International Symposium on Forestry and Forest Products 2010 (ISFFP 2010)

 

Pada tahun ini bersempena dengan ulang tahun ke-25 Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), satu Innugural International Symposium on Forestry and Forest Products 2010 (ISFFP 2010) akan diadakan. Tujuan utama penganjuran ISFFP 2010 ini adalah untuk membincang dan menyebarkan penemuan terkini penyelidikan & pembangunan (R&D) bagi menghadapi cabaran keperluan dalam sektor perhutanan dan industri hasil hutan. Sehubungan dengan itu, tuan/puan adalah dijemput untuk menyertai simposium ini.


Simposium kali ini bertemakan “Addressing global concerns and changing societal needs”. Pemilihan tema ini adalah selaras dengan komitmen Malaysia dalam usahanya memperjuangkan isu perubahan iklim dan kenyataan YAB Perdana Menteri semasa COP 15 di bawah United Nations Framework on Convention on Climate Change (UNFCC) yang secara sukarela mengurangkan penghasilan karbon sebanyak 40% daripada kepadatan karbon berdasarkan kepada Gross Domestic Product sebelum tahun 2020 berbanding tahun 2005.


Simposium ini akan membincangkan berhubung isu-isu berikut ;

    • Perubahan iklim
    • Biodiversiti
    • Ekologi hutan
    • Perladangan hutan
    • Penggunaan bioteknologi dalam perhutanan
    • Teknologi hijau
    • Eko-pelancongan
    • Sosio-ekonomi
    • Produk ubatan dari bahan tumbuhan
    • Penambahbaikan pemerosesan
    • Penghasilan produk kayu dan bahan bukan kayu


Sejajar dengan itu, matlamat ISFFP 2010 agar dapat membawa dan mengumpul stakeholders bagi membincangkan isu-isu tersebut dengan harapan untuk mencapai keseimbangan dalam menangani isu-isu global dan pada masa yang sama dapat memenuhi keperluan sosial untuk pembangunan secara berkekalan.


Kepada sesiapa yang berminat untuk membentangkan kertas kerja atau poster, diminta menghantar abstrak kertas kerja atau poster tersebut kepada sekretariat di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya sebelum 1 Jun 2010.

Sekiranya tuan/puan memerlukan bantuan atau terdapat sebarang pertanyaan berkenaan ISFFP 2010, bolehlah menghubungi kami di :


Sekretariat

International Symposium on Forestry and Forest Products 2010 (ISFFP 2010)

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
52109 Kepong, Selangor
Malaysia

(U.P : En. Mahmudin Saleh)

Tel: +603-62797280, 62797316
Faks: +603-62804620

E-mail:  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya

Laman web rasmi : http://www.frim.gov.my/isffp2010/index.html


Akhir sekali, diminta tuan/puan untuk memanjangkan mesej ini kepada kenalan tuan/puan yang berminat untuk menyertai ISFFP 2010.

Terima kasih.

Hubungi Kami

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur
No. Tel: 603-26164488
No. Faks: 603-26925657
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Statistik Pelawat

Hari Ini 413

Semalam 498

Minggu Ini 2145

Bulan Ini 8645

Keseluruhan 251538

Undian

Pendapat anda mengenai Laman Web baru JPSM

Sangat Baik - 55.5%
Memuaskan - 29.1%

Total votes: 440
The voting for this poll has ended on: Disember 30, 2017
.