Famili                 :    Melastomaceae

Nama saintifik      :    Phullagathis rotundifolia. 

Nama tempatan    :   Tapak sulaiman


Kegunaan.

Ramuan tonik, sakit kelamin, batuk, busung, luka, cacing, ketahanan lepas bersalin, meroyan, sakit perut.

Kaedah.

Air rebusan semua bahgaian pokok terutama akarnya diminum . Rawatan bagi penyakit busung dan cacing dibuat dengan membalut campuran daun dan batangnya yang ditumbuk lumat  bersama dengan kunyit dan beras  pada bahagian perut sehingga sembuh. Pokok ini juga boleh dibuat tanaman lanskap.

Habitat.

Biasanya didapati di kawasan yang bercangkat rendah, di kawasan pinggir hutan dan di lereng-lereng bukit.   

Ciri-ciri Istimewa.

Bahagiam atas daun berkilat dengan tangkainya berwarna merah.

Kaedah Pembiakan.


Pembiakannya menggunakan biji  benih.