|
Piagam
Pelanggan Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia
Semua permohonan untuk mendapatkan maklumat-maklumat mengenai
pengurusan, pembangunan dan pemuliharaan sumber hutan serta industri
perhutanan akan dikemukakan dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh
permohonan diterima kecuali bagi maklumat-maklumat yang belum
diperolehi oleh Jabatan.
Nasihat-nasihat teknikal mengenai pengurusan, pembangunan dan
pemuliharaan sumber hutan serta industri perhutanan akan dikemukakan
dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh ianya diterima kecuali bagi
perkara-perkara yang memerlukan kajian yang khusus.
Semua permohonan untuk mendapatkan penerbitan tidak terperingkat
akan diedarkan dalam tempoh (2) minggu dari tarikh permohonan
diterima.
Permohonan untuk mengikuti latihan dalam perkhidmatan yang
dianjurkan oleh Jabatan akan dimaklumkan keputusannya dalam tempoh
dua (2) minggu selepas tarikh tamat penerimaan permohonan.
Permohonan untuk mengikuti kursus-kursus di Sekolah Perhutanan,
Kepong dan Pusat Latihan Membalak, Terengganu akan dimaklumkan
keputusannya dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh temuduga.
Semua laporan kemajuan projek pembangunan hutan akan dikemukakan
kepada agensi pusat tidak lewat dari tarikh yang ditetapkan.
Keputusan tawaran pelaksanaan projek pembangunan hutan akan
dimaklumkan tidak lewat dari empat (4) bulan selepas tawaran
dikeluarkan.
Tindakan untuk mengemukakan dokumen bagi bayaran kemajuan kontrak ke
Perbendaharaan akan diambil dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh
permoohonan diterima sekiranya semua syarat-syarat yang ditetapkan
dipenuhi.
Bon pelaksanaan kontrak akan dilepaskan dalam tempoh satu (1) bulan
selepas tamat tempoh bon tersebut.
Semua aduan berhubung perkhidmatan perhutanan diambil tindakan dalam
tempoh tiga (3) hari dari tarikh aduan diterima.
|