a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z #
Acacia Mangium

Acacia Mangium

Spesies ini berasal dari Australia Utara, Papua-New Guinea dan Indonesia Timur (Maluku dan Irian Jaya). Ia biasa didapati di kawasan tanah pamah yang mempunyai ketinggian bawah 100m dari aras laut. Spesies ini boleh membesar sehingga mencapai ketinggian 30m. Antara kegunaannya adalah untuk pembuatan perabot dan kabinet, rangka pintu, kayu kumai, binaan ringan serta pulpa dan kertas.

Azadirachta Excelsa

Azadirachta Excelsa

Sentang merupakan tanaman asal dari Malaysia, dan penanaman sentang adalah sesuai dengan suasana atau iklim di Malaysia. Kayu sentang merupakan kayu keras sederhana atau ringan yang banyak juga ditanam di Thailand, Malaysia, dan Indonesia. Spesies ini boleh digunakan untuk pembinaan ringan.

Hevea brasiliensis

Hevea brasiliensis

TLC ditanam bagi tujuan pengeluaran kayu-kayan sebagai produk utama dan lateks sebagai produk sampingan. Spesies getah mempunyai kadar tumbesaran yang cepat dan penghasilan susu getah yang tinggi. Ia boleh digunakan untuk pembuatan perabot, papan serpai dan papan berketumpatan sederahana. 

Khaya Spp.

Khaya Spp.

Pokok Khaya adalah kayu keras dan cepat tumbuh. Spesies ini boleh mencapai ketinggian 35m. Kayu pokok Khaya ini boleh digunakan untuk pertukangan kayu, tanggam,pembuatan perabot, kerja kabinet, pembinaan kapal dan dalam pengeluaran venier hiasan. 

Neolamarckia Cadamba

Neolamarckia Cadamba

Kelempayan ini merupakan spesies cepat tumbuh dan sesuai ditanam untuk penanaman semula hutan. Ia dijumpai di kawasan tanah pamah 1000m dari aras laut. Spesies ini adalah kayu ringan dan boleh digunakan untuk pulpa dan pembinaan ringan.

Octomeles Sumatrana

Octomeles Sumatrana

Spesies ini boleh dijumpai di keseluruhan kawasan Indonesia sehingga ke Malaysia (Sabah dan Sarawak). Ia tumbuh di kawasan tanah pamah sehingga1000 m dan sesuai ditanam di kawasan yang bertanah aluvium, tanah liat atau tanah lempung berpasir. Ia boleh digunakan untuk pembinaan ringan dan pulpa memandangkan spesies ini adalah spesies kayu ringan.

Paraserianthes Falcataria

Paraserianthes Falcataria

Spesies ini berasal dari Maluku, Irian Jaya dan Papua-New Guinea. Pokok ini merupakan spesies cepat tumbuh dan boleh mencapai ketinggian sehingga 45m. Spesies ini boleh digunakan untuk papan lapis, batang mancis, papan, membuat ukiran, pulpa dan kertas.

Tectona Grandis

Tectona Grandis

Jati dikategorikan sebagai spesies cepat tumbuh dan boleh mencapai ketinggian maksimum sehingga 85m. Jati adalah salah satu kayu yang paling berharga di Asia Tenggara. Kayunya yang tahan lama dan warna semula jadi yang menarik menyebabkan ia sesuai untuk dijadikan perabot yang berkualiti tinggi.

Thymelaeaceae

Thymelaeaceae

Pokok Karas merupakan spesies daripada famili Thymelaeaceae. Di Semenanjung Malaysia terdapat lima (5) spesies yang telah dikenalpasti iaitu Aquilaria malaccensis, Aquilaria microcarpa, Aquilaria hirta, Aquilaria beccariana dan Aquilaria rostrata

Vatica Abdulrahmaniana

Vatica Abdulrahmaniana

Pokok Vatica abdulrahmaniana telah ditemui pada tahun 2015 dan direkodkan sebagai penemuan baharu.

Hubungi Kami

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur
No. Tel: 603-26164488
No. Faks: 603-26925657
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Statistik Pelawat

Hari Ini 101

Semalam 248

Minggu Ini 1765

Bulan Ini 8604

Keseluruhan 69272

Undian

Pendapat anda mengenai Laman Web baru JPSM

.