soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Profil

En. Mohd Rahim bin Rani

Nama Dato' Mohd Rahim bin Rani
Jawatan Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan (Operasi dan Teknikal)
E-mel rahim[at]forestry[dot]gov[dot]my
No. Tel 603-2616 4402
Faks 603-2692 5657

logo jpsm

RASIONAL LOGO

Pola pokok-pokok yang berganda seperti yang digambarkan melalui susunan tiga pokok adalah bagi memaparkan pengurusan hutan yang terurus yang membolehkan pembangunan ekonomi yang mampan. Konfigurasi yang menaik memaparkan pengeluaran yang bertambah dan seterusnya mengukuhkan lagi keberkesanan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dalam usahanya untuk menzahirkan sistem pengurusan dan pemeliharaan hutan yang terus memberi manfaat kepada Negara dari segi ekonomi dan ekologi

Nama Fail Format Muat Turun
Logo Rasmi JPSM png

 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Selamat Sejahtera

“Selamat Datang” kepada semua pengunjung Laman Sesawang Rasmi Jabatan Perhutanan Semenanjung (JPSM). Laman Sesawang Rasmi JPSM ini merupakan salah satu media komunikasi penting JPSM bagi penyampaian maklumat dan aktiviti berkaitan pengurusan hutan di Semenanjung Malaysia.

JPSM merupakan sebuah agensi yang bertanggungjawab kepada pengurusan, perancangan, dan pembangunan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Semenanjung Malaysia. JPSM sentiasa komited dalam memastikan misi jabatan untuk mengurus dan membangunkan sumber hutan secara berkekalan serta mengoptimumkan sumbangannya kepada pembangunan sosio-ekonomi negara di capai.

Semoga segala maklumat yang disediakan dalam laman sesawang ini dapat meningkatkan kefahaman dan perkongsian maklumat terhadap pengurusan sumber hutan di Semenanjung Malaysia.

JPSM juga mengalu-alukan maklum balas daripada semua pihak bagi peningkatan perkhidmatan Jabatan.

Sekian, terima kasih.

(DATO’ INDERA MOHD RIDZA BIN AWANG)
Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia.

  1. Semua permohonan untuk mendapatkan maklumat-maklumat mengenai pengurusan, pembangunan dan pemuliharaan sumber hutan serta industri perhutanan akan dikemukakan dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh permohonan diterima kecuali bagi maklumat-maklumat yang belum diperolehi oleh Jabatan.
  2. Nasihat-nasihat teknikal mengenai pengurusan, pembangunan dan pemuliharaan sumber hutan serta industri perhutanan akan dikemukakan dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh permohonan diterima kecuali bagi perkara-perkara yang memerlukan kajian khusus.
  3. Semua permohonan untuk mendapatkan penerbitan yang tidak terperingkat akan dijawab dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh permohonan diterima.
  4. Permohonan untuk mengikuti latihan dalam perkhidmatan yang dianjurkan oleh Jabatan akan dimaklumkan keputusannya dalam tempoh dua (2) minggu selepas tarikh tamat penerimaan permohonan.
  5. Permohonan untuk mengikuti kursus-kursus di Institut Latihan Perhutanan (FORTRAIN), Kepong dan di Pusat Latihan Perhutanan Terengganu akan dimaklumkan keputusannya dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh temuduga.
  6. Semua Laporan kemajuan projek pembangunan hutan akan dikemukakan kepada agensi pusat tidak lewat dari tarikh yang ditetapkan.
  7. Keputusan tawaran perlaksanaan projek pembangunan hutan akan dimaklumkan tidak lewat dari empat (4) bulan selepas tawaran dikeluarkan.
  8. Tindakan untuk mengemukakan dokumen bagi bayaran kemajuan kontrak ke Perbendaharaan akan diambil dalam tempoh empat belas hari dari tarikh permohonan diterima sekiranya semua syarat yang ditetapkan dipenuhi.
  9. Bon pelaksanaan kontrak akan dilepaskan dalam tempoh satu (1) bulan selepas tamat tempoh bon tersebut.
  10. Semua aduan berhubung perkhidmatan perhutanan akan diambil tindakan dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh aduan diterima.

Visi

Untuk menjadi sebuah agensi terunggul dalam pengurusan hutan tropika secara berkekalan.

Misi

Untuk mengurus dan membangunkan sumber hutan secara berkekalan serta mengoptimumkan sumbangannya kepada pembangunan sosio-ekonomi negara.

Objektif

  1. Untuk menguruskan sumber hutan negara secara berkekalan bagi pengeluaran berterusan hasil dan perkhidmatan hutan serta penggunaannya secara optimum bersesuaian dengan keperluan alam sekitar.
  2. Untuk meningkatkan bekalan pengeluaran hasil dan perkhidmatan hutan melalui aktiviti-aktiviti perhutanan bersesuaian yang akan meningkatkan kualiti, produktiviti serta penggunaan sumber hutan.
  3. Untuk terus membangunkan teknologi mantap yang bersesuaian dengan keperluan alam sekitar bagi pemeliharaan, pengurusan dan penggunaan sumber hutan.
  4. Untuk memelihara dan melindungi kepelbagaian hayat hutan; air dan tanah; dan penggunaannya secara berkekalan.
  5. Untuk meningkatkan kualiti dan kecekapan kilang-kilang pemprosesan berasaskan keluaran hutan serta menambahkan aktiviti-aktiviti hiliran dengan nilaitambah yang tinggi.
  6. Untuk memperkukuhkan pembangunan sumber manusia bagi menyokong sektor perhutanan.
  7. Untuk meningkatkan kesedaran awam berhubung peranan hutan terhadap alam sekitar dan pemeliharaan melalui pembelajaran serta penyebaran maklumat
  8. Untuk meningkatkan sumbangan sektor perhutanan kepada pendapatan negara, pertukaran wang asing dan peluang-peluang pekerjaan.

Organisasi

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) adalah salah satu jabatan di bawah Kementerian Sumber Asli Dan Kelestarian Alam dan terdiri daripada Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia, 11 Jabatan Perhutanan Negeri dan 33 Pejabat Hutan Daerah di seluruh Semenanjung Malaysia. Jabatan ini diketuai oleh Ketua Pengarah Perhutanan dan dibantu oleh dua Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan. Pada akhir tahun 2014, bilangan tenaga kerja adalah seramai 5,121 orang.

Fungsi Jabatan

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia bertanggungjawab kepada pengurusan, perancangan, perlindungan dan pembangunan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) selaras dengan Dasar Perhutanan Negara (DPN) 1992 dan Akta Perhutanan Negara (APN) 1984.

Fungsi Direktorat

Ahli direktorat terdiri daripada Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia dan dibantu oleh dua orang Timbalan Ketua Pengarah. Direktorat bertanggungjawab dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar-dasar, strategi-strategi dan objektif-objektif Jabatan serta menyelaras kerja-kerja  pentadbiran, pengurusan, pembangunan dan pemeliharaan sumber hutan selaras dengan keperluan negara.

Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan

Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia bertanggungjawab untuk menggubal dasar-dasar perhutanan, memberi nasihat dan khidmat teknikal kepada Jabatan-jabatan Perhutanan Negeri dalam aspek perancangan, pengurusan dan pembangunan hutan, pengusahasilan hutan dan industri berasas kayu, kajian operasi hutan serta latihan dan pembangunan sumber manusia.

Di Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia terdapat dua (2) Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan iaitu Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan (Dasar dan Perancangan) dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi dan Teknikal) masing-masing bertanggungjawab terhadap enam (6) bahagian. Sementara itu, terdapat dua (2) Unit dan satu (1) Bahagian lain yang bertanggungjawab secara langsung kepada Ketua Pengarah Perhutanan.

Sektor Dasar Dan Perancangan

Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan (Dasar dan Perancangan) bertanggungjawab dalam bidang perancangan dan ekonomi hutan, pengurusan sumber  hutan, silvikultur dan pemeliharaan biologi hutan, pembangunan forest eco-park dan hutan taman negeri, hal ehwal perhutanan antarabangsa serta ladang dan perlindungan hutan.

Sektor Operasi Dan Teknikal

Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan (Operasi dan Teknikal) bertanggungjawab dalam urusan-urusan pentadbiran dan kewangan, kejuruteraan hutan, teknikal dan industri kayu, penguatkuasaan hutan, latihan perhutanan dan pembangunan modal insan serta pembangunan sistem teknologi maklumat.

Jabatan Perhutanan Negeri

Jabatan Perhutanan Negeri bertanggungjawab dalam pentadbiran dan pengawalan pengusahasilan hutan, kutipan hasil hutan dan pembangunan sumber hutan negeri. Jabatan ini juga merancang dan menyelaraskan pembangunan industri berasas kayu. Jabatan Perhutanan Negeri dibahagikan kepada Bahagian Operasi Hutan dan Pembangunan Hutan serta disokong oleh Pejabat Hutan Daerah/Jajahan.

Bahagian Operasi Hutan

Bertanggungjawab terhadap pentadbiran, penguatkuasaan undang-undang hutan, kutipan hasil hutan serta menyelaras dan berhubung dengan Ibu Pejabat Perhutanan, lain-lain jabatan negeri, badan dan agensi berkanun.

Bahagian Pembangunan Hutan

Bertanggungjawab dalam merancang, melaksana dan memantau aktiviti-aktiviti pengurusan dan pembangunan hutan, termasuk pemeliharaan biodiversiti, pembangunan ekopelancongan dan pemulihan kawasan hutan serta penyediaan dan pelaksanaan Rancangan Pengurusan Hutan Negeri.

Pejabat Hutan Daerah/Jajahan

Bertanggungjawab terhadap pentadbiran, pengawalan pengusahasilan hutan, kutipan hasil hutan dan penguatkuasaan undang-undang hutan. Pejabat ini juga bertanggungjawab untuk melaksanakan aktivitiaktiviti pengurusan dan pembangunan hutan termasuk pengurusan forest eco-park dan hutan taman negeri.

Bahagian Perancangan Dan Ekonomi Hutan

Bahagian ini bertanggungjawab untuk menyelaras, menyelia, menilai dan memantau pelaksanaan projekprojek pembangunan hutan di peringkat Persekutuan dan Negeri, pensijilan sistem kualiti dan pengurusan hutan dan Pelan Tindakan Perancangan Strategik JPSM 2008-2020; serta merancang dan menjalankan kajian ekonomi perhutanan di samping penerbitan laporan dan perangkaan.

Bahagian Pengurusan Hutan

Bahagian ini bertanggungjawab dalam hal ehwal pengurusan dan inventori hutan; memberi khidmat nasihat kepada Jabatan Perhutanan Negeri berkaitan dengan teknik dan sistem pengurusan serta penilaian sumber hutan asli.

Bahagian Silvikultur Dan Pemeliharaan Biologi Hutan

Bahagian ini bertanggungjawab untuk melaksana dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti silvikultur hutan asli; pengurusan, pembangunan dan pemeliharaan kepelbagaian biologi hutan; dan memberi nasihat teknikal pembangunan hutan kepada Jabatan Perhutanan Negeri.

Bahagian Ladang Hutan Dan Perlindungan Hutan

Bahagian ini bertanggungjawab untuk melaksana dan menyelaraskan pembangunan dan pengurusan ladang hutan; pembangunan hutan tani, tapak semaian, gen bank dan kawasan pengeluaran biji benih; pemuliharaan kawasan pesisiran pantai; dan pencegahan serta pengawalan kebakaran hutan, penyakit dan agen perosak.

Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa

Bahagian ini bertanggungjawab dalam menangani isu- isu perhutanan serta memupuk jalinan dan kerjasama yang baik di peringkat serantau dan antarabangsa demi menjaga kepentingan dan martabat negara.

Bahagian Latihan Perhutanan

Bahagian ini bertanggungjawab untuk merancang, menyelaras dan melaksanakan kursus-kursus latihan dalam perkhidmatan dan kursus-kursus teknikal; serta kursus-kursus Sijil Perhutanan Renjer Hutan dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan.

Bahagian Penguatkuasaan Hutan

Bahagian ini bertanggungjawab terhadap pelaksanaan dan pemantauan aktiviti-aktiviti penguatkuasaan hutan serta memberi khidmat nasihat dan bantuan teknikal kepada Jabatan Perhutanan Negeri bagi perkara-perkara berkaitan dengan aduan, pengumpulan maklumat dan siasatan mengenai kes-kes kesalahan hutan.

Bahagian Kejuruteraan Hutan

Bahagian ini bertanggungjawab untuk memberi khidmat nasihat teknikal berkaitan dengan pembinaan dan penyelenggaraan jalan dan infrastruktur hutan kepada Jabatan Perhutanan Negeri dan pembinaan serta penyelenggaraan bangunan dan lain-lain infrastruktur Jabatan.

Bahagian Khidmat Pengurusan

Bahagian ini bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan sokongan pengurusan, menguruskan hal-hal berkaitan pentadbiran Jabatan; pengurusan sumber manusia; pengurusan kewangan; pengurusan aset Kerajaan dan pengurusan pusat sumber; penguatkuasaan peraturan dan langkah-langkah keselamatan dan perlindungan dokumen terperingkat Jabatan; dan pengendalian penilaian kompetensi.

Bahagian Pengurusan Maklumat

Bahagian ini bertanggungjawab untuk menyelaras pengurusan dan penggunaan ICT serta pembangunan aplikasi sistem maklumat perhutanan dan pemetaan dengan menggunakan teknologi GIS, RS dan GPS; dan memberi khidmat nasihat dan bantuan teknikal dalam bidang ICT dan maklumat geospatial kepada Jabatan Perhutanan Negeri.

Bahagian Teknikal & Industri Kayu

Bahagian ini bertanggungjawab untuk memberi khidmat nasihat teknikal dalam bidang kejuruteraan mekanikal, rekabentuk kilang, pemilihan jentera dan teknik memproses bagi industri berasas kayu serta teknik-teknik pengusahasilan hutan; dan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Bahagian Perundangan Dan Pendakwaan

Bahagian ini bertanggungjawab terhadap urusan perundangan di peringkat Persekutuan yang melibatkan kepentingan JPSM serta memberi khidmat nasihat dari aspek perundangan dan pendakwaan kepada Jabatan Perhutanan Negeri.

Bahagian Forest Eco-Park Dan Hutan Taman Negeri

Bahagian ini bertanggungjawab untuk menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan pembangunan forest eco-park dan hutan taman negeri, serta memberi khidmat nasihat teknikal berkaitan ekopelancongan hutan kepada Jabatan Perhutanan Negeri.

Unit Komunikasi Korporat Dan Perhubungan Awam

Unit ini bertanggungjawab terhadap pengembangan hutan dan penyebaran maklumat perhutanan; meningkatkan imej JPSM serta pembangunan dan pengurusan galeri perhutanan.

Unit Integriti Perhutanan

Unit ini bertanggungjawab dalam menyepadukan semua pengurusan hal yang berkaitan dengan integriti di JPSM supaya pengurusan integriti dapat dilaksanakan secara lebih fokus dan terancang dengan melaksanakan enam (6) fungsi teras iaitu tadbir urus, pengukuhan integriti, pengesanan dan pengesahan, pengurusan aduan integriti, pematuhan dan tatatertib. 

Hubungi Kami

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur
No. Tel: 603-26164488
No. Faks: 603-26925657
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Statistik Pelawat

Hari Ini 318

Semalam 6769

Minggu Ini 30411

Bulan Ini 252712

Keseluruhan 7773638