat, kesan pelaksanaan projek ini terhadap gaya hidup penduduk setempat dan mengenalpasti aktiviti ekopelancongan yang boleh dibangun dan dimajukan di kawasan kajian. Buku ini mengandungi 6 bab yang menggambarkan objektif dan metodologi kajian; gambaran keseluruhan projek; gambaran kawasan kajian; kaedah penilaian sosioekonomi; hasil dapatan kajian dan analisa kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman (SWOT analysis).
    bees Nilai Ekonomi Madu Lebah, Semenanjung Malaysia 1. Poh Lye Yong
    2. Mohd Shahwahid Haji Othman
    2007 Buku terbitan ini mempaparkan hasil daripada kajian yang dijalankan dibawah projek pembangunan bertajuk ‘Jumlah Penilaian Ekonomi Barangan & Perkhidmatan Hutan di Semenanjung Malaysia’ dibawah Rancangan Malaysia Ke-9 yang bertujuan untuk mengukur kepentingan ekonomi mengenai hutan terhadap pengeluaran madu liar dan yang dipelihara dari pokok-pokok hutan dan yang ditanam di Semenanjung Malaysia, khususnya di negeri Pahang. Buku ini mengandungi 10 bab yang menggambarkan objektif dan methodologi kajian; anatomi dan taxonomi madu lebah serta produk dan perkhidmatan yang dibekalkan oleh lebah; pengumpulan madu lebah liar; pemeliharaan lebah; perdagangan madu lebah asli; pengurusan kewangan tempat memelihara lebah; struktur kos dan pendapatan pengumpulan madu lebah liar dan industri pemeliharaan lebah; nilai ekonomi madu lebah liar dalam pengumpulan madu dari hutan dan eko-pelancongan.
    forest Nilai Ekonomi Hutan Dalam Konservasi Gajah, Semenanjung Malaysia 1. Poh Lye Yong
    2. Mohd Shahwahid Haji Othman
    2008 Buku terbitan ini mempaparkan hasil daripada kajian yang dijalankan dibawah projek pembangunan bertajuk ‘Jumlah Penilaian Ekonomi Barangan & Perkhidmatan Hutan di Semenanjung Malaysia’ dibawah Rancangan Malaysia Ke-9 yang bertujuan untuk menilai peranan hutan sebagai habitat gajah liar. Kajian ini dibuat melalui kesanggupan untuk membayar bagi pemeliharaan gajah liar dan perkaitan dengan eko-pelancongan seperti safari, serta kos kerosakan yang disebabkan oleh gajah. Buku ini mengandungi 10 bab yang menggambarkan objektif dan methodologi kajian; anatomi dan struktur keluargaan gajah; hutan sebagai habitat kepada gajah, penilaian ekonomi terhadap hutan sebagai habitat kepada gajah; gajah, peranannya kepada eko-pelancongan; gajah dalam tawanan; nilai konservasi gajah liar; dan penilaian ekonomi eko-pelancongan di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan.
    kepelbagaian biologi 2009 Kepelbagaian Biologi Flora, Fauna Dan Nilai Ekonomi Hutan Simpan Tranum, Pahang 1. Tuan Marina Binti Tuan Ibrahim
    2. Shamsul Khamis
    2009 Buku terbitan ini menggambarkan sumber kekayaan dan kepelbagaian khazanah hutan yang mengandungi flora seperti tumbuhan tinggi dan rendah; fauna seperti mamalia besar dan kecil, amfibia dan reptilia, ikan dan hidupan air, burung, trigona spp, dan kepelbagaian fauna lain; nilai ekonomi kayu kayan dan tumbuhan ubatan; komuniti orang asli; dan pemeliharaan kepelbagaian biologi yang terdapat di Hutan Simpan Tranum, Pahang.
    kepelbagaian biologi 2010 Kepelbagaian Biologi Flora, Fauna Dan Nilai Ekonomi Hutan Simpan Batu Gangan, Cameron Highlands, Pahang 1. Tuan Marina Tuan Ibrahim
    2. Shamsul Khamis
    3. Nor Hafizah Roslan
    2010 Buku terbitan ini menggambarkan kekayaan sumber dan kepelbagaian khazanah hutan yang mengandungi flora seperti tumbuhan tinggi dan rendah; fauna seperti mamalia besar dan kecil serta burung; nilai ekonomi tumbuhan ubatan, tumbuhan hiasan dan sumber asli lain; komuniti orang asli; dan nilai pemeliharaan kepelbagaian biologi yang terdapat di Hutan Simpan Batu Gangan, Cameron Highlands, Pahang.
    economic valuation Penilaian Ekonomi Tumbuhan Hiasan Liar Di Semenanjung Malaysia 1. Zulnaidah Manan
    2. Mohd Shahwahid Haji Othman
    2011 Buku terbitan ini mempaparkan hasil daripada kajian yang dijalankan dibawah projek pembangunan bertajuk ‘Jumlah Penilaian Ekonomi Barangan & Perkhidmatan Hutan di Semenanjung Malaysia’ dibawah Rancangan Malaysia Ke-9 yang bertujuan untuk menetapkan nilai kewangan atau harga untuk barangan dan perkhidmatan hutan selain daripada kayu balak, iaitu tumbuhan hiasan liar di Semenanjung Malaysia, khususnya di negeri Pahang. Buku ini mengandungi tujuh bab yang menggambarkan objektif dan methodologi kajian; jenis tumbuhan hiasan liar, tapak semaian tumbuhan hiasan; aktiviti pengumpulan tumbuhan hiasan liar, struktur kos dan pendapatan pengumpulan tumbuhan hiasan liar; dan nilai ekonomi pengumpulan tumbuhan hiasan liar dari hutan asli.
    swiftlet Analisis Ekonomi Industri Sarang Burung Walit 1. Zulnaidah Manan
    2. Mohd Shahwahid Haji Othman
    2012 Penerbitan ini menyediakan penemuan hasil kajian yang telah dijalankan di bawah projek pembangunan bertajuk ‘Penilaian Ekonomi Biodiversiti Hutan di Semenanjung Malaysia’ di bawah Rancangan Malaysia Ke-10. Kajian ini bertujuan untuk mengukur kepentingan industri sarang burung walit di Malaysia. Maklumat yang telah diperolehi daripada kajian ini, iaitu struktur kos dan pendapatan serta fungsi pengeluaran industri sarang burung walit adalah berguna kepada pengusaha, penjual, agensi kawal selia dan perancang ekonomi. Struktur kos dan pendapatan mengenal pasti komponen kos utama dalam pengeluaran sarang burung walit. Pengumpul boleh menggunakan maklumat ini bagi meningkatkan kecekapan dalam pengurusan operasi perniagaan mereka dan mengenal pasti kekangan tugas dan cuba untuk mengurangkan kos pengeluaran mereka secara menyeluruh. Agensi kawal selia dan perancang ekonomi pula boleh menggunakan maklumat ini untuk mendapatkan petunjuk terhadap sumbangan ekonomi sumber biodiversiti terutamanya berkaitan persekitaran termasuk hutan, di dalam pengeluaran sarang burung walit. Akhir sekali, kajian ini juga menyediakan analisis penggunaan semasa sarang burung walit oleh pengguna di Malaysia.
    economic valuation 2 The Economic Valuation of Forest Conservation Benefits:Fisheries Habitat, Cage Fish Farming and Recreational Angling in Pahang 1. Zulnaidah Manan
    2. Mohd Shahwahid Haji Othman
    2014 Buku terbitan ini mempaparkan hasil daripada kajian yang telah dijalankan di bawah projek pembangunan bertajuk ‘Penilaian Ekonomi Biodiversiti Hutan di Semenanjung Malaysia’ di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (2011-2015). Kajian ini bertujuan untuk mengukur kepentingan ekonomi kawasan hutan tadahan air berhubung dengan pengeluaran air bersih bagi sungai-sungai yang menyokong penternakan ikan air tawar dalam sangkar di Semenanjung Malaysia, khususnya di Negeri Pahang. Nilai ekonomi ikan sungai memberikan potensi untuk meningkatkan pemeliharaan biodiversiti hutan selain membantu dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan hutan sebagai sumber ekonomi di Semenanjung Malaysia.
  •   Tajuk Buku
    Development of a methodology for river water quality monitoring in prf in Pahang 001 Development of a methodology for river water quality monitoring in prf in Pahang
    The_Promising_Livelihood_of_the_CFS.jpg The Promosing Livelihood of the Central Forest Spine
    Panduan Teknikal Inventori Hutan Nasional Kelima (IHN 5) Panduan Teknikal Inventori Hutan Nasional Kelima (IHN-5)
    Panduan Teknikal Kajian Tumbesaran dan Pengeluaran Panduan Teknikal Kajian Tumbesaran dan Pengeluaran (G&Y)
  •   Tajuk Buku Penulis Tahun Sinopsis
    kawalan serangan perosak PANDUAN PENCEGAHAN DAN KAWALAN SERANGAN PEROSAK POKOK HUTAN 1. Dato’ Lim Kee Leng
    2. Hj. Roslan bin Rani
    3. Hj. Ramli bin Mat
    4. Dr. Ahmad Said bin Sajap
    5. Dr. Farid bin Ahmad
    6. Wan Ghazali bin Wan Ali
    7. Mohd. Syahrir Azrin bin Salleh
    8. Nurfazliza binti Kamarulbahrin
    9. Nuazri bin Sedik
    10. Ismail bin Zakaria
    11. Murni binti Samsuddin
    2017 Buku panduan ini diterbitkan untuk digunakan oleh pegawai dan kakitangan JPSM sebagai panduan dalam usaha untuk mencegah dan mengawal serangan perosak dan penyakit pokok hutan di hutan asli dan ladang hutan dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) dan tapak semaian. Buku ini juga boleh digunakan oleh mana-mana pihak bagi kawasan penanaman pokok hutan di luar kawasan HSK.
    penubuhan GARIS PANDUAN PENUBUHAN LADANG HUTAN 1. Dato’ Hj. Roslan bin Ariffin
    2. Dato’ Lim Kee Leng
    3. Hj. Roslan bin Rani
    4. Hamidi bin Abd Halim
    5. Hj. Ramli bin Mat
    6. Marlina binti Omar
    7. Mohd Noor Firdaus b. Rahim
    8. Edevaldo J.Yapp
    9. Juliana binti Yahya
    10. Nor Fazlina binti Mohamad Nor
    11. Veronica Justin
    12. Saiful Azmi bin Mat A’zid
    13. Nurul Hana binti Mohd Sayuti
    14. Nazirah binti Aziz
    2017 Garis panduan ini memaparkan maklumat berkaitan proses dilakukan untuk penubuhan ladang hutan yang merangkumi pemilihan kawasan, pemilihan spesies, penyediaan tapak dan penyelenggaraan yang perlu dilakukan sebelum ladang hutan ditubuhkan. Sungguhpun begitu, garis panduan ini tidak boleh dianggap sebagai muktamad kerana terdapat perkara-perkara dalam pengurusan, penubuhan dan penyelenggaraan ladang hutan yang berubah mengikut perkembangan teknologi dan keperluan dari semasa ke semasa.
  •   Tajuk Buku Penulis Tahun Sinopsis
    Prosiding Persidangan Ekonomi 2014 Cover Prosiding Persidangan Kebangsaan Penilaian Ekonomi Sumber Hutan 2014 1. Poh Lye Yong
    2. Muhammad Umar bin Abdullah
    3. Muhammad Fekri bin Taib
    4. Nur Aishah binti Sa’ad
    5. Rosmawati binti Ismail
    6. Rafizah binti Minhat
    2014 Buku ini diterbitkan hasil daripada kompilasi pembentangan sebanyak 20 kertas kerja yang telah berlangsung sepanjang Persidangan Kebangsaan Penilaian Ekonomi Sumber Hutan2014 yang bertemakan “Penjanaan Kekayaan Baru Barangan dan Perkhidmatan ke arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi” di Hotel The Everly Putrajaya dari 2-5 September 2014. Diantara perkara penting yang telah dibincangkan adalah dasar dan rangka kerja; prinsip dan kaedah-kaedah; penyelidikan, pembangunan dan inovasi; penilaian ekonomi barangan hutan; dan penilaian ekonomi perkhidmatan hutan.
    Klik di sini untuk muat turun.
    prosiding perhutanan ke16 Prosiding Persidangan Perhutanan Malaysia Ke-16 Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia 2012

    Buku ini diterbitkan hasil daripada pembentangan di Persidangan Perhutanan Malaysia Ke-16 pada 5-9 Disember 2011.
    Klik di sini untuk muat turun.

     

     

     

    prosiding persidangan Prosiding Persidangan Kebangsaan Penilaian Ekonomi Sumber Hutan 1. Chin Yue Mun
    2. Faridah Hanum Ibrahim
    3. Poh Lye Yong
    4. Tuan Marina Tuan Ibrahim
    2010

    Buku ini diterbitkan hasil daripada pembentangan sebanyak 21 kertas kerja secara lisan yang berlangsung sepanjang Persidangan Kebangsaan Penilaian Ekonomi Sumber Hutan bertemakan “Penjanaan Kekayaan Baru Sumber Hutan Untuk Satu Malaysia” di Hotel Best Western Premier Seri Pacific dari 11-13 November 2009. Diantara perkara penting yang telah dibincangkan adalah dasar dan rangka kerja; kaedah-kaedah penilaian sumber hutan; penilaian barangan dan perkhidmatan hutan; dan penyelidikan, pembangunan dan inovasi.

    prosiding seminar Prosiding Seminar Ke Atas Penilaian Ekonomi Barangan Dan Perkhidmatan Hutan 1. Faridah Hanum Ibrahim
    2. Poh Lye Yong
    3. Tuan Marina Binti Tuan Ibrahim
    2009

    Buku terbitan “Prosiding Seminar Penilaian Ekonomi Barangan & Perkhidmatan Hutan’ mendokumentasikan sebanyak 15 kertas kerja yang dibentangkan di seminar yang telah diadakan di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu, Terengganu dari 15-18 Disember 2007. Hasil kajian daripada beberapa kajian yang telah dijalankan oleh Jabatan dibawah projek pembangunan bertajuk ‘Jumlah Penilaian Ekonomi Barangan & Perkhidmatan Hutan di Semenanjung Malaysia’ dibawah Rancangan Malaysia Ke-9 adalah dipaparkan dalam buku terbitan ini yang juga membekalkan garis panduan am terhadap penilaian barangan dan perkhidmatan hutan.

Hubungi Kami

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur
No. Tel: 603-26164488
No. Faks: 603-26925657
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Statistik Pelawat

Hari Ini 3587

Semalam 8264

Minggu Ini 11851

Bulan Ini 181378

Keseluruhan 7702304