Majlis Sambutan Hari Perhutanan Sedunia Ke-41 Peringkat Kebangsaan Tahun 2012

 

KUALA SEPETANG, 21 MAC 2012 - Sambutan Hari Perhutanan Sedunia ke-41 Peringkat Kebangsaan dengan tema ‘ Hutan Untuk Kesejahteraan Masyarakat’ telah berlangsung pada 21 Mac 2012 bertempat di Pusat Eko-Pelajaran Hutan Paya Laut Matang, Kuala Sepetang, Taiping, Perak. Upacara perasmian disempurnakan oleh  YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd. Kadir, Menteri Besar Perak. Majlis ini dihadiri oleh YBhg. Dato’ Dr. Mohd Ali bin Mohamad Nor, Timbalan Ketua Setiausaha I, YBhg. Dato’ Dr. Che Ab Rahim bin Nik, Timbalan Ketua Setiausaha II Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, dan YBhg. Dato’ Dr. Hj. Abd. Rahman bin Hj. Abd Rahim, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, YBhg. Dato’ Masran B. Md. Salleh, Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia (Dasar dan Perancangan) dan Tn.Hj. Roslan bin Ariffin, Pengarah Perhutanan Negeri Perak.Turut hadir bersama adalah wakil daripada jabatan-jabatan dan agensi kerajaan, NGO, pihak swasta, pelajar-pelajar dan masyarakat tempatan. Menteri Besar Perak juga telah menyatakan penghargaan dalam ucapannya kepada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan Perhutanan Negeri Perak atas segala usaha dalam penganjuran majlis ini.

 

Pengiraan countdown ke-24 juta pokok di bawah Kempen Menanam 26 Juta Pokok merupakan tanda simbolik pelancaran pada majlis kali ini disertai dengan pelancaran buku herba yang bertajuk ‘Khazanah Herba Negeri Perak’. Sambutan ini diteruskan dengan lawatan ke tapak pameran oleh YAB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd. Kadir, Menteri Besar Perak. Kemuncak sambutan pada kali ini diteruskan dengan upacara penanaman pokok Merbau ipil (Intsia bijuga) sebagai pokok yang ke-24 juta pokok ditanam. Upacara penanaman pokok bakau ini turut disertai oleh  YBhg. Dato’ Dr. Hj. Abd. Rahman bin Hj. Abd Rahim, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia bersama-sama dengan jemputan kenamaan yang lain dan juga para pelajar. Serentak dengan  sambutan pada kali ini, Kem Pemimpin Muda Prihatin Air yang melibatkan 100 pelajar sekolah menengah  dari seluruh Semenanjung Malaysia turut diadakan bermula pada 20 hingga 24 Mac 2012 sebagai salah satu platform yang melibatkan penyertaan masyarakat.

Hubungi Kami

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur
No. Tel: 603-26164488
No. Faks: 603-26925657
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Statistik Pelawat

Hari Ini 399

Semalam 882

Minggu Ini 2956

Bulan Ini 10408

Keseluruhan 458468

Undian

Pendapat anda mengenai Laman Web baru JPSM

Sangat Baik - 55.5%
Memuaskan - 29.1%

Total votes: 440
The voting for this poll has ended on: Disember 30, 2017
.