Kata | Takrifan |
---|---|
dataran persisiran | Kawasan lapang yang luas dan rata yang terdapat di sepanjang pantai |
setinggan hutan | Kawasan penempatan sementara pekerja hutan seperti kerja pembalakan dan sebagainya |
agradasi | Pembentukan permukaan bumi terutamanya dasar sungai disebabkan oleh longokan kelodak atau bahan organik yang telah reput. |
agregat | Bahan mineral yang boleh dijadikan partikel untuk membuat simen. |
air dalam tanah | Zon air yang terdapat di bawah tanah yang mengalir dari permukaan bumi dan di bawah pengaruh graviti. |
batang | Bahagian batang pokok dari banir hingga ke dahan utama. |
batang bersih | Tinggi batang sehingga dahan hidup yang pertama |
bangka | Pokok yang melampaui tahap matang |
akta hutan | Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pentadbiran, pengurusan dan pemuliharaan hutan dan pembangunan perhutanan dalam negeri di Malaysia bagi maksud tertentu |
aktiviti |
Aktiviti hiburan yang dilakukan di kawasan semuala jadi untuk menikmati keindahan alam sekitar |
alat penanda | Pistol penyembur cat tanda pada pokok |
alat penepis api | Alat pemadam api yang diperbuat daripada kain dan pemegangnya daripada kayu. Alat ini digunakan sebagai pemukul api bagi memadamkan kebakaran kecil seperti rumput dan sampah sarap |
alat penyalaan | Perkakas yang digunakan untuk menyalakan api atau bahan bakar bagi tujuan pembakaran |
alur | Hakisan gaung |
anak benih |
Anak benih yang digunakan untuk memulihkan sesuatu kawasan hutan |
anak liar | Anak benih pokok di lantai hutan yang diambil daripada anak pokok liar untuk penanaman semula |
api apitan/api sisi | Kebakaran yang berlaku secara selari dengan menghadap arah haluan angin akan membakar sesuatu kawann dengan lebih cepat dengan intensiti pembakaran yang tinggi |
arah rebah | Hala tuju penumbangan pokok yang ditentukan mengikut ciri pokok dan keadaan persekitaran seperti kepadatan/saiz silara, kecondongan dan kedudukan pokok |
aras | Aras tempat penyukatan dibuat. Ketinggian pengukuran |
aras dada | Ketinggian piawai untuk mengukur lilit, diameter dan luas pangkal pokok hidup. Ketinggian yang digunakan ialah 1.30 m atau 4 ka 3 in, tetapi di sesetengah negara seperti Amerika Syarikat, ketinggian yang digunakan ialah 1.37 m atau 4 ka 6 in dari aras tanah |
aras kerosakan ekonomi` | Tahap kerosakan pada dirian atau pokok yang masih dapat diterima dari segi ekonomi |
arboretum | Kawasan yang ditanam dengan spesies pokok tertentu bagi tujuan pemuliharaan sumber genetik, pendidikan dan penyelidikan |
asing | Eksotik |
asli | Berkenaan tumbuhan asal dari sesebuah negara |
bahan bakar ringan | Bahan mudah terbakar seperti daun, ranting dan damar kering |
bakaran bebas | Pembakaran secara terbuka dan tidak terkawal |
bakaran ringan | Pembakaran berkala untuk mengelakkan timbunan bahan api yang banyak yang sukar dikawal jika terbakar |
balak | Bahagian batang pokok kayu yang biasanya mempunyai panjang yang sesuai untuk diproses menjedi hasil kayu, seperti papan gergaji atau papan lapis |
balak pengikat | Balak yang disusu pada posisi tertentu bersama dalam longgokan untuk memantapkan longgok tersebut |
balak terapung | Balak ringan yang lazimnya telah dikeringkan dan diapungkan di permukaan air sebelum dihantar ke kilang |
banci | Pengiraan popilasi sepenuhnya |
bancian | Aktiviti mendapatkan maklumat bilangan sepesies dan saiz pokok dalam sesuatu kawasan hutan |
bancian hutan | Mendapatkan maklumat mengenai kualiti dan kuantiti sumber hutan serta cirinya yang pelbagai seperti spesies, saiz dan bilangan pokok serta bentuk topografi kawasan hutan tersebut. Proses ini bertujuan mengusahakan hasil dan mengurus kawasan hutan.inventori hutan |
dipterocarpaceae | Famili tumbuhan yang menghasilkan kayu balak yang paling penting dan dominan di Malaysia dan Asia Tenggara. Tumbuhan dalam famili ini menghasilkan isipadu kayu yang paling banyak dan mempunyai nilai dagangan yang paling tinggi di Malaysia, dan hampir kesemua spesies dalam famili ini boleh didagangkan. Kayu ini boleh digolongkan dalam tiga kumpulan, berdasarkan ketumpatan dan ketahanan, iaitu kumpulan kayu keras ringan, kayu keras sederhana dan kayu keras berat. Contoh kayu keras ringan ialah alan, gerutu, melantai, meranti bakau, meranti merah muda, meranti merah tua, merawan, dan mersawa contoh kayu keras sederhana ialah alan batu, kapur dan keruing dan contoh kayu keras berat ialah balau, balau merah, cengal, resak, resak,giam dan penyau. |
banir | Akar pokok yang tumbuh dan kelaur di atas paras tanah pada pangkal pokok-pokok besar seperti beringin, merbau atau pauh kijang |
banjaran persisiran | Kawasan bukit yang terdapat di persisiran pantai |
banteras (kebakaran) | Langkah awal untuk mengelakkan kebakaran dengan cara membuang atau memindahkan bahan mudah terbakar dari kawasan tersebut |
bantuan perhutanan | Sebarang bantuan dan pertolongan yang diberikan oleh pihak-pihak tertentu dalam bidang perhutanan sama ada dari segi perkhidmatan, tunjuk ajar, nasihat atau kewangan |
basmian hutan | Proses penghapusan tumbuhan hutan atau penukaran kegunaan tanah hutan |
batang boleh niaga | Panjang batang pokok dari pangkal ke hujung paling kecil yang boleh diusaha hasil dan diniagakan |
batas semaian | Jalur tanah yang disediakan untuk menyemai anak benih |
batu lumpur | Batu lembut yang terbentuk daripada pengerasan lumpur |
bayaran ragutan | Perbezaan antara jumlah kos ragutan di atas tanah awam (terbuka) dan jumlah kos ragutan di atas tanah persendirian |
bebanan keselamatan | Bebanan yang dikenakan terhadap kayu atau struktur binaan lain dengan mengambil kira kerosakan pada struktur tersebut. faktor keselamatan |
belukar | Kawasan yang dipenuhi pokok-pokok liar, semak |
benalu | Dedalu |
bentang balak | Alas kayu yang digunakan untuk menggolekkan atau mengheret balak dari tapak tebangan ke matau atau tempat longgokan balak. kuda-kuda, bor balak |
bentuk silara | Pelbagai bentuk rimbunan daun yang menutupi bahagian atas pokok pain |
berkelok-kelok | Berlengkok-lengkok |
berlengkok-lengkok | Selekoh pada sungai disebabkan aliran air apabila sungai melalui kawasan yang agak rata seperti aliran yang menghampiri muara. berkelok-kelok |
betau | Kawasan yang dijadikan tempat pengumpulan sementara balak terlatak di dalam atau di pingiran hutan |
betau balak | Kolam yang biasanya berhampiran dengan kilang pemprosesan yang digunakan untuk menyimpan kayu balak dengan selamat untuk jangka masa melebihi 3 bulan. Kaedah ini banyak diamalkan di negeri Sarawak dan Sabah dan biasanya diamalkan oleh syarikat pembalakan yang besar |
betung alur keluar | Titik tempat air mengalir keluar daripada pembentungan atau parit |
blok | Bungkah kayu atau logam yang digunakan untuk menyendal balak daripada bergolek dari atas lori semasa proses mengangkut, takal |
bot balak | Bentang balak |
bongkah | Jirim utama yang membentuk gunung |
buruh hutan | Pekerja atau individu yang menyumbangkan tenaga dan perkhidmatan untuk melakukan kerja-kerja di dalam hutan |
cacat bentuk | Sebarang keadaan luar biasa atau tidak sempurna pada batang pokok yang mengurangkan isi padu, kekuatan atau nilai penggunaannyan |
cacat sihat | Sebarang ketidaksempurnaan balak yang tidak mengurangkan isi padu, nilai atau penggunaannya di pasaran |
cantum | Mengambil mata tunas sesuatu pokok pada pokok lain daripada spesies yang sama untuk mendapatkan pokok yang lebih baik |
cap balak | Tanda hak milik pada balak |
catuan luas pangkal | Sistem kawalan penjarangan pokok dalam satu dirian yang berasaskan anggaran luas pangkal pokok sebelum dan selepas penjarangan |
celah | Oportunis ruang |
ceruk ekologi | Unit terkecil dalam habitat yang didiami oleh organisma, bagi mengkaji hubungan di antara organisma tersebut dan persekitarannya |
ciri bahan api | Sifat yang terdapat pada sesuatu bahan yang menyebabkannya mudah terbakar seperti kering dan mudah marak |
daerah ragutan | Kawasan yang telah ditentukan sebagai kawasan ragut haiwan ternakan |
dasar hutan | Prinsip dan garis panduan yang digunakan dalam mengambil sesuatu tindakan berdasarkan objektif tertentu yang mempunyai hubung kait dengan kawasan hutan |
dedalu | Tumbuhan parasit daripada famili, benalu |
dendrologi | Bidang ilmu atau kajian mengenai pokok, contohnya mengenai ciri fizikal atau fisiologi bagi spesies pokok |
dendrometer | Alat untuk mengukur dimensi pokok khususnya diameter yang melebihi ketinggian paras dada |
depot hutan | Kawasan sementara atau kekal di dalam hutan yang disediakan untuk mengumpul dan menyimpan keyu dan hasil hutan lain sebelum dibawa keluar |
desa hutan | Perkampungan hutan |
diameter aras dada | Ukuran diameter pokok yang diukur pada ketinggian aras dada |
diameter atas bengkak | Pengukuran biasanya dilakukan di luar kulit kayu. Nilai diameter ini digunalan dalam pengurusan hutan untuk menentukan isi padu dirian dan had tebangan . garisan pusat aras dada |
diameter atas bengkak | Garisan pusat atas bengkak |
diameter atas kulit | Ukuran diameter batang pokok, dan termasuk kulitnya |
diameter min | Garis pusat min |
diameter normal | Garis pusat normal |
diameter tengah | Diameter pada titik tengah ketinggian pokok |
diameter usaha hasil | Ukuran diameter tertentu yang menunjukkan kematangan sesuatu pokok atau dirian hutan yang sesuai untuk dituai", |
dirian biji benih elit | Dirian yang terdapat pokok pilihan terbaik khusus untuk penghasilan biji benih |
dirian biji benih normal | Dirian yang dipilih untuk menghasilkan benih yang mempunyai pertumbuhan dan ciri-ciri yang sama dirian provenannya |
dirian elit | Sejumlah pokok yang terbaik dan terpilih serta telah dibuktikan kualitinya melalui kajian |
dirian kurang baik | Dirian yang terdiri daripada tumbuhan berkualiti rendah |
dirian normal | Dirian yang diisi sepenuhnya dengan pokok pelbagai peringkat umur mengikut giliran hasil |
derian sebaya | Dirian yang mempunyai pokok-pokok daripada kelas umur yang sama |
dirian sebaya | Dirian yang mempunyai pokok-pokok daripada kelas umur yang sama. Kelas umur dianggap sama sekiranya perbezaan umur antara pokok tertua dangan termuda tidak melebihi 20% jangka masa giliran tebangan |
dirian utama | Dirian yang terpenting di dalam sesuatu kawasan hutan |
dusun | Kebun buah-buahan |
ekopelancongan | Industri pelancongan yang berasaskan alam semula jadi seperti tumbuhan, haiwan dan bentuk muka bumi yang mempuyai daya tarikan tersendiri serta menarik minat pelawat |
ekonomi hutan | Bidang ekonomi yang seluruhnya atau sebahagian besarnya berkaitan dengan pengeluaran hutan |
ekor musang | Pucuk utama pokok pain yang tumbuh memanjang tanpa dahan sisi selama beberapa tahun |
ekosistem | Komuniti organisma yang saling memerlukan dengan persekitaran yang didiami |
ekospesies | Haiwan dan tumbuhan yang boleh melaksanakan rekombinasi genetik dengan spesies yang sama dari kawasan lain |
ekotip | Sekumpulan kecil tumbuhan dan haiwan yang sesuai hidup pada satu habitat |
ekoton | Zon antara dua komuniti tumbuhan yang berbeza yang mengandungi spesies daripada kedua-dua komuniti tersebut, seperti pinggir hutan |
eksotik | Berkenaan tumbuhan atau haiwan yang diperkenalkan dan dibawa masuk dari negara luar. asing, luar |
ekstrak | Proses memindahkan balak dari tapak tabangan ke tempat melonggok tanpa melelui jalan hutan. pengekstrakan |
ektoparasit | Parasit yang hidup pada luar badan perumah, seperti kutu dan tungau |
elit | Pokok pilihan yang terbaik untuk tujuan pengeluaran biji benih. pokok elit |
endosperma | Tisu simpanan dalam buji benih yang mengandungi nutrien daripada minyak, lemak, kanji dan protein pada kebanyakan biji benih engiosperma. Nutrien ini penting untuk perkembangan embrio |
epifit | Tumbuhan yang mendapat ruang dan cahaya matahari secara mengakar pada batang tumbuhan lain seperti dinding. Contohnya paku pakis |
evapotranspirasi | Penyejatan air dari tanah ke atmosfera dan transpirasi air daripada tumbuhan |
faedah tak langsung | Manfaat yang didapati secara sampingan bukan secara langsung |
faktor agihan | Faktor taburan |
faktor bentuk | 1. Nisbah isi pedau kayu yang diperolehi daripada hasil darab tinggi pokok dengan luas pangkal yang biasanya diukur pada ketinggian aras dada, iaitu 1.44 m. Faktor bentuk digunakan untuk menganggarkan isi padu kayu yang boleh dihasilkan daripada sesuatu dirian |