Pendahuluan

Dasar Perhutanan Negara 1987 (Pindaan 1992) telah menggariskan keperluan sumber hutan bukan kayu dilaksanakan pengurusan secara berkekalan bagi menjamin kepentingan industri berasaskan sumber berkenaan. Projek penanaman buluh adalah satu usaha pihak Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dalam memperkenalkan hasil sumber bukan kayu yang berpotensi untuk dikomersilkan. 

Hutan Simpanan Kekal telah diurus berdasarkan konsep pengurusan hutan secara berkekalan sejak awal abad ke-20.  Pada masa kini, dengan peralihan permintaan dan kehendak masyarakat umum terhadap pelbagai keluaran dan perkhidmatan hutan, konsep pengurusan hutan secara berkekalan telah diperluaskan untuk mencakupi bidang-bidang lain seperti fungsi perlindungan hutan dan pengeluaran hasil bukan kayu.

  • Buluh adalah tergolong dalam kumpulan monokotilidon dari famili Gramineae dalam keluarga rumput-rampai. Buluh tumbuh dalam kawasan beriklim sederhana, separa-tropika. Ia tumbuh subur di kawasan yang terbuka dan bersaliran baik. Buluh boleh didapati dalam 2 bentuk pertumbuhan iaitu monopodial (berbatang tunggal) dan simpodial (berumpun). Keseluruhan buluh di Malaysia tergolong dalam pertumbuhan simpodial.


    Perbezaan Buluh Monopodial dan Simpodial

    Monopodial Simpodial
    Pertumbuhan secara tunggal Pertumbuhan berumpun
    Tumbuh di iklim sederhana Tumbuh di iklim tropika

    Adalah dianggarkan terdapat 59 spesies buluh di Semenanjung Malaysia yang terdiri daripada 7 genera iaitu Bambusa, Dendrocalamus, Dinochloa, Racemobamboos, Schizostachyum, Thyrsostachys dan Gigantochloa. Secara keseluruhannya buluh-buluh ini dijadikan sumber pendapatan sampingan dan utama bagi sesetengah penduduk.


    Jumlah dan Peratus rumpun buluh di Semenanjung Malaysia

    Spesis Buluh Jumlah Rumpun Peratus Rumpun (%)
    Semantan 163,010 0.28
    Beti 25,020 0.04
    Beting 911,956 1.58
    Betong 252,187 0.44
    Semeliang 391,850 0.68
    Dinding 56,045,139 96.98
    Jumlah 57,789,162 100.00

    (berdasarkan maklumat Inventori Hutan Nasional Ke-4)

    Antara kegunaan dan produk yang dihasilkan dari buluh adalah kayu penyepit, perabot, peralatan muzik, pencungkil gigi dan mempunyai rebung yang boleh dimakan. Selain itu buluh juga dijadikan galah, bingkai gambar, pencucuk sate, bahan anyaman, bidai dan kraftangan. Rumpun buluh juga dijadikan landskap di taman-taman rekreasi awam dan kawasan persendirian.


    Spesies Buluh Dan Kegunaan Komersil Di Semenanjung Malaysia
    Bil Gambar Jenis Nama Tempatan Kegunaan
    1 buluh duri Bambusa blumeana Buluh duri Kayu penyepit, perabut, alatan muzik penyungkil gigi, tiang sanggaran, rebung yang enak.
    2 buluh galah Bambusa heterostachya Buluh galah/ tilan/ paring/ pengat Galah, rangka (frames), penyungkil gigi, pencucuk sate, bidai.
    3 buluh minyak Bambusa vulgaris Buluh minyak/ aao/ aro/pan/gading Ornamental, penyungkil gigi, pencucuk sate, kayu penyepit, rebung, kegunaan harian.
    4 buluh beting Dendrocalamus asper Buluh beting/pering Barangan higo, keguaan harian, menghasilkan rebung yang enak.
    5 buluh betong Gigantochloa levis Buluh betong/bisa Barangan higo, kegunaan harian, menghasilkan rebung yang enak.
    6 buluh tumpat Gigantochloa ligulata Buluh Tumpat
    Tikus/belalai
    Sanggaran tanaman sayur, rangka, rebung yang enak.
    7 buluh semantan Gigantochloa scortechinii Buluh semantan/rayah/
    gala/paao
    Kegunaan kraftangan dan industri kecil
    8 buluh beti Gigantochloa wrayi Buluh beti/raga Kraftangan,rebung, Bidai pencucuk sate, penyungkil gigi
    9 buluh lemang Schizostachyum brachycladum Buluh lemang/nipis/ padi/pelang/urat/rusa Kraftangan, pencucuk sate,ornamental, rebung, penyungkil gigi
    10 buluh kasap  Shizostachyum
    zollingeri

    Buluh dinding/ nipis/ kasap/telor

    Kraftangan, pencucuk sate, penyungkil gigi, kegunaan harian.

    11   Bambusa vulgaris var.striata Buluh gading Ornamental.
    12  

    Schizostachyum
    grande

    Buluh semeliang/
    Semenyeh

    Rangka, kraftangan.
  • Rotan tergolong dalam famili Palmae dan dikelaskan dalam kumpulan yang terbesar iaitu subfamili Calamoideae. Terdapat 13 genera rotan di dunia. Genera tersebut adalah Calamus, Calospatha, Ceratolobus, Daemonorops, Eremospatha, Korthalsia, Laccosperma, Myrialepis, Oncocalamus, Plectocomia, Plectocomiopsis, Pogonotium dan Retispatha.

    Di Semenanjung Malaysia, terdapat kira-kira 107 spesies rotan yang terdiri daripada 8 genera dimana hanya 20 spesies sahaja yang dikenalpasti kegunaannya serta mempunyai nilai pasaran. Antaranya ialah Calamus manan (Rotan Manau), C. ornatus (Rotan Dok), C. turnidus (Rotan Manau Tikus), C. scipionium (Rotan Semambu), dan C. caesius (Rotan Sega).

    Umumnya rotan tumbuh di kawasan yang lembap dan bilangannya berkurangan apabila sesuatu kawasan itu selalu mengalami pertukaran kelembapan. Di Semenanjung Malaysia, rotan boleh dijumpai dari kawasan pinggiran pantai hingga ke kawasan pergunungan. Walau bagaimanapun, habitatnya yang paling sesuai ialah di kawasan hutan dipterokarpa yang mempunyai ketinggian di bawah 1,000 aras paras laut (a.p.l).

    Berdasarkan kepada Inventori Hutan Kebangsaan ke 4 (NFI-4), terdapat sebanyak 2,350,147,775 rumpun/batang rotan telah dibanci dimana rotan dari jenis Manau mempunyai peratusan tertinggi berbanding rotan dari jenis lain. Pecahannya adalah seperti jadual 1.

    Rotan Jumlah Rumpun/Batang* Peratusan Rumpun/Batang*
    (%)
    Jumlah Rumpun/Batang*
    per Hektar
    Manau* 21,540,363 1 4
    Manau Tikus* 14,064,298 1 2
    Dok 16,294,060 1 3
    Dahan 50,502,982 1 9
    Sega 20,701,582 1 4
    Semambu 4,546,253 1 1
    Lain-lain 2,222,498,237 94 388
    Jumlah Rumpun/Batang* 2,350,147,775 100  

    Jadual 1 : Pecahan rumpun / batang rotan mengikut jenis

    Rotan memberi sumbangan ekonomi melalui pemprosesan perabot dan kraftangan. Antara perabot yang dihasilkan ialah kerusi, meja, katil, serta perkakas dapur. Di samping itu juga rotan juga digunakan untuk menganyam tikar ataupun digunakan sebagai bahan lapik. Rotan Manau dan Rotan Sega adalah merupakan dua spesies rotan yang terpenting sekali dalam industri berasaskan rotan di Semenanjung Malaysia.

    Spesies Nama Tempat Kegunaan
    Calamus manau Rotan manau Komponen perabut dan tongkat
    Calamus scipionum Rotan semambu Komponen perabut dan tongkat
    Calamus tumidus Rotan manau tikus Komponen perabut dan tongkat
    Calamus ornatus Rotan dok Komponen perabut dan tongkat
    Calamus caesius Rotan sega Komponen perabut dan tongkat
    Calamus javensis Rotan lilin Bahan ikatan
    Calamus laevigatus Rotan tunggal Komponen perabut dan bahan kraftangan
    Calamus axillaries Rotan sega air Komponen perabut dan bahan kraftangan
    Calamus speciosissimus Rotan sega badak Komponen perabut dan bahan kraftangan

     

     
    Gambar 1 & 2 : Rotan Manau di Hutan Simpan Bukit Kesing, Kompartmen 7/15, Terengganu
     
    Gambar 3 & 4 : Gambar menunjukkan biji benih rotan manau di Hutan Simpan Behrang, Kompartmen 26, Perak

    Jadual 2 : Spesies rotan komersial dan kegunaannya

Hubungi Kami

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur
No. Tel: 603-26164488
No. Faks: 603-26925657
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Statistik Pelawat

Hari Ini 247

Semalam 264

Minggu Ini 2599

Bulan Ini 7190

Keseluruhan 97589

Undian

Pendapat anda mengenai Laman Web baru JPSM

.