|
Famili
: Apocynaceae
Nama saintifik : Tabenaemontana coronaria
R.Br.ex Roem.et Schult
Nama tempatan : Susun
kelapa
Kegunaan.
Resdung, campuran herba bersalin, senggugut, ulser hidung, penyakit
venereal .
Kaedah.
Akarnya yang
dicincang kemudian air rebusannya diminum bersama dengan herba bersalin
yang lain. Bagi rawatan resdung, akarnya diasah dengan kemenyan arab dan
patinya disedut ke dalam hidung manakala airnya yang jernih dititikkan ke
dalam mata bagi rawatan “ulser hidung”. Perhatian : Pokok ini ada
persamaan dengan pokok Cina putai dan Cak perdik . Perbezaannya ialah
bunga pokok ini dalam bentuk bersusun dan agak besar. Pokok ini banyak
terdapat di kawasan perkampungan dan biasanya ditanam di kawasan kuburan
memandangkan bunganya berbau harum. Ianya juga boleh dibuat tanaman
lanskap. Daunnya yang dipatah akan mengeluarkan sedikit getah putih.
Habitat.
Biasanya didapati di kawasan yang bercangkat rendah dan lereng hutan.
Ciri-ciri Istimewa.
Daunnya hijau berkilat dan mempunyai bunga berwarna putih.
Kaedah Pembiakan.
Pembiakannya menggunakan buah .
|