Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia bertanggungjawab kepada pengurusan, perancangan, perlindungan dan pembangunan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) selaras dengan Dasar Perhutanan Negara (DPN) 1992 dan Akta Perhutanan Negara (APN) 1984.

Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan

Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia bertanggungjawab untuk menggubal dasar-dasar perhutanan, memberi nasihat dan khidmat teknikal kepada Jabatan-jabatan Perhutanan Negeri dalam aspek perancangan, pengurusan dan pembangunan hutan, pengusahasilan hutan dan industri berasas kayu, kajian operasi hutan serta latihan dan pembangunan sumber manusia. Di Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan terdapat dua (2) Timbalan Ketua Pengarah iaitu Timbalan Ketua Pengarah (Dasar dan Perancangan) dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi dan Teknikal) masing-masing bertanggungjawab terhadap enam (6) bahagian. Sementara itu, terdapat satu (1) Unit dan satu (1) Bahagian lain yang bertanggungjawab secara langsung kepada Ketua Pengarah Perhutanan.

Sektor Dasar Dan Perancangan

Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan (Dasar dan Perancangan) bertanggungjawab dalam bidang perancangan dan ekonomi hutan, pengurusan sumber  hutan, silvikultur dan pemeliharaan biologi hutan, pembangunan forest eco-park dan hutan taman negeri, hal ehwal perhutanan antarabangsa serta ladang dan perlindungan hutan.

Sektor Operasi Dan Teknikal

Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan (Operasi dan Teknikal) bertanggungjawab dalam urusan-urusan pentadbiran dan kewangan, kejuruteraan hutan, teknikal dan industri kayu, penguatkuasaan hutan, latihan perhutanan dan pembangunan modal insan serta pembangunan sistem teknologi maklumat.

Jabatan Perhutanan Negeri

Jabatan Perhutanan Negeri bertanggungjawab dalam pentadbiran dan pengawalan pengusahasilan hutan, kutipan hasil hutan dan pembangunan sumber hutan negeri. Jabatan ini juga merancang dan menyelaraskan pembangunan industri berasas kayu. Jabatan Perhutanan Negeri dibahagikan kepada Bahagian Operasi Hutan dan Pembangunan Hutan serta disokong oleh Pejabat Hutan Daerah/Jajahan.

Bahagian Operasi Hutan

Bertanggungjawab terhadap pentadbiran, penguatkuasaan undang-undang hutan, kutipan hasil hutan serta menyelaras dan berhubung dengan Ibu Pejabat Perhutanan, lain-lain jabatan negeri, badan dan agensi berkanun.

Bahagian Pembangunan Hutan

Bertanggungjawab dalam merancang, melaksana dan memantau aktiviti-aktiviti pengurusan dan pembangunan hutan, termasuk pemeliharaan biodiversiti, pembangunan ekopelancongan dan pemulihan kawasan hutan serta penyediaan dan pelaksanaan Rancangan Pengurusan Hutan Negeri.

Pejabat Hutan Daerah/Jajahan

Bertanggungjawab terhadap pentadbiran, pengawalan pengusahasilan hutan, kutipan hasil hutan dan penguatkuasaan undang-undang hutan. Pejabat ini juga bertanggungjawab untuk melaksanakan aktivitiaktiviti pengurusan dan pembangunan hutan termasuk pengurusan forest eco-park dan hutan taman negeri

 

Hubungi Kami

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur
No. Tel: 603-26164488
No. Faks: 603-26925657
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Statistik Pelawat

Hari Ini 161

Semalam 216

Minggu Ini 2184

Bulan Ini 8548

Keseluruhan 48625

Undian

Pendapat anda mengenai Laman Web baru JPSM

.