• Kata Takrifan
    APN Akta Perhutanan Negara
    BPH Balai Pemeriksaan Hutan
    CTT Catuan Tebangan Tahunan
    DARA Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara
    EIBK Enakmen Industri Berasas Kayu
    FELCRA Federal Land Coordination and Rehabilitation Authority (Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan)
    FELDA Federal Land Development Authority (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan)
    FIR First Information Report (FIR) [Laporan Maklumat Pertama
    FRIM Forest Research Institute Malaysia(Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia)
    GPS Geographical Positioning System
    HSK Hutan Simpanan Kekal
    IBK Industri Berasas Kayu
    ID Investigation Dairy (Dairi Penyiasatan)
    IKS Industri Kecil Sederhana
    IMP Industrial Master Plan (Pelan Induk Perindustrian)
    IO Investigation Officer (Pegawai Penyiasat)
    IP Investigation Paper (Kertas Siasatan)
    IRPA Intensification of Research in Priority Areas(Penumpuan Penyelidikan dalam Bidang-bidang Keutamaan)
    ITAF Industrial Technical Assistance Fund (Tabung Bantuan Teknikal Perindustrian)
    ITTO International Tropical Timber Organisation(Pertubuhan Kayu Kayan Tropika Antarabangsa)
    JPSM Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
    KAJ Kanun Acara Jenayah
    KEJORA Lembaga Kemajuan Johor Tenggara
    KESEDAR Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan
    KETENGAH Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah
    KKH Kaedah-Kaedah Hutan
    KKIBK Kaedah-Kaedah Industri Berasas Kayu
    KPPSM Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia
    LGM Lembaga Getah Malaysia
    LPS Lesen Pendudukan Sementara
    MC&I Malaysian Criteria and Indicators
    MDF Medium Density Fibreboard (Papan Gentian Ketumpatan Sederhana)
    MIWT Malaysian Institute of Wood Technology (Institut Teknologi Kayu Malaysia)
    MTC Malaysian Timber Council (Majlis Kayu Kayan Malaysia)
    MTIB Malaysian Timber Industry Board (Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia)
    P&P Penyelidikan dan Pembangunan
    PBN Pegawai Hutan Daerah
    PHH Pemungut Hasil Hutan
    PI Pusat Ikatan
    PIP2 Pelan Induk Perindustrian Kedua
    PO Prosecuting Officer (Pegawai Pendakwa)
    Post-F Post-Felling Forest Inventory (Inventori Hutan Selepas Tebangan)
    PPN Pengarah Perhutanan Negeri
    Pre- F Pre-Felling Forest Inventory (Inventori Hutan Sebelum Tebangan)
    PRH Pegawai Renj Hutan
    RIL Reduced Impact Logging
    RMH Rancangan Mengusaha Hasil Hutan
    SMS Selective Management System (Sistem Pengurusan Memilih)
    TK Tanah Kerajaan
    TPR Timbalan Pendakwa Raya
  • Kata Takrifan
    AGRADASI Pembentukan permukaan bumi terutamanya dasar sungai disebabkan oleh longokan kelodak atau bahan organik yang telah reput.
    AGREGAT Bahan mineral yang boleh dijadikan partikel untuk membuat simen.
    AIR DALAM TANAH Zon air yang terdapat di bawah tanah yang mengalir dari permukaan bumi dan di bawah pengaruh graviti.
    AKTA HUTAN Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pentadbiran, pengurusan dan pemuliharaan hutan dan pembangunan perhutanan dalam negeri di Malaysia bagi maksud tertentu
    AKTIVITI REKREASI ALAM SEMULA JADI Aktiviti hiburan yang dilakukan di kawasan semuala jadi untuk menikmati keindahan alam sekitar
    ALAT PENANDA Pistol penyembur cat tanda pada pokok
    ALAT PENEPIS API Alat pemadam api yang diperbuat daripada kain dan pemegangnya daripada kayu. Alat ini digunakan sebagai pemukul api bagi memadamkan kebakaran kecil seperti rumput dan sampah sarap
    ALAT PENYALAAN Perkakas yang digunakan untuk menyalakan api atau bahan bakar bagi tujuan pembakaran
    ALUR Hakisan gaung
    ANAK BENIH PEMULIHAN Anak benih yang digunakan untuk memulihkan sesuatu kawasan hutan
    ANAK LIAR Anak benih pokok di lantai hutan yang diambil daripada anak pokok liar untuk penanaman semula
    ANGGOTA ANGKATAN TENTERA Seseorang anggota angkatan tentera yang berpangkat tidak rendah daripada Lans Koperal;
    API APITAN/API SISI Kebakaran yang berlaku secara selari dengan menghadap arah haluan angin akan membakar sesuatu kawann dengan lebih cepat dengan intensiti pembakaran yang tinggi
    ARAH REBAH Hala tuju penumbangan pokok yang ditentukan mengikut ciri pokok dan keadaan persekitaran seperti kepadatan/saiz silara, kecondongan dan kedudukan pokok
    ARAS Aras tempat penyukatan dibuat. Ketinggian pengukuran
    ARAS DADA Ketinggian piawai untuk mengukur lilit, diameter dan luas pangkal pokok hidup. Ketinggian yang digunakan ialah 1.30 m atau 4 ka 3 in, tetapi di sesetengah negara seperti Amerika Syarikat, ketinggian yang digunakan ialah 1.37 m atau 4 ka 6 in dari aras tanah
    ARAS KEROSAKAN EKONOMI Tahap kerosakan pada dirian atau pokok yang masih dapat diterima dari segi ekonomi
    ARBORETUM Kawasan yang ditanam dengan spesies pokok tertentu bagi tujuan pemuliharaan sumber genetik, pendidikan dan penyelidikan
    ASING Eksotik
    ASLI Berkenaan tumbuhan asal dari sesebuah negara
    BAHAN BAKAR RINGAN Bahan mudah terbakar seperti daun, ranting dan damar kering
    BAKARAN BEBAS Pembakaran secara terbuka dan tidak terkawal
    BAKARAN RINGAN Pembakaran berkala untuk mengelakkan timbunan bahan api yang banyak yang sukar dikawal jika terbakar
    BALAI PEMERIKSAAN HUTAN Suatu tempat di mana semua hasil hutan dibawa untuk diukur, ditimbang atau dikira untuk ditaksir royalti, ses pembangunan hutan dan caj-caj hutan yang lain.
    BALAK Bahagian batang pokok kayu yang biasanya mempunyai panjang yang sesuai untuk diproses menjedi hasil kayu, seperti papan gergaji atau papan lapis
    BALAK PENGIKAT Balak yang disusu pada posisi tertentu bersama dalam longgokan untuk memantapkan longgok tersebut
    BALAK TERAPUNG Balak ringan yang lazimnya telah dikeringkan dan diapungkan di permukaan air sebelum dihantar ke kilang
    BANCI Pengiraan popilasi sepenuhnya
    BANCIAN Aktiviti mendapatkan maklumat bilangan sepesies dan saiz pokok dalam sesuatu kawasan hutan
    BANCIAN HUTAN Mendapatkan maklumat mengenai kualiti dan kuantiti sumber hutan serta cirinya yang pelbagai seperti spesies, saiz dan bilangan pokok serta bentuk topografi kawasan hutan tersebut. Proses ini bertujuan mengusahakan hasil dan mengurus kawasan hutan.inventori hutan
    BANGKA Pokok yang melampaui tahap matang
    BANIR Akar pokok yang tumbuh dan kelaur di atas paras tanah pada pangkal pokok-pokok besar seperti beringin, merbau atau pauh kijang
    BANJARAN PERSISIRAN Kawasan bukit yang terdapat di persisiran pantai
    BANTERAS (KEBAKARAN) Langkah awal untuk mengelakkan kebakaran dengan cara membuang atau memindahkan bahan mudah terbakar dari kawasan tersebut
    BANTUAN PERHUTANAN Sebarang bantuan dan pertolongan yang diberikan oleh pihak-pihak tertentu dalam bidang perhutanan sama ada dari segi perkhidmatan, tunjuk ajar, nasihat atau kewangan
    BASMIAN HUTAN Proses penghapusan tumbuhan hutan atau penukaran kegunaan tanah hutan
    BATANG Bahagian batang pokok dari banir hingga ke dahan utama.
    BATANG BERSIH Tinggi batang sehingga dahan hidup yang pertama
    BATANG BOLEH NIAGA Panjang batang pokok dari pangkal ke hujung paling kecil yang boleh diusaha hasil dan diniagakan
    BATAS SEMAIAN Jalur tanah yang disediakan untuk menyemai anak benih
    BATU LUMPUR Batu lembut yang terbentuk daripada pengerasan lumpur
    BAYARAN RAGUTAN Perbezaan antara jumlah kos ragutan di atas tanah awam (terbuka) dan jumlah kos ragutan di atas tanah persendirian
    BEBANAN KESELAMATAN Bebanan yang dikenakan terhadap kayu atau struktur binaan lain dengan mengambil kira kerosakan pada struktur tersebut. faktor keselamatan
    BELUKAR Kawasan yang dipenuhi pokok-pokok liar, semak
    BENALU Dedalu
    BENTANG BALAK Alas kayu yang digunakan untuk menggolekkan atau mengheret balak dari tapak tebangan ke matau atau tempat longgokan balak. kuda-kuda, bor balak
    BENTUK SILARA Pelbagai bentuk rimbunan daun yang menutupi bahagian atas pokok pain
    BERKELOK-KELOK Berlengkok-lengkok
    BERLENGKOK-LENGKOK Selekoh pada sungai disebabkan aliran air apabila sungai melalui kawasan yang agak rata seperti aliran yang menghampiri muara. berkelok-kelok
    BETAU Kawasan yang dijadikan tempat pengumpulan sementara balak terlatak di dalam atau di pingiran hutan
    BETAU BALAK Kolam yang biasanya berhampiran dengan kilang pemprosesan yang digunakan untuk menyimpan kayu balak dengan selamat untuk jangka masa melebihi 3 bulan. Kaedah ini banyak diamalkan di negeri Sarawak dan Sabah dan biasanya diamalkan oleh syarikat pembalakan yang besar
    BETUNG ALUR KELUAR Titik tempat air mengalir keluar daripada pembentungan atau parit
    BLOK Bungkah kayu atau logam yang digunakan untuk menyendal balak daripada bergolek dari atas lori semasa proses mengangkut, takal
    BONGKAH Jirim utama yang membentuk gunung
    BORANG Yang diikuti dengan suatu nombor, ertinya borang dalam Jadual Pertama yang dikenal pasti dengan nombor sedemikian;
    BORANG PROFORMA INDUSTRI BERASAS KAYU Borang rasmi yang digunakan untuk permohonan bagi pembinaan kilang baru dan permohonan bagi tambahan bangunan atau mesin kilang sedia ada.
    BOT BALAK Bentang balak
    BURUH HUTAN Pekerja atau individu yang menyumbangkan tenaga dan perkhidmatan untuk melakukan kerja-kerja di dalam hutan
    CACAT BENTUK Sebarang keadaan luar biasa atau tidak sempurna pada batang pokok yang mengurangkan isi padu, kekuatan atau nilai penggunaannyan
    CACAT SIHAT Sebarang ketidaksempurnaan balak yang tidak mengurangkan isi padu, nilai atau penggunaannya di pasaran
    CANTUM Mengambil mata tunas sesuatu pokok pada pokok lain daripada spesies yang sama untuk mendapatkan pokok yang lebih baik
    CAP BALAK Tanda hak milik pada balak
    CATUAN LUAS PANGKAL Sistem kawalan penjarangan pokok dalam satu dirian yang berasaskan anggaran luas pangkal pokok sebelum dan selepas penjarangan
    CATUAN TEBANGAN TAHUNAN (CTT) Suatu keluasan hutan pengeluaran dalam Hutan Simpanan Kekal yang ditentukan dan boleh diusahasilkan setiap tahun dalam sesuatu tempoh rancangan yang tertentu sejajar dengan konsep pengurusan secara berkekalan
    CELAH Oportunis ruang
    CERUK EKOLOGI Unit terkecil dalam habitat yang didiami oleh organisma, bagi mengkaji hubungan di antara organisma tersebut dan persekitarannya
    CIRI BAHAN API Sifat yang terdapat pada sesuatu bahan yang menyebabkannya mudah terbakar seperti kering dan mudah marak
    DAERAH RAGUTAN Kawasan yang telah ditentukan sebagai kawasan ragut haiwan ternakan
    DASAR HUTAN Prinsip dan garis panduan yang digunakan dalam mengambil sesuatu tindakan berdasarkan objektif tertentu yang mempunyai hubung kait dengan kawasan hutan
    DATARAN PERSISIRAN Kawasan lapang yang luas dan rata yang terdapat di sepanjang pantai
    DEDALU Tumbuhan parasit daripada famili, benalu
    DENDROLOGI Bidang ilmu atau kajian mengenai pokok, contohnya mengenai ciri fizikal atau fisiologi bagi spesies pokok
    DENDROMETER Alat untuk mengukur dimensi pokok khususnya diameter yang melebihi ketinggian paras dada
    DEPOT HUTAN Kawasan sementara atau kekal di dalam hutan yang disediakan untuk mengumpul dan menyimpan keyu dan hasil hutan lain sebelum dibawa keluar
    DERIAN SEBAYA Dirian yang mempunyai pokok-pokok daripada kelas umur yang sama
    DESA HUTAN Perkampungan hutan
    DIAMETER ARAS DADA Ukuran diameter pokok yang diukur pada ketinggian aras dada
    DIAMETER ATAS BENGKAK Pengukuran biasanya dilakukan di luar kulit kayu. Nilai diameter ini digunalan dalam pengurusan hutan untuk menentukan isi padu dirian dan had tebangan . garisan pusat aras dada
    DIAMETER ATAS BENGKAK Garisan pusat atas bengkak
    DIAMETER ATAS KULIT Ukuran diameter batang pokok, dan termasuk kulitnya
    DIAMETER MIN Garis pusat min
    DIAMETER NORMAL Garis pusat normal
    DIAMETER TENGAH Diameter pada titik tengah ketinggian pokok
    DIAMETER USAHA HASIL Ukuran diameter tertentu yang menunjukkan kematangan sesuatu pokok atau dirian hutan yang sesuai untuk dituai",
    DIPTEROCARPACEAE Famili tumbuhan yang menghasilkan kayu balak yang paling penting dan dominan di Malaysia dan Asia Tenggara. Tumbuhan dalam famili ini menghasilkan isipadu kayu yang paling banyak dan mempunyai nilai dagangan yang paling tinggi di Malaysia, dan hampir kesemua spesies dalam famili ini boleh didagangkan. Kayu ini boleh digolongkan dalam tiga kumpulan, berdasarkan ketumpatan dan ketahanan, iaitu kumpulan kayu keras ringan, kayu keras sederhana dan kayu keras berat. Contoh kayu keras ringan ialah alan, gerutu, melantai, meranti bakau, meranti merah muda, meranti merah tua, merawan, dan mersawa contoh kayu keras sederhana ialah alan batu, kapur dan keruing dan contoh kayu keras berat ialah balau, balau merah, cengal, resak, resak,giam dan penyau.
    DIRIAN BIJI BENIH ELIT Dirian yang terdapat pokok pilihan terbaik khusus untuk penghasilan biji benih
    DIRIAN BIJI BENIH NORMAL Dirian yang dipilih untuk menghasilkan benih yang mempunyai pertumbuhan dan ciri-ciri yang sama dirian provenannya
    DIRIAN ELIT Sejumlah pokok yang terbaik dan terpilih serta telah dibuktikan kualitinya melalui kajian
    DIRIAN KURANG BAIK Dirian yang terdiri daripada tumbuhan berkualiti rendah
    DIRIAN NORMAL Dirian yang diisi sepenuhnya dengan pokok pelbagai peringkat umur mengikut giliran hasil
    DIRIAN SEBAYA Dirian yang mempunyai pokok-pokok daripada kelas umur yang sama. Kelas umur dianggap sama sekiranya perbezaan umur antara pokok tertua dangan termuda tidak melebihi 20% jangka masa giliran tebangan
    DIRIAN TINGGAL Pokok-pokok dan anak pokok yang masih terdapat di dalam Hutan Simpanan Kekal selepas pengusahasilan hutan dijalankan.
    DIRIAN UTAMA Dirian yang terpenting di dalam sesuatu kawasan hutan
    DITETAPKAN Ditetapkan oleh mana-mana kaedah;
    DUSUN Kebun buah-buahan
    EKONOMI HUTAN Bidang ekonomi yang seluruhnya atau sebahagian besarnya berkaitan dengan pengeluaran hutan
    EKOPELANCONGAN Industri pelancongan yang berasaskan alam semula jadi seperti tumbuhan, haiwan dan bentuk muka bumi yang mempuyai daya tarikan tersendiri serta menarik minat pelawat
    EKOR MUSANG Pucuk utama pokok pain yang tumbuh memanjang tanpa dahan sisi selama beberapa tahun
    EKOSISTEM Komuniti organisma yang saling memerlukan dengan persekitaran yang didiami
    EKOSPESIES Haiwan dan tumbuhan yang boleh melaksanakan rekombinasi genetik dengan spesies yang sama dari kawasan lain
    EKOTIP Sekumpulan kecil tumbuhan dan haiwan yang sesuai hidup pada satu habitat
    EKOTON Zon antara dua komuniti tumbuhan yang berbeza yang mengandungi spesies daripada kedua-dua komuniti tersebut, seperti pinggir hutan
    EKSOTIK Berkenaan tumbuhan atau haiwan yang diperkenalkan dan dibawa masuk dari negara luar. asing, luar
    EKSTRAK Proses memindahkan balak dari tapak tabangan ke tempat melonggok tanpa melelui jalan hutan. pengekstrakan
    EKTOPARASIT Parasit yang hidup pada luar badan perumah, seperti kutu dan tungau
    ELIT Pokok pilihan yang terbaik untuk tujuan pengeluaran biji benih. pokok elit
    ENDOSPERMA Tisu simpanan dalam buji benih yang mengandungi nutrien daripada minyak, lemak, kanji dan protein pada kebanyakan biji benih engiosperma. Nutrien ini penting untuk perkembangan embrio
    EPIFIT Tumbuhan yang mendapat ruang dan cahaya matahari secara mengakar pada batang tumbuhan lain seperti dinding. Contohnya paku pakis
    EVAPOTRANSPIRASI Penyejatan air dari tanah ke atmosfera dan transpirasi air daripada tumbuhan
    FAEDAH TAK LANGSUNG Manfaat yang didapati secara sampingan bukan secara langsung
    FAKTOR AGIHAN Faktor taburan
    FAKTOR BENTUK 1. Nisbah isi pedau kayu yang diperolehi daripada hasil darab tinggi pokok dengan luas pangkal yang biasanya diukur pada ketinggian aras dada, iaitu 1.44 m. Faktor bentuk digunakan untuk menganggarkan isi padu kayu yang boleh dihasilkan daripada sesuatu dirian
    FOLIO LEJAR Folio yang digunakan untuk merekod butir-butir bayaran deposit dan premium serta penyenggaraan akaun royalti dan ses pembangunan hutan bagi sesuatu lesen/permit.
    GARIS-L Kelarian jalan tuju yang telah ditanda dan disahkan di lapangan
    GARIS-P Cadangan kelarian jalan tuju bagi sesuatu kawasan pembalakan dalam Hutan Simpanan Kekal yang dikemukakan oleh bakal pemegang lesen untuk semakan Jurutera Hutan Negeri
    GERGAJI GELONG Gergaji yang digerakkan dengan takal yang mempunyai diameter tertentu. Gergaji ini digunakan untuk tujuan membelah kayu balak, meracik kayu balak yang telah dibelah atau meracik semula kayu sayong untuk meningkatkan perolehan.
    GERGAJI PEMBELAH Gergaji gelong yang digunakan untuk membelah kayu bulat. Gergaji ini dilengkapi dengan penghulur automatik atau separa automatik.
    GERGAJI PEROLEHAN Gergaji gelong yang digunakan untuk meracik semula kayu sayong untuk meningkatkan perolehan
    GERGAJI RACIK Gergaji gelong yang digunakan untuk meracik kayu bulat yang telah dibelah
    GUANO Termasuklah tahi burung dan tahi kelawar;
    HAK LALU LINTANG Had kelebaran kawasan yang dibenarkan untuk pembinaan jalan. Kawasan ini termasuk kawasan permukaan jalan, parit, potongan cerun dan kawasan untuk pembukaan naungan.
    HASIL HUTAN a) yang berikut apabila dijumpai di dalam atau dibawa keluar dari hutan simpanan kekal: b) guano, gambut, batu batan, pasir laut, pasir sungai, kerang laut, pasir kerang dan tanah permukaan; c) yang berikut apabila dijumpai di dalam atau dibawa keluar dari hutan simpanan kekal atau tanah Kerajaan: i. pokok dan semua bahagian atau hasil pokok yang tidak disebut selepas daripada ini; ii. tumbuh-tumbuhan termasuk pepanjat, tumbuhan menjalar dan rumput, dan semua bahagian atau hasil tumbuh- tumbuhan sedemikian; iii. sutera, kokun, madu dan lilin dan sarang burung boleh makan; iv. yang berikut sama ada dijumpai di dalam atau dibawa keluar dari hutan simpanan kekal, tanah Kerajaan, tanah lombong, tanah rizab atau tanah beri milik:kayu, kayu api, arang, getah, getah daun taban, minyak kayu, kulit kayu, ekstrak kulit, damar dan atap;
    HASIL KECIL HUTAN Hasil hutan yang dinyatakan dalam Bahagian B Jadual Kedua;
    HASIL UTAMA HUTAN Hasil hutan yang dinyatakan dalam Bahagian A Jadual Kedua;
    HUTAN SIMPANAN KEKAL Mana-mana tanah yang dijadikan atau disifatkan telah dijadikan suatu hutan simpanan kekal di bawah Akta ini;
    HUTAN TERBUKA Mana-mana hutan simpanan kekal atau sebahagian daripadanya yang diisytiharkan sebagai hutan terbuka di bawah seksyen 45;
    HUTAN TERTUTUP Mana-mana hutan simpanan kekal atau sebahagian daripadanya yang diisytiharkan atau disifatkan sebagai hutan tertutup di bawah seksyen 45;
    INDUSTRI HILIRAN Industri yang memberi penumpuan kepada aktiviti pemprosesan kedua (secondary) dan ketiga (tertiary) untuk menghasilkan produk separa siap atau siap dan mempunyai nilai ditambah (value added) yang tinggi.
    JALAN Termasuklah apa-apa rintisan, lorong, jambatan dan kawasan lapang untuk meletakkan rel;
    JALAN HUTAN Mana-mana jalan yang terletak dalam hutan simpanan kekal tetapi tidak termasuk jalan yang diisytiharkan sebagai jalan Persekutuan atau jalan Negeri;
    JALAN SEKUNDER Jalan kekal dua (2) atau satu (1) lorong menghubungkan kawasan pengusahasilan hutan dengan jalan utama.
    JALAN TUJU Jalan kekal satu (1) lorong dalam kawasan pengusahasilan hutan yang menghubungkan kawasan matau sementara dengan jalan sekunder atau jalan utama dan digunakan terutamanya oleh lori berwin (San Tai Wong)
    JALAN UTAMA Jalan kekal dua (2) lorong semua musim menghubungkan matau besar dengan jalan kampung atau rangkaian jalan awam berturap (jalan JKR) dan digunakan terutamanya oleh lori balak untuk mengangkut balak ke kilang-kilang memproses kayu.
    KADAR PEROLEHAN Peratusan bahan mentah yang menjadi produk setelah melalui proses pengilangan
    KAEDAH-KAEDAH Kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini;
    KAWASAN KERJA Kawasan kompartmen atau subkompartmen dalam Hutan Simpanan Kekal di mana dijalankan kerja-kerja penandaan dan pengesahan sempadan untuk pelaksanaan aktiviti-aktiviti Inventori Hutan Sebelum Tebangan (Pre F), Penandaan Pokok, Pengusahasilan Hutan, Inventori Hutan Selepas Tebangan (Post-F) dan Rawatan Silvikultur
    KAWASAN LESEN Suatu kawasan yang lesenkan untuk pengusahasilan hutan
    KAWASAN LESEN Kawasan yang diberi sempadan di bawah perenggan 20(a);
    KAYU Termasuklah pokok apabila ditebang atau telah ditebang, dan semua kayu sama ada dipotong, dibentuk atau dirongga ataupun tidak bagi apa-apa maksud;
    KAYU API Kayu yang sesuai hanya bagi kegunaan bahan api, atau kayu yang ditebang dengan sah bagi kegunaan bahan api dan tidak digunakan, atau, pada pendapat Pengarah,yang tidak dicadang untuk digunakan bagi maksud lain;
    KAYU BULAT Mana-mana bahagian yang dipotong daripada pokok, dan yang mempunyai garis pusat tidak kurang daripada tiga puluh sentimeter pada sebelah hujungnya yang besar, yang tidak disediakan untuk digunakan selain membuang kulit dan dahan dan sama ada bersegi kasar atau dibahagi secara membujur yang tidak melebihi empat keping supaya mudah diangkut atauditukar;
    KAYU JARAS Mana-mana bahagian yang dipotong daripada pokok, dan yang mempunyai garis pusat kurang daripada tiga puluh sentimeter pada sebelah hujungnya yang besar, yang tidak disediakan selanjutnya untuk digunakan selain membuang kulit dan dahan yang menganjur;
    KESALAHAN HUTAN Suatu kesalahan di bawah Akta ini;
    LESEN Suatu lesen yang dikeluarkan di bawah Bab 2 Bahagian IV;
    LESEN KECIL Suatu lesen kecil yang dikeluarkan di bawah Bab 3 Bahagian IV;
    LESEN PEMINDAH Suatu lesen pemindah yang dikeluarkan di bawah Bab 5 Bahagian IV;
    LOJI PENUKARAN Mana-mana loji, kilang atau premis, dengan atau tanpa struktur atau pembaharuan, di dalam atau di mana hasil hutan adalah atau boleh ditukar bentuk;
    LORONG PENARIK Lorong sementara untuk laluan ke kawasan tebangan bagi menarik balak yang dibina dengan gangguan tanah yang minimum.
    MENGAMBIL Berhubungan dengan hasil hutan termasuklah setiap aktiviti yang terlibat dalam— a. pengusahahasilan, pemungutan, penorehan, perlombongan, penguarian atau pemindahan apa-apa hasil hutan; b. pencacatan atau perosakan hasil hutan; atau c. peragutan ternakan di atas hasil hutan.
    MENTERI Menteri yang bertanggungjawab bagi perhutanan;
    MESIN BINDU Mesin yang digunakan untuk mengupas kayu balak untuk dijadikan vernir. Mesin ini beroperasi secara putaran
    NOTIS BORANG 2 Notis yang dikeluarkan di bawah seksyen 25;
    OVERBURDEN Lapisan tanah yang dibuang semasa kerja-kerja pengkuarian dijalankan untuk tujuan pengambilan batu atau bahan-bahan galian lain.
    PAS PEMINDAH Suatu pas bagi memindahkan hasil hutan yang dikeluarkan di bawah seksyen 70;
    PEGAWAI HUTAN Pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 3(1);
    PEGAWAI POLIS Mana-mana anggota Polis Diraja Malaysia;
    PEKHIDMAT Mana-mana orang sama ada dia seorang warganegara Malaysia atau bukan yang diambil bekerja bagi upah;
    PELAN KAWASAN KERJA Pelan yang mengandungi maklumat asas bagi melaksanakan kerja penandaan sempadan di lapangan. Maklumat mengenai bearing dan jarak dari stesen ke stesen yang dinyatakan di dalam pelan ini merupakan panduan untuk melaksanakan kerja penandaan sempadan di lapangan dan boleh berubah mengikut keadaan topografi di lapangan.
    PEMEGANG LESEN Seseorang yang lesen dikeluarkan kepadanya;
    PENGANGKUT Termasuklah kapal, kereta api, kenderaan, pesawat udara atau apa-apa cara pengangkutan lain yang dengannya orang atau barang boleh dibawa;
    PENGARAH Pengarah Perhutanan Negeri yang dilantik di bawah subseksyen 3(1) dan termasuk Timbalan Pengarah Perhutanan Negeri, dan dalam seksyen 25, 26 dan 27 termasuk juga Pegawai Hutan Daerah;
    PERANGKAP KELODAK (SILT TRAP) Penghalang kelodak yang dibina mengandungi bahan-bahan penapis tertentu atau dari bahan semulajadi. Perangkap ini dibina di antara kawasan yang menghasilkan bahan kelodak dengan kawasan alur air untuk menghalang pengumpulan endapan di dalam alur air. Amalan ini digunakan untuk menghalang dan memerangkap kelodak-kelodak kecil yang dibawa oleh air dari kawasan yang diganggu atau yang terlibat dengan pembinaan.
    PERMIT JALAN Suatu permit jalan yang dikeluarkan di bawah seksyen 50;
    PERMIT MASUK Suatu permit untuk memasuki hutan simpanan kekal yang dikeluarkan di bawah perenggan 47(1)(c);
    PERMIT PEGGUNAAN Suatu permit penggunaan yang dikeluarkan di bawah Bab 4 Bahagian IV;
    PIHAK BERKUASA KEWANGAN NEGERI Tukul besi yang mempunyai tanda pengelasan yang didaftarkan di Jabatan Perhutanan Negeri oleh pemegang lesen. Tukul ini mempunyai makna yang sama seperti yang diberi kepadanya dalam Akta Tatacara Kewangan 1967 [Akta 61];
    POKOK Termasuklah akar, tunggul, batang, dahan, daun, belukar, palma, buluh, rotan dan tumbuhan jalar;
    POKOK IBU Pokok yang dipilih daripada pokok-pokok matang yang mempunyai sifat-sifat fizikal yang baik dan ditanda untuk dikekalkan bagi tujuan pengeluaran biji benih.
    POKOK RUJUKAN PUSAT IKATAN Pokok berhampiran dengan PI yang dijadikan sebagai pokok rujukan dan ditandakan dengan dua (2) gelangan cat merah. Anak panah ke arah pancang PI dan huruf “PI” juga ditandakan. Tanda Jabatan dicap di bawah huruf PI.
    POKOK RUJUKAN SEMPADAN Pokok sempadan yang ditanda nombor siri dengan cat merah serta dicap dengan Tukul Tanda Sempadan
    POKOK RUJUKAN STESEN Pokok yang ditanda dengan gelangan cat merah, huruf stesen dan anak panah menunjukkan arah stesen sempadan serta dicap dengan Tukul Tanda Sempadan.
    POKOK SEMPADAN Pokok yang ditanda dengan gelangan cat merah disepanjang sempadan kawasan kerja atau kawasan lesen/permit bagi menandakan kelarian sempadan kawasan tersebut.
    POSTING SLIP Slip yang digunakan untuk mencatatkan bayaran deposit, premium dan debit/kredit akaun royalti dan ses pembangunan hutan pada folio lejar lesen/permit. Catatan dibuat dengan menekapkan posting slip tersebut ke atas folio lejar yang berkaitan
    PREMIUM Termasuklah apa-apa jumlah wang yang dibenarkan untuk ditaksir sebagai ganti premium;
    PRIMA FACIE Andaian undang-undang (legal presumption) yang membawa maksud pada zahirnya (on the face of it) atau pada pandangan pertama (at first sight). Prima facie ialah fakta yang anggap betul sehinggalah disanggah dengan keterangan-keterangan sebaliknya. Sebagai contoh, bukti penghantaran surat adalah dianggap bukti prima facie di mana orang yang dialamatkan dalam surat tersebut dianggap menerimanya dan keterangan ini akan diterima oleh mahkamah sehinggalah dibuktikan sebaliknya.
    PUSAT IKATAN (PI) Suatu titik rujukan di atas tanah yang digunakan sebagai punca untuk menentukan kedudukan stesen permulaan sempadan. PI lazimnya dipilih dari ciri geografi yang kekal seperti cabang sungai, jambatan kekal, bench mark atau stesen trigonometri. Selain dari ciri geografi yang kekal, stesen permulaan sempadan atau stesen sempadan Kawasan Kerja/Kawasan Lesen bersebelahan juga boleh digunakan sebagai PI.
    RANCANGAN MENGUSAHA HASIL HUTAN Satu dokumen yang disediakan oleh pemegang lesen mengikut seksyen 20b(i), Akta Perhutanan Negara 1984 yang mengandungi butiran mengenai pemegang lesen, kontraktor, sumber hutan dan perancangan pelaksanaan aktiviti pengusahasilan dalam kawasan lesen.
    RANCANGAN MENGUSAHA HASIL HUTAN Suatu rancangan kendalian yang menyatakan cara dan kaedah bagi menebang pokok dari suatu hutan simpanan kekal atau tanah Kerajaan tertentu, atau sebahagian daripadanya, untuk memastikan pengambilan pokok sedemikian secara teratur;
    RANCANGAN PENGHUTANAN SEMULA Rancangan kendalian yang berhubungan dengan penubuhan tanaman pokok atau penanaman semula pokok di suatu kawasan dalam hutan simpanan kekal
    RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN Suatu rancangan kendalian yang berhubungan dengan aktiviti atau program silvikultur, ekonomi atau pemuliharaan yang ditetapkan bagi sesuatu hutan simpanan kekal tertentu atau sebahagian daripadanya untuk memastikan pengambilan, penanaman semula dan pemuliharaan pokok dengan teratur mengikut prinsip perolehan berkekalan;
    REKOD UKURAN Suatu rekod bagi ukuran hasil hutan yang dibuat oleh mana-mana pegawai hutan mengikut peruntukan Bab 3 Bahagian V dan mana-mana kaedah;
    ROYALTI Sejumlah wang yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri ke atas hasil hutan yang diambil yang mana jumlahnya ditaksir berdasarkan kuantiti dan jenis hasil hutan mengikut kadar yang ditetapkan dalam Kaedah-Kaedah Hutan.
    ROYALTI Termasuklah apa-apa jumlah wang yang dibenarkan untuk ditaksir sebagai ganti royalti;
    SESI PEMBANGUNAN HUTAN Sejumlah wang yang kena dibayar kepada pihak Berkuasa Negeri ke atas hasil hutan utama yang diambil yang mana jumlahnya ditaksir berdasarkan kuantiti dan jenis hasil utama hutan mengikut kadar yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga APN 1984 bagi membiayai aktiviti-aktiviti pengurusan, pembangunan dan pemeliharaan hutan.
    SETINGGAN HUTAN Kawasan penempatan sementara pekerja hutan seperti kerja pembalakan dan sebagainya
    SIJIL KELAYAKAN JENTERA Sijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan yang mengesah dan memperakukan keselamatan penggunaan mesin-mesin yang dipasang.
    STESEN PERMULAAN SEMPADAN Stesen pertama dalam kerja-kerja pengukuran dan penandaan sempadan Kawasan Kerja atau Kawasan Lesen/Permit.
    TAKSIRAN Sesuatu pernyataan secara bertulis yang dialamatkan kepada mana-mana orang menyatakan amaun apa-apa royalti, premium, ses, caj atau jumlah wang lain yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri oleh orang yang kepadanya pernyataan itu dialamatkan;
    TANDA Berhubungan dengan hasil hutan ertinya menanda, mengecat, mengecap, melabel atau selainnya untuk mengenal pasti hasil hutan; dan “suatu tanda” termasuklah apa-apa huruf, nombor, simbol dan tanda lain, yang digunakan bagi mengenal pasti hasil hutan;
    TANDA HARTA Sesuatu tanda yang seseorang pemegang lesen berhak meletakkan pada kayu untuk menyatakan bahawa dia adalah berhak ke atas kepunyaan kayu sedemikian setelah membayar semua royalti, ses dan caj lain yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri ke atas kayu itu dan setelah memperoleh pas pemindah;
    TANDA JABATAN Tanda yang dicap pada pokok dengan menggunakan Tukul Tanda Jabatan yang ditetapkan sebagai pengesahan yang pokok berkenaan telah ditanda untuk sesuatu tujuan oleh seorang Pegawai Hutan.
    TANDA PENGELASAN Suatu tanda nombor lesen yang dicap pada permukaan kayu balak dengan menggunakan Tukul Tanda Pengelasan bagi menunjukkan asal kayu balak tersebut.
    TANDA SEMPADAN Termasuklah apa-apa batu ukur, paip besi atau pepaku besi, pancang kayu atau tiang kayu, tiang konkrit atau tonggak konkrit, pokok bertanda atau tanda ukur lain yang dibuat atas arahan Pengarah;
    TERNAKAN Termasuk gajah, kerbau, kuda, kuda padi, baghal, keldai, babi, biri-biri dan kambing;
    TUKAR BENTUK Berhubungan dengan hasil hutan ertinya memproses atau mengawet dengan apa-apa cara selain— a. mengusaha hasil, memungut atau memindah hasil hutan dari tempat yang ianya diusaha hasil atau dipungut; b. menual, memotong atau menseliat apabila perlu bagi maksud atau bersampingan dengan maksud pemindahan dari mana-mana hutan; atau c. membentuk hasil hutan dalam mana-mana hutan jikadibenarkan secara khusus oleh mana-mana kaedah;
    TUKUL TANDA PENGELASAN Tukul besi yang mempunyai tanda pengelasan yang didaftarkan di Jabatan Perhutanan Negeri oleh pemegang lesen. Tukul ini digunakan untuk mengecap tanda pengelasan pada pemukaan kayu balak yang dikeluarkan dari kawasan lesen.
    UNDANG-UNDANG HUTAN TERDAHULU Mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan hutan yang berkuat kuasa dalam sesuatu Negeri pada bila-bila masa sebelum Akta ini mula berkuatkuasa.
    ZON PENAMPAN ALUR AIR Kawasan di sepanjang kedua-dua belah tebing alur air (yang mengandungi air sepanjang masa) yang perlu dikekalkan. Pokok sempadan kawasan zon ini ditanda dengan satu (1) gelangan cat kuning.

Hubungi Kami

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur
No. Tel: 603-26164488
No. Faks: 603-26925657
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Statistik Pelawat

Hari Ini 50

Semalam 547

Minggu Ini 597

Bulan Ini 10100

Keseluruhan 111554

Undian

Pendapat anda mengenai Laman Web baru JPSM

.