biodiversiti

Penemuan-Penemuan Ekspedisi Yang Signifikan Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan

Malaysia telah diiktirafkan sebagai salah sebuah daripada 12 negara ‘mega-kepelbagaian’ di dunia. Sejajar dengan pengiktirafan ini, kerajaan Malaysia telah memberi persetujuan dan komitmen untuk mempertingkatkan keberkesanan pengurusan, pemeliharaan dan pembangunan sumber kepelbagaian biologi hutan negara secara berkekalan. Dalam konteks ini, penekanan berterusan diberikan ke atas aspek-aspek pemeliharaan, pemuliharaan, penggunaan secara lestari dan perkongsian secara saksama dan adil terhadap sumber tersebut.

Dalam usaha untuk mengumpul maklumat-maklumat kepelbagaian biologi daripada kawasan-kawasan semulajadi Negara kita, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah menganjurkan siri-siri Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan di kawasan-kawasan berhutan terutamanya kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK). Penganjuran ekspedisi ini melibatkan pelbagai disiplin yang merentas sempadan (cross sectoral) seperti aspek fizikal ekosistem hutan, kepelbagaian biologi flora dan fauna, ekopelancongan, ekologi, rekreasi, geologi, arkeologi dan sosio-ekonomi. Ekspedisi Saintifik yang dianjurkan telah disertai oleh para saintis dan penyelidik daripada pelbagai Jabatan dan Agensi Kerajaan, Institusi Penyelidikan, Institusi Pengajian Tinggi Awam, Badan-Badan Bukan Kerajaan serta juga individu yang mempunyai minat khusus terhadap bidang pengurusan hutan serta kepelbagaian biologi hutan.

Di samping pegawai dan kakitangan JPSM, institusi yang sering terlibat secara aktif dalam setiap ekspedisi adalah seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Jabatan landskap dan Taman, Perbadanan Putrajaya, Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM), World Wide Fund for Nature (WWF), Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Folia Malaysiana, Malaysian Nature Society (MNS), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Standards and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM), dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

Sehingga kini, sebanyak 26 siri Ekspedisi Saintifik telah dianjurkan di Semenanjung Malaysia yang meliputi pelbagai ekosistem hutan daripada hutan paya laut (bakau), hutan paya gambut, hutan tanah pamah hinggalah ke hutan pergunungan. Melalui siri ekspedisi yang dilaksanakan, pelbagai penemuan yang signifikan termasuk spesies baru, endemik, dan unik bagi flora dan fauna telah berjaya direkodkan. Sebahagian daripada hasil penemuan signifikan daripada siri ekspedisi saintifik ini telah dibukukan dalam siri prosiding kepelbagaian biologi hutan yang diterbitkan oleh JPSM. Sehingga kini, sebanyak 23 siri prosiding telah dikeluarkan iaitu:

Baca lagi...

 

a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z #
Acanthosaura titiwangsaensis

Acanthosaura titiwangsaensis

Acanthosaura titiwangsaensis mempunyai ciri kepala berbentuk segi tiga.

Annona Glabra

Annona Glabra

Satu penemuan penting telah dicatatkan semasa Ekspedisi Saintifik

Beruk Kentoi

Beruk Kentoi

Beruk Kentoi ini didapati di hutan-hutan daun lebar malar hijau tropika.

Chengal

Chengal

 Pokok Chengal merupakan sejenis pokok kayu keras yang popular.

Corybas holttumii

Corybas holttumii

Orkid ini merupakan salah satu antara tiga spesies orkid yang endemic bagi Semenanjung Malaysia.

Dicerorhinus sumatrensis

Dicerorhinus sumatrensis

Dicerorhinus sumatrensis merupakan spesies badak yang terkecil di dunia.

Etlingera terengganuensis

Etlingera terengganuensis

Etlingera terengganuensis merupakan sejenis spesies baru halia

Gastrophrynoides immaculatus

Gastrophrynoides immaculatus

Gastrophrynoides immaculatus mempunyai mata muncung yang panjang dan runcing 

Gnetum microcarpum Blume

Gnetum microcarpum Blume

Gnetum microcarpum Blume merupakan satu penemuan baru bagi Semenanjung Malaysia.

Iguanura belumensis

Iguanura belumensis

Iguanura belumensis merupakan salah satu spesies palma yang endemik 

Licuala stongensis

Licuala stongensis

Licuala stongensis merupakan salah satu daripada spesies palma berbentuk kipas

Otomops

Otomops

Tiga (3) genus daripada famili Molossidae telah direkodkan bagi Semenanjung Malaysia

[12  >>  

Hubungi Kami

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur
No. Tel: 603-26164488
No. Faks: 603-26925657
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Statistik Pelawat

Hari Ini 352

Semalam 514

Minggu Ini 1951

Bulan Ini 10389

Keseluruhan 138458

Undian

Pendapat anda mengenai Laman Web baru JPSM

.