soalan lazim| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

DPSMJPSM

PRAKATA KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN TENAGA DAN SUMBER ASLI
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Malaysia amat bertuah kerana dilitupi oleh kawasan hutan hujan tropika. Keluasan Kawasan berhutan di Semenanjung Malaysia adalah berjumlah 5,734,083 hektar iaitu 43.4% daripada keluasan tanah di Semenanjung Malaysia. Daripada jumlah tersebut, seluas 4,812,326 hektar telah diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK), manakala baki seluas 921,757 hektar lagi adalah kawasan Hutan Tanah Kerajaan, Hutan Perlindungan Hidupan Liar dan kawasan berhutan lain. Dalam beberapa dekad ini, sektor perhutanan di Semenanjung Malaysia telah mengalami beberapa perubahan penting sejajar dengan keperluan dalam pembangunan dan pengurusan hutan secara berkekalan terutama dalam isu pelepasan gas rumah kaca dan perubahan iklim. Pengurusan hutan bagi tujuan pengeluaran kayu-kayan telah diperluaskan merangkumi pengeluaran pelbagai produk dan perkhidmatan hutan termasuk pembekalan sumber air bersih, pemeliharaan kepelbagaian biologi, kualiti alam sekitar, pengawalan banjir dan menangani isu perubahan iklim. Oleh itu, sumber hutan perlu diurus secara lestari, dipulihara secara cekap dan digunakan secara bertanggungjawab demi generasi masa hadapan. Selari dengan perkembangan semasa isu-isu perhutanan maka penggubalan Dasar Perhutanan Semenanjung Malaysia (DPSM) telah mengambil kira perkembangan baharu seiring dengan keperluan sektor perhutanan semasa yang merangkumi aspek-aspek Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (PHSB), pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi kesan perubahan iklim, meningkatkan penggunaan teknologi dalam penguatkuasaan dan pemantauan hutan serta memperkasakan penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia kerana telah berjaya menggubal DPSM ini sejajar dengan perkembangan isu-isu perhutanan semasa dan kehendak masyarakat tempatan dan antarabangsa.

KATA-KATA ALUAN KETUA PENGARAH PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurniaan-Nya, dokumen Dasar Perhutanan Semenanjung Malaysia (DPSM) ini dapat diterbitkan dengan jayanya. Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pasukan Petugas Khas dan Jawatankuasa Penerbitan DPSM dan juga semua individu yang telah menyumbang dalam penyediaan dan penerbitan buku ini. Usaha gigih, komitmen dan sumbangan yang tidak ternilai telah menjadikan penyempurnaan dokumen DPSM ini menjadi kenyataan. DPSM ini adalah dasar baharu yang digubal berasaskan kepada kajian semula yang dijalankan ke atas Dasar Perhutanan Negara 1978 (Pindaan 1992). DPSM ini merupakan satu garis panduan bagi menjamin pengekalan sumber hutan di Semenanjung Malaysia. Dasar ini adalah teras utama dalam mengurus dan membangunkan sumber hutan secara mampan selaras dengan keperluan sosioekonomi negara dan alam sekitar. Penggubalan DPSM ini turut mengambil kira perkembangan baru isu-isu perhutanan semasa supaya pembangunan sector perhutanan terus maju dan kekal relevan pada masa hadapan. Sebanyak 10 Objektif dengan sembilan (9) Teras Utama yang telah digubal dan disusun bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan dalam DPSM. Berdasarkan Teras Utama tersebut, 27 Strategi dan 125 Pelan Tindakan telah dirangka bagi membantu jabatan/agensi di Semenanjung Malaysia yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan perancangan dan pengurusan sumber hutan negara ke arah pencapaian pengurusan hutan secara berkekalan. DPSM digubal dengan memfokuskan perkara berkaitan kelestarian sumber hutan, konservasi kepelbagaian sumber hutan, kemampanan perkhidmatan hutan, kesejahteraan ekonomi dan kesinambungan industri, perundangan dan penguatkuasaan, keterangkuman dan keterlibatan pihak berkepentingan, kesejahteraan sosial dan orang asli, penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi serta masyarakat berpencerahan. Adalah menjadi harapan saya semoga dasar ini menjadi garis panduan dan merupakan asas dalam pengurusan dan pembangunan sumber hutan negara yang berkesan.

Contact Us

Forestry Department of Peninsular Malaysia Headquarters,
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur
Phone. No: 603-26164488
Fax: 603-26925657
E-mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Visitor Counter

Today 1281

Yesterday 1563

Week 5979

Month 10132

All 2054483