1. Siapakah yang harus dihubungi jika terdapat kes pembalakan haram?

Jika terdapat kes pembalakan haram anda boleh menghubungi Bahagian Penguatkuasa Hutan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia di talian bebas tol 1-800-88-5776

2. Bagaimana untuk mendapatkan maklumat tentang hutan bakau?

Maklumat berkaitan hutan bakau boleh diperolehi di http://bakau.forestry.gov.my

3. Apakah itu Silvilkultur?

Silvilkultur boleh ditakrifkan sebagai sains dan seni bagi pembangunan serta penjagaan sesuatu dirian hutan berdasarkan kepada aplikasi pengetahuan silvik. Ia merupakan teori dan amalan dalam pengawalan penubuhan, komposisi, struktur dan pertumbuhan hutan.

4. Jenis-jenis rawatan silvilkultur dalam sistem pengurusan hutan di Semenanjung Malaysia?

- Inventori Hutan Selepas Tebangan (Post-F);

 - Memotong Akar/Pepanjat (CL); dan

 - Tanaman Mengaya

5. Apakah yang dimaksudkan dengan kepelbagaian biologi?

Kepelbagaian biologi atau “biodiversity” didefinisikan sebagai kepelbagaian antara organisma hidup dari pelbagai sumber dari daratan mahupun samudera dan lain-lain yang melangkau ekosistem akuatik dan sebahagian daripada ekosistem yang kompleks termasuk di dalam kelompok spesies dan antara spesies dan ekosistemnya. (United Nation Earth Summit, 1992).

6. Pengertian Pemuliharaan Ex-situ?

Pemuliharaan ex-situ adalah pengekalan spesies di luar habitat asal mereka dalam kemudahan seperti arboreta, zoo, bank gen benih, bank gen in vitro dan bank gen ladang.

7. Pengertian Pemuliharaan In-situ

Pemuliharaan in-situ adalah pengekalan tumbuh-tumbuhan dan haiwan di habitat asalnya dengan ekologi semulajadi yang dapat mengekalkan populasi biak baka flora dan fauna.

8. Apakah yang dimaksudkan dengan Etnobotani?

Etnobotani bermaksud merekod, menggambarkan dan menjelaskan kaitan rumit antara budaya dan (kegunaan) tumbuhan: menumpukan, terutamanya, bagaimana tumbuhan digunakan, diurus dan dinilai merentasi masyarakat manusia (contohnya: sebagai makanan; sebagai ubat; dalam menujum; dalam kosmetik; dalam mewarna; sebagai pakaian; dalam pembinaan; sebagai peralatan; sebagai wang; sebagai pakaian; dalam sastera; dalam upacara; dan dalam kehidupan masyarakat.

9. Maksud tanaman mengaya

Penanaman dalam sesuatu kawasan dengan spesies asal atau spesies dagang untuk mengayakan semula kawasan tersebut dan tindakan pemulihan ini tidak banyak menganggu dirian tinggal.

10. Taman Negara

“Taman Negara” ertinya sesuatu Taman Negara yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Taman Negara 1980 bagi tujuan memelihara dan melindungi hidupan liar, hidupan tumbuh-tumbuhan dan benda-benda yang mempunyai kepentingan dari segi kaji bumi, kaji purba, sejarah dan etnologi dan kepentingan lain dari segi sains dan pemandangan, dan melalui pemeliharaan dan penggunaannya untuk memajukan pendidikan, kesihatan, nilai estetik dan rekreasi orang ramai. .

11. Hutan Lipur

Hutan lipur ialah sesuatu kawasan yang terletak di dalam hutan simpanan kekal yang diwartakan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 Seksyen 10(1)(i) yang digunakan bagi tujuan aktiviti rekreasi seperti beristirihat , bersukan , menjalankan penyelidikan dan pendidikan serta memelihara flora dan fauna.

12. Hutan Rekreasi

Hutan rekreasi ialah mana-mana kawasan yang terletak di luar kawasan hutan simpanan kekal bagi tujuan rekreasi

13. Ekopelancongan

Ekopelancongan ialah perjalanan dan lawatan yang dilakukan ke atas kawasan semulajadi untuk menikmati dan menghayati sifat-sifat semulajadi (termasuk sifat-sifat kebudayaan masakini dan masa lalu), yang menggalakkan pemuliharaan alam sekitar, membawa kesan yang rendah serta membolehkan penglibatan masyarakat tempatan di dalam aktiviti sosio-ekonomi yang positif.

14. Bagaimanakah cara untuk saya menghantar maklum balas kepada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia?

Sila klik dan isi borang Maklum Balas yang boleh didapati di bahagian atas setiap halaman. Anda juga boleh menghubungi:-

Tel : 03-26164488
Faks : 03-26925657
Emel : webmaster[at]forestry[dot]gov[dot]my
Alamat : Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia,
    Jalan Sultan Salahuddin, 50660 Kuala Lumpur.

 


PERHATIAN: Jika anda mempunyai sebarang soalan yang tiada di dalam Soalan Lazim ini, boleh menghubungi nombor berikut hotline di 1-800-88-5776 atau emailkan kepada webmaster[at]forestry[dot]gov[dot]my

Hubungi Kami

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur
No. Tel: 603-26164488
No. Faks: 603-26925657
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Statistik Pelawat

Hari Ini 160

Semalam 216

Minggu Ini 2183

Bulan Ini 8547

Keseluruhan 48624

Undian

Pendapat anda mengenai Laman Web baru JPSM

.