1) Adalah dimaklumkan bahawa ekoran daripada cuaca yang tidak menentu sedang dialami di Negeri Pulau Pinang, ianya turut mengakibatkan kejadian tanah runtuh, limpahan air sungai, kejadian pokok tumbang, dan menjejaskan jalan dan denai serta kemudahan rekreasi di semua hutan taman negeri, taman rimba dan hutan pelajarandi bawah pengurusan Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang ini.

2) Sehubungan dengan ini, bagi mengelakkan sebarang risiko dan menjamin keselamatan orang ramai, maka semua hutan taman negeri, taman rimba dan hutan pelajaran berikut adalah ditutup buat sementara waktu berkuat-kuasa serta-merta iaitu:-

i) Taman Negeri Bukit Panchor, Daerah Seberang Perai Selatan.

ii) Taman Rimba Bukit Mertajam, Daerah Seberang Perai Tengah.

iii) Taman Rimba Teluk Bahang, Daerah Barat Daya; dan

iv) Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam, Daerah Seberang Perai Utara.

3) Penutupan ini adalah selaras di bawah seksyen 49, Akta Perhutanan Negara 1984, yang memperuntukan kuasa untuk menutup mana-mana hutan lipur (hutan terbuka) bagi menjamin keselamatan orang ramai.

4) Semua aktiviti orang awam di semua kawasan tersebut di atas adalah dilarang dan sebarang kelulusan oleh jabatan sebelum ini bagi sepanjang tempoh penutupan ini adalah terbatal.

5) Semua hutan taman negeri, taman rimba dan hutan pelajaran ini akan dibuka semula selepas keadaan kembali selamat dan kerja-kerja pembaikan telah selesai.

6) Sebarang kesulitan amat dikesali.

Dengan arahan;

PENGARAH PERHUTANAN NEGERI PULAU PINANG

Hubungi Kami

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur
No. Tel: 603-26164488
No. Faks: 603-26925657
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Statistik Pelawat

Hari Ini 91

Semalam 460

Minggu Ini 2687

Bulan Ini 7870

Keseluruhan 135939

Undian

Pendapat anda mengenai Laman Web baru JPSM

.