• Fungsi Teras Unit Integriti Perhutanan Untuk mewujudkan Sistem Tadbir Urus sektor awam yang terbaik dan budaya kerja berkualiti serta meningkatkan keyakinan terhadap keupayaan pentadbiran Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Unit Integriti ini akan melaksanakan enam (6) fungsi teras iaitu:

    1. Tadbir Urus
    2. Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan;

    3. Pengukuhan Integriti
    4. Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi;

    5. Pengesanan dan Pengesahan
    6. Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil; dan Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab;

    7. Pengurusan Aduan
    8. Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi;

    9. Pematuhan
    10. Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa; dan

    11. Tatatertib
    12. Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib.

  • En. Hairuzam B. Mohmad Amin@Hamim

    Ketua Unit Integriti Perhutanan

    hairuzam[at]forestry[dot]gov[dot]my

    +603-2616 4488 (Ext: 227)

    En. Mohd Hafiz B. Samsudin

    Penolong Pengarah (Pengukuhan Integriti)

    hafizsamsudin[at]forestry[dot]gov[dot]my

    +603-2616 4488 (Ext: 555)

    En. Mohd Fouzi B. Abdul Hamid

    Penolong Pegawai Kanan (Pengukuhan Integriti)

    fouzi[at]forestry[dot]gov[dot]my

    +603-2616 4488 (Ext: 558)

    Tn. Hj. Mohd Altifaizal B. Mohamad Ali

    Penolong Pengarah Kanan (Tadbir Urus, Pematuhan & Tatatertib)

    altifaizal[at]forestry[dot]gov[dot]my

    +603-2616 4488 (Ext: 555)

    Pn. Maznah Bt. Shariff

    Penolong Pegawai Tadbir Kanan (Tadbir Urus, Pematuhan & Tatatertib)

    maznah[at]forestry[dot]gov[dot]my

    +603-2616 4488 (Ext: 680)

    En. Mohd Hamzah B. Abdullah

    Penolong Pengarah (Pengesanan dan Pengesahan)

    mohd_hamzah[at]forestry[dot]gov[dot]my

    +603-2616 4488 (Ext: 558)

    En. Zamani B. Yunus

    Penolong Pegawai Kanan ( Pengurusan Aduan)

    zamani[at]forestry[dot]gov[dot]my

    +603-2616 4488 (Ext: 558)

    Pn. Azura Bt. Marzuki

    Pembantu Tadbir (P/O)

    azura[at]forestry[dot]gov[dot]my

    +603-2616 4488 (Ext: 234)

  • UIP Chart
  • Latar Belakang
     
    Unit Integriti Perhutanan telah ditubuhkan pada 15 Februari 2014 dengan diketuai oleh Pegawai Kanan SPRM secara kader. Usul untuk menubuhkan Unit Integriti Perhutanan ini telah bermula sejak dari tahun 2008 lagi. Mesyuarat Khas Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) pada pada 18 Ogos 2008 telah memutuskan supaya pegawai kanan Bandan Pencegah Rasuah (BPR) (pada masa itu) ditempatkan sebagai Ketua Pegawai Integriti secara kader di Kementerian dan Jabatan yang berisiko tinggi rasuah. Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Urus (JKTU) pada 6 Jun 2013 telah bersetuju mewujudkan Bahagian Pengurusan Integriti Agensi di SPRM. Berikutnya, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 telah diterbitkan berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2013 berkaitan penubuhan Unit Integriti di semua agensi awam peringkat Persekutuan dan Negeri.
     
    Punca Kuasa
     
    Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2013 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993 Akta SPRM 2009
     
    Objektif
     
    Objektif penubuhan Unit Integriti Agensi adalah untuk menyepadukan semua pengurusan hal yang berkaitan dengan integriti di bawah sebuah badan atau unit yang khusus. Tujuannya ialah supaya pengurusan integriti dapat dilaksanakan dengan secara yang lebih fokus dan terancang dimana elemen penginstitusian integriti, pencegahan, pematuhan dan pengesanan salah laku dapat dikuatkuasakan secara efisen dan mencapai keberhasilan yang optimum.
     
    Justifikasi Penubuhan
     
    Memerangi rasuah dan menegakkan integriti bukanlah satu tanggungjawab eksklusif SPRM. Seluruh warga perkhidmatan awam turut sama bertanggungjawab terhadap pematuhan undang-undang, polisi, dan prosedur Kerajaan. Justeru itu, penubuhan Unit Integriti Perhutanan adalah satu pendekatan baru dan perubahan strategi ke arah memantapkan penginstitusian integriti dan anti-rasuah di kalangan anggota perkhidmatan awam di mana setiap satu agensi awam itu adalah sebagai “pemilikr” kepada inisiatif ini. Dalam merangka struktur dan fungsi Unit Integriti Perhutanan, pihak SPRM bersama-sama dengan JPA dan PDRM telah menjalankan kajian penandarasan pada tahun 2012 di Taiwan dan Amerika Syarikat. Amalan terbaik yang dilaksanakan oleh agensi-agensi di negara berkenaan telah di teliti dan di adaptasi mengikut kesesuaian ke dalam model Unit Integriti Perhutanan. Penubuhan Unit Integriti telah lama diamalkan di negara-negara maju dan kajian penandarasan mendapati entiti sedemikian berjaya mengawal masalah pelanggaran integriti di kalangan badan penguatkuasa disamping meningkatkan kutipan hasil Kerajaan dan mengelak ketirisan dan pembaziran dalam pelaksanaan projek-projek pembangunan.
     

Hubungi Kami

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur
No. Tel: 603-26164488
No. Faks: 603-26925657
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Statistik Pelawat

Hari Ini 306

Semalam 389

Minggu Ini 1842

Bulan Ini 9987

Keseluruhan 60194

Undian

Pendapat anda mengenai Laman Web baru JPSM

.