soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Penemuan

 

Penemuan-Penemuan Ekspedisi Yang Signifikan Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan

Malaysia telah diiktirafkan sebagai salah sebuah negara ‘mega-kepelbagaian’ di dunia. Sejajar dengan pengiktirafan ini, kerajaan Malaysia telah memberi persetujuan dan komitmen untuk mempertingkatkan keberkesanan pengurusan, pemeliharaan dan pembangunan sumber kepelbagaian biologi hutan negara secara berkekalan. Dalam konteks ini, penekanan berterusan diberikan ke atas aspek-aspek pemeliharaan, pemuliharaan, penggunaan secara lestari dan perkongsian secara saksama dan adil terhadap sumber tersebut.

Dalam usaha untuk mengumpul maklumat-maklumat kepelbagaian biologi daripada kawasan-kawasan semulajadi Negara kita, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah menganjurkan siri-siri Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan di kawasan-kawasan berhutan terutamanya kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK). Penganjuran ekspedisi ini melibatkan pelbagai disiplin yang merentas sempadan (cross sectoral) seperti aspek fizikal ekosistem hutan, kepelbagaian biologi flora dan fauna, ekopelancongan, ekologi, rekreasi, geologi, arkeologi dan sosio-ekonomi. Ekspedisi Saintifik yang dianjurkan telah disertai oleh para saintis dan penyelidik daripada pelbagai Jabatan dan Agensi Kerajaan, Institusi Penyelidikan, Institusi Pengajian Tinggi Awam, Badan-Badan Bukan Kerajaan serta juga individu yang mempunyai minat khusus terhadap bidang pengurusan hutan serta kepelbagaian biologi hutan.

Di samping pegawai dan kakitangan JPSM, institusi yang sering terlibat secara aktif dalam setiap ekspedisi adalah seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Jabatan landskap dan Taman, Perbadanan Putrajaya, Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM), World Wide Fund for Nature (WWF), Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Folia Malaysiana, Malaysian Nature Society (MNS), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Standards and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM), dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

Sehingga kini, sebanyak 44 siri Ekspedisi Saintifik telah dianjurkan di Semenanjung Malaysia yang meliputi pelbagai ekosistem hutan daripada hutan paya laut (bakau), hutan paya gambut, hutan tanah pamah hinggalah ke hutan pergunungan. Melalui siri ekspedisi yang dilaksanakan, pelbagai penemuan yang signifikan termasuk spesies baru, endemik, dan unik bagi flora dan fauna telah berjaya direkodkan. Sebahagian daripada hasil penemuan signifikan daripada siri ekspedisi saintifik ini telah dibukukan dalam siri prosiding kepelbagaian biologi hutan yang diterbitkan oleh JPSM. Sehingga kini, sebanyak 28 siri prosiding telah dikeluarkan iaitu:

Baca lagi...

 

 

Hubungi Kami

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur
No. Tel: 603-26164488
No. Faks: 603-26925657
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Statistik Pelawat

Hari Ini 4858

Semalam 8049

Minggu Ini 28182

Bulan Ini 250483

Keseluruhan 7771409