soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Gastrophrynoides immaculatus

Gastrophrynoides immaculatus mempunyai mata muncung yang panjang dan runcing iaitu 2.6-3.0 kali panjang diameter; kulit bahagian dorsal dan verntral yang licin tanpa corak; mempunyai satu tuberkel metakarpa yang besar dan berbentuk oval; dorsal berwarna kelabu coklat sekata. Kepala lebih lebar sedikit daripada panjang (HW/HL 1.06); berbentuk seperti tiga segi daripada profil dorsal. Tangan sederhana pendek, hujung jari membentuk cakera yang kecil dan bulat dan mempunyai lekuk ‘circum-marginal’. Jejari tiada kulit renang. Kaki belakang sederhana panjang. Ukuran maksimum betina ialah 29.3 mm panjang muncung hingga anus. Spesies ini hanya dijumpai di Gunung Besar Hantu, Negeri Sembilan di altitut 800-1400 m. Penemuan spesies ini telah dicatatkan semasa Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Gunung Besar Hantu, Negeri Sembilan pada tahun 2010.

Hubungi Kami

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur
No. Tel: 603-26164488
No. Faks: 603-26925657
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Statistik Pelawat

Hari Ini 5678

Semalam 8049

Minggu Ini 29002

Bulan Ini 251303

Keseluruhan 7772229