soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Uncategorised

3253 COM_CONTENT_REVIEW
|

 

 

Bismillahir-Rahmannir-Rahim
Selawat dan Salam Ke Atas Nabi Muhammad SAW

Assallamualaikum Warahmatullahi-wabarakatuh,
Salam Sejahtera;
Salam 1 Malaysia; dan
Salam 1 JPSM


Pertama-tamanya marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan limpah dan rahmatNya kita dapat melalui Tahun 2015 yang lalu dan memasuki Tahun Baru 2016. Saya ingin mengambil kesempatan di awal ucapan saya ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga kerja Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) yang telah berusaha dengan gigih dalam melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan sepanjang tahun lalu. Selamat menyambut Tahun Baru 2016 kepada seluruh warga kerja JPSM di peringkat Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia, Kuala Lumpur dan Jabatan-jabatan Perhutanan Negeri. Mudah-mudahan kedatangan Tahun Baru 2016 ini di sambut dengan satu tekad diri yang kukuh dan dengan niat yang positif untuk kita terus bekerja keras secara berpasukan dengan penuh keazaman dan semangat yang kental serta penuh iltizam untuk kita memacu kehadapan sektor perhutanan Negara di samping bersama-sama mengharungi cabaran baru di Tahun 2016 dengan melaksanakan pelbagai program dan aktiviti bagi merealisasikan Wawasan JPSM iaitu “Menjadi Agensi Terunggul Dalam Pengurusan Hutan Tropika Secara Berkekalan” di negara ini dan sekaligus juga untuk memastikan sektor Perhutanan bersama-sama mencapai Wawasan Kerajaan Malaysia sebagai Negara Maju menjelang Tahun 2020.

Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11), 2016-2020, merupakan rancangan pembangunan lima tahun terakhir ke arah merealisasikan matlamat Wawasan 2020. Wawasan 2020 yang dilancarkan pada tahun 1991 menggariskan aspirasi Malaysia untuk menjadi negara maju dalam semua aspek, iaitu ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi dan budaya menjelang tahun 2020. Susulan daripada pencapaian pembangunan yang cemerlang dalam tempoh separuh dekad yang lalu, RMKe-11 mengukuhkan lagi komitmen Kerajaan untuk mencapai pertumbuhan bermatlamatkan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat. RMKe-11 berteraskan prinsip “Bangsa Malaysia” yang progresif dan bersatu serta berkongsi cita-cita dan komitmen yang sama dalam meningkatkan lagi kemakmuran negara untuk rakyat.

YAB Perdana Menteri telah mengulangi komitmen dalam ucapan RMKe-11 di Parlimen bahawa kerajaan pada Sidang Kemuncak Perubahan Iklim Copenhagen 2009, Malaysia telah komited dengan secara sukarela mensasarkan pengurangan intensiti pelepasan gas rumah kaca atau Greenhouse Gas daripada KDNK, sehingga 40 peratus menjelang tahun 2020. Kerajaan secara jelas telah menyatakan komitmen Budaya Pemuliharaan iaitu “kita akan memelihara biodiversiti negara dengan mempergiat penguatkuasaan terhadap pembersihan hutan secara haram, dan melaksanakan usaha penghutanan semula dan pengkayaan hutan di kawasan hutan terosot. Kita akan melaksanakan usaha pemuliharaan dan meningkatkan populasi tumbuhan dan hidupan liar yang terancam bagi melindungi kekayaan biodiversiti negara”. Kita di JPSM tidak mahu ketinggalan kebelakang untuk bersama-sama dalam arus perdana ini akan terus bersama-sama Kerajaan untuk menzahirkan aspirasi murni ini. Dalam tempoh RMK-11:2016-2020, JPSM telah diperuntukkan sebanyak RM100 juta di bawah Program Restorasi Kawasan Terosot (Degraded areas) yang meliputi kawasan-kawasan di Cameron Highlands, Janda Baik dan Delta Sungai Kelantan yang disebabkan hakisan tanah. Untuk tahun 2016 sahaja, peruntukan sebanyak RM3.7 juta telah diluluskan untuk menjalankan tanaman dan rawatan di kawasan terosot dalam Hutan Simpanan Kekal di Cameron Highlands dengan jumlah keluasan seluas 100 hektar. Di samping itu, JPSM akan terus memperkasakan perlaksanaan Amalan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (Sustainable Forest Management) di lapangan dengan lebih menekankan kepada pendekatan holistik “Hutan Bukan Untuk Pengeluaran Kayu-Kayan Semata-mata (Forest Beyond Timbers)”.

Amalan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (Sustainable Forest Management, SFM) akan terus kekal menjadi teras pengurusan khazanah hutan kita seiring dengan aspirasi kita untuk merealisasikan Wawasan JPSM. Pelbagai isu baru perhutanan di peringkat setempat dan antarabangsa akan terus kita tangani secara berkesan. Warga kerja JPSM diseru untuk terus bersedia dan gigih berhadapan dengan pelbagai persepsi awam mengenai perhutanan yang sering dikaitkan dengan aktiviti pembalakan yang tidak terkawal bila berlaku sebarang bencana alam semulajadi. Dakwaan ini juga berkait rapat dan sekaligus dengan persepsi awam kepada Integriti JPSM. Sehubungan dengan itu, seluruh warga kerja JPSM diminta untuk terus meningkatkan integriti dalam menagani isu dan cabaran ini dengan “merakyatkan perhutanan” selain peningkatan integriti dalam tadbir urus Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (PHSB) di lapangan. Dalam konteks ini, Jabatan Perhutanan Negeri turut juga diminta untuk memperkasakan Program “Communication, Education, Public and Awareness-CEPA” secara intensif pada tahun 2016.

Tahun 2016, adalah merupakan tahun kelima saya memikul tanggungjawab sebagai Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia. Serentak dengan itu, usia JPSM juga turut bertambah menjangkau 115 tahun pada tahun ini. Pelbagai kejayaan yang telah kita capai di samping kita juga berhadapan dengan pelbagai cabaran. Dalam hubungan ini, adalah sangat penting bagi kita untuk terus memuhasabah diri, menganalisa pelbagai faktor yang menyumbangkan kepada keadaan ini, menilai kejayaan atau kelemahan pencapaian di masa lalu dan mengambil iktibar serta pengajaran daripadanya untuk kita lebih bersiapsiaga untuk terus maju ke hadapan. Kita mesti menerima hakikat bahawa pengurusan dan pembangunan khazanah hutan pada masa kini tidak sepertimana 100 tahun dahulu. Pelbagai isu dan cabaran baru sektor perhutanan perlu ditangani dengan cekap dan berkesan. Hakikatnya, “Business is no longer as usual”. Dalam konteks ini, semua warga kerja JPSM perlu lebih kreatif dan inovatif dan berani melaksanakan kaedah-kaedah baru dalam mengurus, membangun dan mentadbir khazanah hutan negara.

Mengimbas kembali pencapaian sepanjang Tahun 2015 yang lalu, saya amat bersukacita memaklumkan bahawa pelbagai kejayaan dan pencapaian yang kita perolehi adalah hasil daripada semangat kerjasama yang padu, komitmen yang tinggi dan usaha gigih yang berterusan oleh setiap lapisan warga kerja JPSM samada di peringkat Ibu Pejabat Perhutanan mahupun Jabatan-jabatan Perhutanan Negeri di Semenanjung Malaysia. Dalam hal ini, ucapan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada seluruh warga kerja JPSM di atas kejayaan JPSM mencapai penarafan Kerajaan dan kepatuhan JPSM kepada standard sijil piawaian sepanjang tahun 2015. JPSM telah berjaya mengekalkan penarafan 5 bintang bagi laman web rasmi JPSM dalam Provider-Based Evaluation (ProBE); dahulunya dikenali sebagai “Malaysia Government Portals and Websites Assessment (MGPWA)” selama empat (4) tahun berturut-turut sejak tahun 2011. Seterusnya JPSM juga telah berjaya mengekalkan prestasi empat (4) bintang dalam penarafan Indeks Akauntabiliti (AI) oleh Jabatan Audit Negara. Pada tahun 2015 juga menyaksikan Pengurusan Sistem Keselamatan Maklumat JPSM telah berjaya mendapat pensijilan berdasarkan standard terbaru MS ISO/IEC 27001:2013 bagi Information Security Management System (ISMS) oleh pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd. Selain itu juga, Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia bersama semua kelapan-lapan Unit Pengurusan Hutan (FMU) di Semenanjung Malaysia bukan sahaja telah berjaya memperolehi sijil MS ISO 9001:2008, malah kelapan-lapan FMU ini turut juga berjaya mengekalkan Pensijilan di bawah Malaysian Criteria and Indicator (Natural Forest) selama lima (5) tahun berturut-turut iaitu sejak tahun 2011 hingga 2015. Tahun lalu juga telah membuktikan kemampuan kita dalam keberhasilan untuk memenuhi pelaksanaan kelapan-lapan KPI JPSM dengan terus mengekalkan prestasi 100% pencapaian iaitu pada tahap Sangat Melepasi Sasaran (Significantly Exceed Target). Dalam konteks ini, JPSM telah berjaya melaksanakan sasaran berikut :-

i. Bilangan Verifier Yang Dipatuhi Dalam Pengauditan Pensijilan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan Melalui MC&I (Hutan Asli) Oleh 8 Negeri (8 FMUs) mencapai Pengiktiran MC&I Hutan Asli dengan pencapaian pematuhan sehingga 280 Verifier;

ii. Peningkatan 30% Kertas Siasatan Yang Dibawa Ke Mahkamah Berbanding Tahun Sebelumnya;

iii. Menanam 3.2 juta Pokok di bawah pelaksanaan aktiviti menanam pokok di Semenanjung Malaysia di bawah Kempen Menanam 26 Juta Pokok untuk Semenanjung Malaysia (tidak termasuk Sabah dan Sarawak);

iv. Sekurang-kurangnya satu (1) Kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Diluluskan Untuk Pewartaan Kawasan Hutan Sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Bawah Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313);

v. Bilangan Lebih 5 Juta Pengunjung Di Bawah Program Mempromosikan Hutan Lipur Dan Hutan Taman Negeri Untuk Dikunjungi Oleh Pengunjung Sempena Sempena Tahun Festival Malaysia (MyFEST) 2015;

vi. Bilangan lebih 1.5 juta pokok stok bahan tanaman di bawah program pengeluaran bahan tanaman bermutu “quality planting stock” oleh tapak semaian Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia;

vii. Peningkatan Sebanyak 5% Dalam Kecekapan Pengendalian Aduan Awam Secara Cepat Dan Berkesan Berbanding Tahun 2014; dan

viii. Melaksanakan Mesyuarat (i) Jawatankuasa Keselamatan dan kesihatan Ibu Pejabat, Program kursus dan bengkel Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Persijilan OHSAS 18001:2007 untuk Ibu Pejabat.

Justeru itu, saya amatlah berkeyakinan tinggi bahawa kita boleh mencapai hasrat ini dalam Tahun 2016 dengan meletakkan harapan yang tinggi untuk memastikan pencapaian perlaksanaan Key Performance Indicator (KPI) JPSM bagi Tahun 2016 dilaksana secara berkesan disamping meneruskan pengekalan berbagai penarafan prestasi JPSM oleh Kerajaan. Pencapaian perlaksanaan KPI ini adalah penting dalam mengukur prestasi pencapaian JPSM seiring dengan sasaran untuk mencapai misi utama JPSM iaitu untuk Mengurus dan membangunkan sumber hutan secara berkekalan serta mengoptimumkan sumbangannya kepada pembangunan sosio- ekonomi Negara. Sehubungan dengan itu, sejumlah lima (5) KPI JPSM akan dilaksanakan sepanjang Tahun 2016 ini, sepertimana berikut :-

i. Penghijauan kawasan-kawasan terosot dengan aktiviti tanaman 5 juta pokok-pokok hutan melalui pendekatan kaedah Tebus-guna Hutan (Forest Reclamation), Pemulihan Hutan (Forest Rehabilitation) dan Baik Pulih Hutan (Forest Restoration);

ii. Bilangan dan kekerapan rondaan pasukan penguatkuasaan hutan di lapangan melalui pemantauan udara, darat dan laut secara berkala sekurang-kurangnya 10,000 rondaan setahun;

iii. Melatih dan mengeluarkan bilangan 40 usahawan bumiputera yang mampu menampung pelaksanaan kerja-kerja pembangunan hutan secara kontrak;

iv. Mengeluarkan seramai 76 tenaga mahir bumiputera yang terlatih dalam pelaksanaan kerja-kerja perhutanan di lapangan melalui modul pembangunan modal insan FORTRAIN; dan

v. Melaksanakan 100 aktiviti kesedaran Awam melalui modul Komunikasi dan Pendidikan (Communication, Education and Public Awareness-CEPA) di Semenanjung Malaysia.

JPSM juga akan mendokong keputusan kerajaan untuk melaksanakan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2015 – Pelaksanaan Dasar Pemisah Bagi Pegawai Yang Berprestasi Rendah Dalam Perkhidmatan Awam. Bagi memastikan penyampaian Perkhidmatan Awam tidak terjejas, JPSM tidak teragak-agak mengambil tindakan untuk menunjukkan jalan keluar kepada warga kerja JPSM yang berprestasi rendah daripada Perkhidmatan Awam jika ada. Tindakan penamatan perkhidmatan mereka yang terlibat dengan mengambil kira prestasi, kerlakuan, nilai-nilai kebergunaan pegawai kepada perkhidmatan, kegagalan pegawai untuk memenuhi apa-apa syarat perkhidmatan dan segala hal keadaan lain yang ditentukan oleh kerajaan. Saya amat berharap melalui Pekeliling ini, dapatlah segelintir warga kerja JPSM yang berprestasi rendah dapat memperbaiki diri dan seterusnya menjadi sebahagian dari organisasi yang dapat membantu mencapai Wawasan JPSM.

Saya amat berkeyakinan penuh dengan semangat yang telah kita sama-sama pupuk semenjak saya mula menerajui JPSM sebagai KPPSM, iaitu “Anda Boleh, Saya Boleh, Kita Boleh, JPSM Boleh (You Can, I Can, We Can, JPSM Can). Dengan semangat yang jitu inilah juga, saya terus berkayakinan penuh bahawa KPI KPPSM Tahun 2016 boleh memperolehi 100% pencapaian iaitu pada tahap Sangat Melepasi Sasaran (Significantly Exceed Target ), sebagaimana yang telah kita berjaya capai secara berturut-turut semenjak Tahun 2011. Untuk terus menyuburkan semangat ini, saya sering juga mengajak semua warga kerja JPSM di setiap lapisan samada di Ibu Pejabat Perhutanan mahupun di Jabatan-jabatan Perhutanan Negeri supaya bersama-sama saya untuk terus menghayati dan menjiwai seluruh jiwa raga kesembilan-bilan elemen budaya kecemerlangan, sepertimana yang sering saya war-warkan, iaitu :-

• Fokus kepada kerja (dengan niat yang betul);

• Perkukuhkan Barisan (Organisasi);

• Perkasakan Semangat Berpasukan (Teamwork);

• Tambahkan ilmu Pengetahuan (Life long learning);

• Tingkatkan kemahiran dan kepakaran (skill and knowledge);

• Istiqamah (Consistent);

• Pantas dan Tangkas (Tidak Bertangguh-tangguh);

• Jangan Negatif (Elakkan bersikap negatif); dan

• Positif dan Pro-Aktif (sentiasa Bersikap Positif)

Semoga segala niat suci murni kita semua untuk bersama-sama berkhidmat dengan lebih cemerlang lagi pada tahun 2016 akan sentiasa mendapat hidayah dan keberkatan dari Allah SWT. Adalah menjadi harapan saya juga, semoga segala sumbangan dan sokongan murni serta semangat kental yang kita semua warisi untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang di Tahun 2016 akan menjadi satu kenyataan serta ibadah yang sentiasa memperolehi keberkatan dari Allah SWT, InsyaAllah.

Sekian, terima kasih.


Wabillahi-taufik-walhidayah.
Wassalamualaikum-Warahmatullahi-wabarakatuh.

Selamat Tahun Baru 2016.

Sign KP

(DATO’ SRI DR. HJ. ABD. RAHMAN BIN HJ. ABD. RAHIM)
Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia.

5856 COM_CONTENT_REVIEW
|

 

BIlSPESIESPENERANGANGAMBAR
1.  Hevea brasiliensis (Getah) Timber Latex Clone (TLC)  TLC ditanam bagi tujuan pengeluaran kayu-kayan sebagai produk utama dan lateks sebagai produk sampingan. Spesies getah mempunyai kadar tumbesaran yang cepat dan penghasilan susu getah yang tinggi. Ia boleh digunakan untuk pembuatan perabot, papan serpai dan papan berketumpatan sederahana.  gambar1
gambar2
2.  Acacia mangium (Akasia)  Spesies ini berasal dari Australia Utara, Papua-New Guinea dan Indonesia Timur (Maluku dan Irian Jaya). Ia biasa didapati di kawasan tanah pamah yang mempunyai ketinggian bawah 100m dari aras laut. Spesies ini boleh membesar sehingga mencapai ketinggian 30m. Antara kegunaannya adalah untuk pembuatan perabot dan kabinet, rangka pintu, kayu kumai, binaan ringan serta pulpa dan kertas.  gambar3
gambar4
3.  Tectona grandis (Jati)  Jati dikategorikan sebagai spesies cepat tumbuh dan boleh mencapai ketinggian maksimum sehingga 85m. Jati adalah salah satu kayu yang paling berharga di Asia Tenggara. Kayunya yang tahan lama dan warna semula jadi yang menarik menyebabkan ia sesuai untuk dijadikan perabot yang berkualiti tinggi.  gambar5
gambar6
4. Azadirachta excelsa (Sentang) Sentang merupakan tanaman asal dari Malaysia, dan penanaman sentang adalah sesuai dengan suasana atau iklim di Malaysia. Kayu sentang merupakan kayu keras sederhana atau ringan yang banyak juga ditanam di Thailand, Malaysia, dan Indonesia. Spesies ini boleh digunakan untuk pembinaan ringan. gambar7 
5.  Khaya spp. (Khaya ivorensis/Khaya senegalensis)  Pokok Khaya adalah kayu keras dan cepat tumbuh. Spesies ini boleh mencapai ketinggian 35m. Kayu pokok Khaya ini boleh digunakan untuk pertukangan kayu, tanggam,pembuatan perabot, kerja kabinet, pembinaan kapal dan dalam pengeluaran venier hiasan.  gambar8
gambar9
6.  Neolamarckia cadamba (Kelempayan/ Laran)  Kelempayan ini merupakan spesies cepat tumbuh dan sesuai ditanam untuk penanaman semula hutan. Ia dijumpai di kawasan tanah pamah 1000m dari aras laut. Spesies ini adalah kayu ringan dan boleh digunakan untuk pulpa dan pembinaan ringan.  gambar10
gambar11
7. Paraserianthes falcataria (Batai) Spesies ini berasal dari Maluku, Irian Jaya dan Papua-New Guinea. Pokok ini merupakan spesies cepat tumbuh dan boleh mencapai ketinggian sehingga 45m. Spesies ini boleh digunakan untuk papan lapis, batang mancis, papan, membuat ukiran, pulpa dan kertas. gambar12
8. Octomeles sumatrana (Binuang) Spesies ini boleh dijumpai di keseluruhan kawasan Indonesia sehingga ke Malaysia (Sabah dan Sarawak). Ia tumbuh di kawasan tanah pamah sehingga1000 m dan sesuai ditanam di kawasan yang bertanah aluvium, tanah liat atau tanah lempung berpasir. Ia boleh digunakan untuk pembinaan ringan dan pulpa memandangkan spesies ini adalah spesies kayu ringan. gambar13
11138 COM_CONTENT_REVIEW
|

1akses logo 

6269 COM_CONTENT_REVIEW
|

Contact Us

Forestry Department of Peninsular Malaysia Headquarters,
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur
Phone. No: 603-26164488
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Visitor Counter

Today 80

Yesterday 558

Week 638

Month 18652

All 691872

Polls

Your opinion about the new Web site JPSM

Very Good - 43.5%
Good - 43.5%

Total votes: 23
The voting for this poll has ended on: September 17, 2017
.

Kapur (Dryobalanops aromatica)

kapur1 kapur2

Description:

Dryobalanops aromatica, commonly known as Kapur, is a species of plant in the Dipterocarpaceae family. The species name aromatica is derived from Latin (aromaticus = spice-like) and refers to the smell of the dammar (resin). This species was one of the main sources of camphor and attracted early Arab traders to Borneo, at that time worth more than gold, and used for incense and perfumes. It is found in Sumatra, Peninsular Malaysia and Borneo. It is a large emergent tree, up to 65 m or even 75 m tall, found in mixed dipterocarp forests on deep humic yellow sandy soils. It is a heavy hardwood sold under the trade names of Kapur.

Muat Turun Click here to download and print

Giam (Hopea)

giam

Description: 

Vernacular names for the heavy timbers of Hopea spp. (Dipterocarpaceae) applied include giam (Peninsular Malaysia) with various epithets, selangan (Sabah and Sarawak). Major species include H. ferrea, H. helferi, H. nutans, H. pentanervia and H. semicuneata. The sapwood is yellow and is poorly defined from the heartwood, which is yellow with a greenish tinge when fresh and turns deep red-brown on exposure. Also known as Koki:r (Cambodia); Balau (Indonesia); Hin, Mai khaen fay and Mai la en (Laos); Thingyan (Myanmar); Heavy hopea (Papua New Guinea); Saplungan and Yakal (Philippines); Krabok-krang, Lao Tao, Takian Hin, Takian-Nu and Takian-rak (Thailand); and Sao xanh (Vietnam).

Muat TurunClick here to download and print

Chengal (Neobalanocarpus heimii)

chengal1  chengal2

Description: 

Chengal tree is a popular hardwood tree. The natural distribution of this tree is restricted to Peninsular Malaysia, Singapore and Southern Thailand. Chengal is found in mixed dipterocarp lowland forests, especially on undulating lands, in swampy areas and sometimes in dry areas of swamp forests. Chengal is a durable hardwood timber and has a density of between 915 to 980 kilograms per cubic meter is normally used in heavy construction work, especially boats construction, pillars and bridges without the need to preserve because it is resistant from termites attacks. In Malaysia, a chengal tree grows in lowland areas less than 1000 meters elevation, especially in areas with good water drainage. Normally chengal tree grows well in the areas that receive rainfall more than 2000 millimetres per year and no drought.

Muat TurunClick here to download and print

Balau (Shorea sp.)

balau1 

Description: 

Pokok Balau (Shorea sp.) merupakan spesies dipterokarpa tergolong dalam kumpulan kayu keras berat dan mempunyai ketahanan yang tinggi. Kayunya amat sesuai digunakan di dalam pembuatan pembinaan dan pembuatan perabot. Spesies ini menghasilkan resin atau damar yang secara tradisinya, resin ini digunakan dalam pembuatan obor dan sekarang digunakan dalam industri pembuatan cat dan varnish. Ia juga digunakan sebagai bahan emulsi dan penstabil untuk pengeluaran cat dan dakwat percetakan. Pokok Balau mempunyai taburan yang meluas di sekitar Sumatra, Thailand dan Semenanjung Malaysia. Spesies ini biasanya tumbuh dengan subur di kawasan lembah dan berbukit.

Muat TurunClick here to download and print

Merbau (Intsia spp.)

merbau

Description: 

Has an orangish-brown color when freshly cut, which ages to a darker reddish-brown. Color between boards can be highly variable. There are also small yellow mineral deposits found throughout the wood, making it easier to separate from other lookalikes. These yellow deposits are water-soluble and can cause staining.

Muat TurunClick here to download and print