soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

 

Selamat Datang ke Laman Web Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM).  Jabatan ini berharap laman ini akan dapat membantu warga JPSM dan orang awam mendapat maklumat perkhidmatan berkaitan dengan sektor perhutanan di Semenanjung Malaysia.

 

Sejajar dengan wawasan jabatan “untuk diiktiraf” sebagai sebuah agensi terunggul dalam pengurusan hutan tropika secara berkekalan”, JPSM secara langsung bertanggungjawab untuk mengurus dan membangunkan sumber hutan secara berkekalan.

 

Dalam memberi khidmat terbaik kepada orang awam dan pemegang taruh, warga JPSM perlu sentiasa bersedia melaksanakan perubahan dalam mengharungi segala bentuk halangan yang dihadapi. Justeru itu, saya mengesa semua warga JPSM untuk terus membulatkan tekad bekerja bersungguh-sungguh secara berpasukan seiring dengan komitmen Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS).

 

Selaras dengan Visi dan Misi KATS, JPSM adalah komited untuk meningkatkan keluasan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) sedia ada iaitu 4.81 juta hektar kepada 5 juta hektar menjelang tahun 2023. Saya penuh yakin dengan komitmen Kerajaan Negeri dan Jabatan Perhutanan Negeri bagi mencapai matlamat ini.

 

Saya doakan warga JPSM terus komited dalam menjalankan amanah mendokong tanggungjawab sekaligus menyokong Kerajaan membangunkan Negara.

 

Sekian, terima kasih.

 

Selamat melayari Laman Rasmi Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

 

DATUK BORHANUDIN BIN HJ. ARSHAD

KETUA PENGARAH PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA

Hubungi Kami

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur
No. Tel: 603-26164488
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Statistik Pelawat

Hari Ini 438

Semalam 1237

Minggu Ini 1675

Bulan Ini 21748

Keseluruhan 668014

Undian

Pendapat anda mengenai Laman Web baru JPSM

Sangat Baik - 55.5%
Memuaskan - 29.1%

Total votes: 440
The voting for this poll has ended on: Disember 30, 2017
.