|
Pemahaman Mengenai Pindaan Akta Perhutanan Negara
1984 dan Implikasi Perlaksanaannya
1.0 Pendahuluan
1.1 Peruntukan Artikel 74(2) Perlembagaan Persekutuan
menyatakan bahawa soal tanah termasuk perhutanan adalah di dalam bidang
kuasa tiap-tiap Kerajaan Negeri di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Di bawah kuasa peruntukan ini, Kerajaan Negeri mempunyai kuasa mutlak di
dalam membentuk atau menerima sesuatu undang-undang hutan bagi mentadbir
dan menguruskan hal-hal perhutanan di dalam negeri berkenaan.
1.2 Undang-undang hutan yang pertama digubal
ialah Forest Ordinance 1908 yang dilaksanakan oleh Negeri-Negeri Selat
dan lain-lain negeri di Semenanjung Malaysia dengan apa yang dinamakan
Enakmen Hutan 1934. Pembentukan dan pemakaian undang-undang hutan ini adalah
berbeza-beza di antara negeri-negeri mengikut penekanan keadaan pentadbiran
pada masa tersehllt
1.3 Selepas negara mencapai kemerdekaan, banyak
perkara-perkara di dalam Enakmen Hutan tersebut telah dikaji semula dan
diseragamkan antara negeri-negeri bagi menjamin pengurusan hutan untuk
pengeluaran yang berkekalan (sustained yield management). Lanjutan daripada
itu, satu undang-undang baru telah dibentuk dan diluluskan oleh Parlimen
yang dikenali sebagai Akta Perhutanan Negara 1984 (APN 1984), selari dengan
penerimaan Dasar Perhutanan Negara 1978 oleh semua negeri-negeri di Semenanjung
Malaysia.
1.4 Walau bagaimanapun, pada akhir tahun 80'an
dan awal 90'an, negara telah mengalami masalah pencerobohan hutan dan pembalakan
haram yang di luar kawalan. Keadaan ini.telah menyebabkan Kerajaan mengkaji
semula dan seterusnya membuat pindaan ke atas Akta tersebut dalam tahun
1993. Pindaan tersebut dikenali sebagai Akta Perhutanan Negara (Pindaan)
1993.
2.0 Akta Perhutanan Negara 2.1 Penerimapakaian Akta
2.1.1 Akta ini telah diwartakan pada 31 Disember
1984 dan kemudiannya disusuli dengan penerimapakaian oleh semua negeri
di Semenanjung Malaysia melalui Enakmen (Pemakaian) mengikut negeri masing-masing.
Tarikh-tarikh terimapakai Akta tersebut mengikut negeri adalah seperti
yang ditunjukkan dalam jadual di Lampiran I. Sebagai penjelasan,
perbezaan antara Akta dengan Enakmen adalah seperti berikut
i. Akta
Akta ialah undang-undang yang digubal dan diluluskan oleh Parlimen.
ii. Enakmen
Enakmen pula bererti undang-undang yang digubal dan diluluskan oleh
Badan Perundangan Negeri.
2.1.2 Seperti yang dinyatakan di para 2.1, soal
perhutanan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Dengan itu APN
1984 yang diluluskan oleh Parlimen tidak berkuatkuasa kecuali diterimapakai
di Negeri yang herkenaan.
2.1.3 Dengan yang demikian, Enakmen Perhutanan
Negara (Pemakaian) 1985 yang diluluskan oleh negeri-negeri adalah semata-mata
untuk menerimapakai atau pun menggunakan APN 1984 di negeri masing-masing.
2.2 Status Tanah
Status tanah mengikut undang-undang perhutanan dan Kanun Tanah Negara adalah
seperti berikut:
i. Hutan Simpanan Kekal
Ertinya mana-mana tanah yang dijadikan Hutan Simpanan Kekal (HSK) menurut
Seksyen 2 Akta ini. Kawasan tersebut ditadbir sepenuhnya oleh Jabatan Perhutanan
Negeri.
ii. Tanah Kerajaan
Semua tanah termasuk dasar sungai, tepi pantai serta dasar laut, selain
tanah berimilik, tanah rizab, tanah lombong dan tanah HSK (tafsiran mengikut
Seksyen 5 Kanun Tanah Negara).
iii. Tanah Rizab
Tanah yang dirizabkan untuk maksud awam seperti rizab sungai, rizab
keretapi, rizab jalan, rizab Orang Asli, rizab tentera dan sebagainya (mengikut
Seksyen 5 Kanun Tanah Negara).
iv Tanah Lombong
Mana-mana tanah yang telah diberikan pajakan lombong atau sijil lombong
(mengikut Seksyen 5 Kanun Tanah Negara).
>v. Tanah Berimilik
Mana-mana tanah yang mempunyai hakmilik yang didaftarkan, sama ada hakmilik
kekal atau sementara, sama ada untuk selama-lamanya atau untuk satu tempoh
yang terhad (mengikut Seksyen 5 Kanun Tanah Negara).
2.3 Tafsiran Hasil Hutan
Menurut Seksyen 2 APN, "hasil hutan" ditafsirkan mengikut status tanah
dan jenis hasil. Ini boleh diringkaskan seperti di Jadual 1.
Jadual 1: Ringkasan Tafsiran Hasil Hutan Mengikut Akta Perhutanan Negara
1984
|
HASIL HUTAN
|
HUTAN SIMPANAN KEKAL
|
TANAH KERAJAAN
|
TANAH BERMILIK TANAH LOMBONG TANAH RIZAB/TOL
|
|
A.
* Guano
* Gambut
* Batu Batan
* Pasir laut
* Pasir sungai
* Kerang laut
* Pasir kerang
* Tanah permukaan
B.
* Pokok dan semua bahagian atau hasil pokok yang tidak disebut selepas
daripada ini
* Tumbuh-tumbuhan termasuk pepanjat, tumbuhan menjalar & rumput
dan semua bahagian atau hasil tumbuh-tunBuhan sedemikian
* Sutera, kokun, madu, lilin dan sarang burung boleh dimakan
C.
* Kayu
* Kayu api
* Arang
* Getah daun taban
* Minyak kayu
* Kulit kayu
* Ekstrak kulit
* Damar dan atap
|
A.
* Pokok dan semua bahagian atau hasil pokok yang tidak disebut selepas
daripada ini
* Tumbuh-tumbuhan termasuk pepanjat, tumbuhan menjalar & rumput
dan semua bahagian atau hasil| tumbuh-tumbuhan sedemikian
* Sutera, kokun,madu, lilin dan sarang burung boleh ri; ms k*:3 n
B.
* Kayu
* Kayu api
* Getah & daun taban
* Minyak kayu
* Kulit kayu
* Ekstrak kayu
* Damar dan atap
|
* Kayu
* Kayu api
* Arang
* Getah daun taban
* Minyak kayu
* Kulit kayu
* Ekstrak kulit
* Damar dan atap
|
2.4 Kuasa-Kuasa Di Bawah Akta Perhutanan Negara
1984
Di dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mentadbir, mengurus dan
membangunkan sumber hutan, beberapa bidang kuasa telah diperuntukkan sama
ada kepada Pihak Berkuasa Negeri, Pengarah Perhutanan Negeri, Pegawai Perhutanan
ataupun lain-lain pegawai/agensi lain yang tidak berkaitan dengan bidang
perhutanan. Di bawah ini diterangkan secara ringkas mengenai peruntukan
kuasa-kuasa di bawah APN 1984. Kuasa-kuasa tersebut adalah seperti berikut
:
i. Kuasa-Kuasa Pihak Berkuasa Negeri
Pihak Berkuasa Negeri (biasanya melalui Jawatankuasa Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri mengenai Hasil Bumi) adalah kuasa yang tertinggi di dalam
sesuatu Negeri dan antara kuasa-kuasa Pihak Berkuasa Negeri yang diperuntukkan
di bawah Akta ini ialah :
a. Melantik Pegawai-Pegawai
Di bawah Seksyen 3, APN 1984, Pihak Berkuasa Negeri boleh melantik seorang
Pengarah Perhutanan Negeri dan beberapa orang Timbalan Pengarah Perhutanan
Negeri, Penolong Pengarah Perhutanan Negeri, Pegawai Hutan Daerah, Penolong
Pegawai Hutan Daerah dan pegawai-pegawai lain sebagaimana perlu dengan
diwartakan di dalam Warta Kerajaan.
b. Mewakilkan Kuasa
Pihak Berkuasa Negeri boleh mewakilkan kuasa kepada Menteri Besar dan
Pengarah Perhutanan Negeri untuk menjalankan apa-apa kuasa tertentu di
dalam mentadbir, mengurus dan membangunkan sumber hutan negeri berkenaan.
c. Kuasa Membuat Kaedah-Kaedah
Pihak Berkuasa Negeri boleh membuat Kaedah-kaedah seperti penetapan
kadar royalti, bayaran lesen dan lain-lain peraturan bagi tujuan memperkemaskan
perjalanan APN bagi negeri tertentu.
d. Pengisytiharan Dan Pemansuhan Hutan Simpanan
Kekal
Pihak Berkuasa Negeri boleh mengisytiharkan mana-mana tanah sebagai
HSK, serta memansuhkan dan mengeluarkan mana-mana tanah daripada menjadi
HSK.
e. Meluluskan Lesen Dan Permit
Pihak Berkuasa Negeri berkuasa meluluskan kebenaran mengambil hasil
hutan sama ada melalui Lesen, Lesen Kecil atau Lesen Pemindah (Seksyen
19, 28 dan 41) termasuk membenarkan menjalankan aktiviti-aktiviti di dalam
HSK melalui Permit Penggunaan (Seksyen 33).
ii. Kuasa-Kuasa Pengarah Perhutanan Negeri
Selain daripada kuasa-kuasa yang diperwakilkan oleh Pihak Berkuasa Negeri
secara tertentu, Pengarah Perhutanan Negeri juga diperuntukkan kuasa di
bawah APN. Antara kuasa-kuasa yang telah diperuntukkan ialah:
a. mewakilkan kuasa secara bertulis kepada mana-mana
pegawai hutan tidak rendah daripada Penolong Pegawai Hutan Daerah (Seksyen
5);
b. kuasa mengarahkan pemohon membuat atau melaksanakan
perkara-perkara yang dikehendaki atas tujuan pelesenan (Seksyen 20) dan
boleh membatalkan lesen sekiranya gagal mematuhi arahan tersebut (Seksyen
24, 25, 26 dan 27);
c. membaharui Lesen, Lesen Kecil, Lesen Pemindah
dan Permit Penggunaan (Seksyen 22, 30 dan 43);
d. melulus dan mengeluarkan Lesen Pemindah.
Kuasa ini diperwakilkan kepada Pengarah di bawah Kaedah 4, Kaedah-Kaedah
Hutan;
e. kuasa untuk memberi kebenaran memasuki HSK
dan penggunaan jalan hutan (Seksyen 47 dan 50);
f. menentukan tempat pengukuran hasil hutan
bagi hasil hutan yang dipindahkan dari kawasan lesen (Seksyen 66);
g. kuasa mengkompaun kesalahan (Seksyen 101).
Kompaun hanyalah dibenarkan bagi kesalahan kali pertama sahaia:
h. kuasa mendakwa kesalahan (Seksyen 103); dan
i. perakuan Pengarah mengenai nilai hasil hutan
boleh diterima sebagai keterangan di Mahkamah (Seksyen 105).
iii. Kuasa Pegawai Hutan
Di dalam menjalankan tugas penguatkuasaan Akta ini, pegawai hutan mempunyai
kuasa-kuasa tertentu sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta di samping
kuasa-kuasa yang diperwakilkan oleh Pengarah. Antara kuasa-kuasa pegawai
hutan yang diperuntukkan di bawah Akta ini ialah:
a. mengeluarkan perintah berhenti kerja (Seksyen
25). Kuasa ini hanyalah terhad kepada pegawai hutan yang berpangkat tidak
rendah daripada Pegawai Hutan Daerah;
b. membatalkan Notis Borang 2 (Seksyen 26).
Kuasa ini juga terhad kepada pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah
daripada Pegawai Hutan Daerah;
c. mengeluarkan perintah tunjuk sebab dan membatal
atau menggantung lesen (Seksyen 27). Kuasa ini juga terhad kepada pegawai
hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Pegawai Hutan Daerah;
d. kuasa mengeluarkan Pas Pemindah (Seksyen
70). Kuasa ini diberikan kepada mana-mana pegawai hutan yang diberi kuasa
oleh Pihak Berkuasa Negeri;
e. kuasa menangkap (Seksyen 88(1)), dan kuasa
menyita hasil hutan yang menjadi perkara kesalahan (Seksyen 89). Kuasa
ini diberikan kepada pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada
Pengawas Hutan;
f. kuasa menyiasat (Seksyen 88(3)). Kuasa ini
diberikan kepada mana-mana pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada
Penolong Pegawai Daerah;
g. kuasa menggeledah dengan waran (Seksyen 90).
Kuasa ini diberi kepada mana-mana pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah
daripada Penolong Pegawai Hutan Daerah;
h. kuasa menggeledah tanpa waran (Seksyen 91).
Kuasa ini diperuntukkan kepada pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah
daripada Pengawas Hutan;
i. kuasa untuk memberhentikan dan menggeledah
alat pengangkutan (Seksyen 92). Kuasa ini diperuntukkan kepada pegawai
hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Pengawas Hutan;
j. kuasa melepaskan secara sementara barang
yang disita (Seksyen 94(2)). Kuasa ini diperuntukkan kepada pegawai hutan
yang berpangkat tidak rendah daripada Pegawai Hutan Daerah; dan
k. kuasa memasuki dan memeriksa loji penukaran
(Seksyen 96). Kuasa ini diperuntukkan kepada mana-mana pegawai hutan.
iv. Kuasa Pegawai-Pegawai Lain
Di samping Pengarah dan Pegawai Hutan, Akta ini juga memperuntukkan
kuasa-kuasa tertentu kepada pegawai-pegawai lain daripada agensi bukan
perhutanan iaitu pihak Polis. Antara kuasa-kuasa yang diperuntukkan ialah:
a. kuasa menangkap dan menyita (Seksyen 88(1));
b. kuasa menyiasat (Seksyen 88(3)). Bagaimanapun,
kuasa ini diperuntukkan kepada mana-mana pegawai Polis yang berpangkat
tidak rendah dari Sarjan atau mana-mana pegawai yang menjaga balai Polis
sahaja;
c. kuasa menyita hasil hutan yang menjadi perkara
kesalahan hutan (Seksyen 89);
d. kuasa menggeledah dengan waran (Seksyen 90)
atau tanpa waran (Seksyen 91); dan
e. kuasa memberhentikan dan menggeledah alat
pengangkutan (Seksyen 92).
2.5 Perbezaan Lesen Dan Permit
2.5.1 Lesen
Lesen adalah kebenaran yang diberi kepada seseorang yang melibatkan
pengambilan atau pemindahan hasil hutan. Terdapat tiga (3) jenis lesen
yang dikeluarkan. iaitu:
i. Lesen
Kebenaran mengeluar dan mengambil hasil hutan dari HSK dan Tanah Kerajaan.
Ia menggunakan Borang 1.
ii. Lesen Recil
Kebenaran mengeluar dan mengambil hasil hutan kecil dan hasil hutan
utama sebanyak tidak lebih daripada 70 meterpadu dari HSK dan Tanah Kerajaan.
Ia menggunakan Borang 3.
iii. Lesen Pemindah
Kebenaran memindahkan hasil hutan dari tanah berimilik, tanah lombong,
tanah rizab dan tanah TOL. Ia menggunakan Borang 5. Kawasan-kawasan yang
telah diberi pembebasan hutan juga boleh dikeluarkan Lesen Pemindah mengikut
peraturan tertentu yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Negeri.
2.5.2 Permit
Permit ialah kebenaran yang diberi kepada seseorang untuk menduduki
atau menjalankan apa-apa aktiviti di dalam HSK. Bagaimanapun, kebenaraan
tersebut tidak membolehkan pemegang permit mengambil hasil hutan kecuali
sampingan daripada aktiviti yang dibenarkan itu atau hasil tanaman yang
dibenarkan. Terdapat tiga (3) jenis permit yang dikeluarkan, iaitu:
i. Permit Penggunaan
Permit Penggunaan adalah seperti mana yang dijelaskan di atas dikeluarkan
di bawah Seksyen 32(1) APN.
ii. Permit Jalan
Permit Jalan ialah permit bagi membenarkan seseorang menggunakan jalan
hutan di dalam HSK dan dikeluarkan di bawah Seksyen 50(1) APN.
iii. Permit Bagi Memasuki HSK
Permit ini ialah bagi membenarkan seseorang memasuki ke dalam HSK dan
dikeluarkan di bawah Seksyen 47(2) APN.
3.0 Akta Perhutanan Negara (Pindaan 1993)
3.1 Penerimapakaian Dan Penguatkuasaan
Pindaan kepada APN 1984 telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 4 Ogos
1993 dan di Dewan Negara pada 11 Ogos 1993 serta di luluskan sebagai APN
(Pindaan) 1993 iaitu Akta A864. Akta Pindaan ini juga telah diterimapakai
oleh kesemua Negeri di Semenanjung Malaysia melalui Enakmen masing-masing
pada tarikh yang ditunjukkan di Lampiran I.
3.2. Tujuan Pindaan
Secara khususnya pindaan-pindaan yang dibuat adalah bertujuan untuk:
i. memperuntukkan penalti dan hukuman yang lebih
tinggi berbanding dengan yang sedia ada serta mengetatkan prosedur bagi
mengkompaun kesalahan;
ii. memudahkan pembuktian kesalahan dalam perbicaraan
di Mahkamah;
iii. mewakilkan kuasa kepada Anggota Angkatan
Tentera di bawah seksyen- seksyen tertentu untuk menguatkuasakan Akta ini
seperti yang kini diperuntukkan kepada Pegawai Hutan dan Pegawai Polis;
iv. memperuntukkan pemberian insentif dalam
bentuk hadiah serta perlindungan kepada pemberitahu (informer) atas sumbangannya
berhubung dengan apa-apa kesalahan dan penyitaan di bawah APN1984:
v. mengemaskini APN 1984 secara keseluruhan
di samping memperbetulkan kesilapan-kesilapan kecil yang terdapat di dalamnya.
3 .3 Pindaan Penalti Dan Hukuman Pindaan ini
melibatkan peningkatan pada kadar penalti dan hukuman yang sedia ada. Ini
boleh dipecahkan kepada empat (4) kategori manakala kesalahan-kesalahan
hutan di bawah Akta ini adalah diringkaskan seperti di
Lampiran II . Kategori-kategori kesalahan adalah seperti berikut :
i. Kategori I
Pindaan bagi kesalahan yang melibatkan "Denda tidak melebibi RM 10,000
atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-dua denda
dan penjara" kepada "Denda tidak melebihi RM 500,000 dan penjara selama
tempoh tidak kurang daripada satu tahun tetapi tidak melebihi dua puluh
tahun". Pindaan ini adalah bagi kesalahan di bawah Seksyen 15 (2) iaitu
mengambil hasil hutan dari HSK atau Tanah Kerajaan tanpa lesen, permit
atau mengikut undang-undang. Pindaan juga dibuat ke atas Seksyen 40 (2)
iaitu kesalahan memindahkan hasil hutan daripada tanah berimilik, tanah
di bawah Lesen Pendudukan Sementara, Tanah Lombong atau tanah rizab tanpa
Lesen Pemindah, dan Seksyen 86 iaitu melancung, atau mencacat, atau memiliki
alat bagi melancung, tanda pada pokok dan kayu dan mengubah tanda sempadan.
ii. Kategori II
Pindaan bagi kesalahan yang melibatkan penalti denda tidak melebihi
antara RM 5,000, RM 2,000, RM 1,000 dan RM 500 atau hukuman penjara selama
tempoh tidak melebihi antara 2 tahun, 1 tahun, 6 bulan, 3 bulan atau kedua-dua
denda dan penjara kepada Denda tidak melebihi RM 50,000 atau hukuman penjara
tidak melebihi 5 tahun atau kedua-dua denda dan penjara. Seksyen yang terlibat
dengan pindaan kadar penalti ini adalah Seksyen 25(2), 32(2), 66(4), 67(2),
68(4)(a), 69(3)(a), 81(2)(b), 82(2), 84(1), 85(2), 87, 92(3), 93(2), 96(2),
97(2), 98(2), 100 dan 107.
iii. Kategori lll
Pindaan bagi kesalahan yang dikenakan penalti denda tidak melebihi antara
RM 1,000 dan RM 500 atau hukuman penjara tidak melebihi antara 6 atau 3
bulan atau kedua-dua denda dan penjara kepada Denda tidak melebihi RM 10,000
atau hukuman penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-dua denda dan penjara.
Seksyen yang terlibat adalah Seksyen 47(4), 68(4)(b), 69(3)(b), 81(2)(C)
dan 83(2).
iv. Kategori lV
Pindaan bagi kesalahan-kesalahan yang dikenakan penalti denda maksimum
tidak melebihi RM 500 dipinda kepada denda tidak melebihi RM 10,000. Seksyen
yang terlibat adalah Seksyen 50 dan 81(a) .
v. Kesalahan Berterusan
Pindaan pada kadar penalti dan denda bagi kesalahan berterusan iaitu
di bawah Seksyen 25(2) (tidak mematuhi Notis Borang 2) juga dipinda daripada
tidak melebihi RM 300 sehari kepada RM 1,000 sehari atau sebahagian daripada
kesalahan itu jika didapati berterusan.
3.4 Tambahan Bayaran Gantirugi
Pindaan juga dibuat kepada Seksyen 15(3) dan 40(3) iaitu tambahan bayaran
gantirugi kepada Pihak Berkuasa Negeri, iaitu:
i. sejumlah wang tidak melebihi 5 kali ganda
royalti, premium, ses dan caj-caj lain kepada sejumlah wang tidak melebihi
10 kali ganda royalti, ses dan caj-caj lain; dan
ii. daripada sejumlah wang yang tidak melebihi
3 kali ganda nilai hasil hutan kepada sejumlah wang tidak melebihi 10 kali
ganda nilai hasil hutan Di samping itu, pindaan juga di buat kepada Seksyen
81(3)(a) iaitu pelbagai perbuatan yang dilarang dalam HSK, dipinda "dari
nilai sebenar pokok atau kavu yang terlibat" kepada "10 kali ganda nilai
pokok dan kayu".
3.5 Syarat-Syarat Bagi Mengkompaun Kesalahan
Pindaan akta ini melibatkan kuasa mengkompaun di bawah Seksyen 101 di
mana kadar kompaun maksimum bagi kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun,
iaitu pindaan daripada tidak melebihi RM 2,000 kepada tidak melebihi jumlah
penalti denda maksimum yang ditetapkan bagi kesalahan. Pindaan akta ini
juga telah menetapkan bahawa kesalahan yang boleh dikompaun dihadkan kepada
kesalahan kali pertama sahaja. Bagi kesalahan yang dilakukan pada kali
kedua, ianya terpaksa dibawa ke Mahkamah.
3.6 Tambahan Seksyen Baru
Pindaan Akta ini juga melibatkan tambahan beberapa seksyen baru iaitu:
i. Seksyen 100 A - Hadiah
Seksyen ini memberi kuasa kepada Pengarah untuk memberi hadiah kepada
informer atas perkhidmatan berhubung dengan kesalahan dan penyitaan di
bawah akta ini.
ii Seksyen 100 B - Perlindungan Informer
Seksyen ini diwujudkan bagi memberi perlindungan kepada informer daripada
identitinya diketahui.
iii. Seksyen 101 A - Kuasa Makkamah Membatalkan
Lesen atau Permit
Peruntukan ini memberi kuasa kepada Mahkamah sebagai tambahan kepada
mana-mana penalti lain yang telah dikenakan, membatalkan lesen atau pemit
yang dikeluarkan berhubung dengan kesalahan yang dilakukan. Perintah ini
adalah mandatori bagi kesalahan di bawah seksyen 15, 40 dan 86. Apabila
lesen atau permit dibatalkan di bawah seksyen ini, Mahkamah dikehendaki
memerintah pemegang lesen / permit tersebut hilang kelayakan daripada memegang
apa-apa lesen atau permit untuk tempoh tidak melebihi 5 tahun.
iv. Seksyen 110 A - Kesalahan Yang Dilakukan
Oleh Pemegang Lesen Atau Permit
Seksyen ini menyifatkan bahawa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang
bersabit dengan apa-apa lesen atau permit yang dikeluarkan di bawah akta,
sebagai kesalahan yang dilakukan sendiri oleh pemegang lesen atau permit
tersebut. Selaras dengan ini, Seksyen 109 dan 110 adalah dipinda
bagi menghapuskan pengecualian sedia ada yang membolehkan pemegang lesen
atau permit membuktikan bahawa kesalahan adalah dilakukan tanpa pengetahuannya
atau ia telah mengambil langkah munasabah untuk mencegah berlakunya kesalahan
itu.
3.7 Penggantian Seksyen
Seksyen 104 - Anggapan Yang Dikehendaki Dibuat Oleh Mahkamah
Seksyen ini memperuntukkan lima anggapan yang dikehendaki oleh Mahkamah
iaitu :
i. Hasil hutan adalah harta Pihak Berkuasa Negeri;
ii Peta, pelan atau carta yang dibuat di bawah
Kuasa Pengarah adalah tepat;
iii. Tanda sempadan bagi lesen atau permit yang dibuat di
bawah kuasa pegawai hutan adalah tepat;
iv. Sesiapa didapati berada dalam HSK atau Tanah Kerajaan
yang ada pada miliknya Hasil Hutan dianggap telah mengambil atau memindah
hasil hutan tersebut tanpa lesen atau permit; dan
v. Sesiapa yang didapati berada dalam HSK atau Tanah
Kerajaan yang ada memiliki peralatan atau alat pengangkutan dianggap berniat
mengambil atau memindah hasil hutan tersebut tanpa lesen.
3.8 Penurunan Kuasa Kepada Anggota Angkatan
Tentera
Pindaan juga dibuat ke atas beberapa seksyen untuk membolehkan Pengarah
mewakilkan kuasa secara bertulis kepada Anggota Angkatan Tentera yang berpangkat
tidak rendah daripada Lans Koperal. Kuasa-kuasa tersebut ialah kuasa menangkap
dan menyita (Seksyen 88), kuasa menyita hasil hutan (Seksyen 89), kuasa
menggeledah dengan waran (Seksyen 90), kuasa menggeledah tanpa waran (Seksyen
91), kuasa memberhenti dan menggeledah alat pengangkutan (Seksyen 92) dan
kewajipan pegawai yang menyita (Seksyen 93).
4.0 Implikasi-implikasi
Perlaksanaan
4.1 Peningkatan Kadar Denda Dan Hukuman
Kadar denda yang tinggi dan hukuman penjara mandatori ke atas kesalahan
menceroboh hutan bermakna Kerajaan memberikan perhatian yang amat serius
ke atas gelagat sesetengah pihak yang melakukan pembalakan haram dengan
sewenang-wenangnya, kerana perbuatan tersebut boleh menjejaskan keutuhan
sumber hutan (terutamanya HSK) yang bukan sahaja untuk memberi keuntungan
jangka pendek tetapi lebih pentingnya perlu dilihat dari segi pemulihan
alam sekitar secara jangka panjang.
4.2 Pembuktian Kesalahan Hutan
Mengikut peruntukan baru, beban untuk membuktikan dia tidak melakukan
kesalahan adalah terletak pada yang dituduh. Ini bermakna pihak Kerajaan
tidak lagi bersusah payah membuat pembuktian kes-kes pendakwaan di mahkamah.
Pada masa yang lalu, kebanyakan kes kesalahan hutan terpaksa dibuang kes
kerana pembuktian pendakwaan tidak lengkap terutama dari segi teknikal.
4.3 Anggapan Mengambil Hasil Hutan Tanpa
Lesen
Di bawah pindan yang dibuat, sesiapa yang memiliki apa-apa hasil hutan
mestilah membuktikan hasil itu sah diambil melalui lesen atau permit yang
dikeluarkan di bawah Akta ini, jika tidak hasil hutan tersebut adalah dianggap
hak Kerajaan dan beliau boleh didakwa memperolehinya secara tidak sah.
4.4 Sempadan Dan Pelan Diterima Sebagai Tepat
Sebarang sempadan dan pelan yang diperbuat di bawah kuasa Pegawai Hutan
bagi satu-satu lesen atau permit di dalam HSK atan Tanah Kerajaan diterima
sebagai tepat dan betul oleh pihak mahkamah. Ini bererti tertuduh tidak
boleh mempertikaikannya lagi di dalam pendakwaan kes-kes kesalahan hutan.
4.5 Pemegang Lesen Bertanggungjawab Atas
Kesalahan
Apa-apa kesalahan hutan yang dilakukan oleh kontraktor, pekerja atau
mana-mana orang yang berhubung dengan apa-apa lesen atau permit, pemegang
lesen adalah dipertanggungjawabkan. Oleh itu pelesen tidak lagi boleh membuat
helah bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya. Ini bermakna,
dalam keadaan di mana jika orang yang melakukan kesalahan tidak dapat dikesan
atau ditangkap, maka dakwaan boleh dibuat terus kepada pelesen. Dengan
lain perkataan, pelesen hendaklah mengambil berat atas perialanan operasi
lesennya dan tidak melepas tangan begitu sahaja.
4.6 Peningkatan Kadar Kompaun Dan Harga Untuk
Kesalahan Pertama Sahaja
Di bawah pindaan baru, had maksimum kompaun yang boleh dikenakan oleh
Pengarah tidak lagi RM 2,000 (Ringgit dua ribu sahaja), tetapi boleh dikenakan
sehingga had denda maksimum iaitu RM 500,000 (Ringgit lima ratus ribu sahaja)
atau RM 50,000 (Ringgit lima puluh ribu sahaja) mengikut jenis kesalahan.
Manakala kuasa mengkompaun ini hanya untuk kesalahan kali pertama sahaja.
Bagi kesalahan kali kedua, terus akan dibawa ke mahkamah. Pihak pengusaha
patut memberi perhatian ke atas kenaikan kuasa mengkompaun yang tinggi
itu, serta tindakan tegas kepada mereka yang menjadi sindiket dalam melakukannya
secara berulang kali; bukan sahaja bagi kawasan lesen yang sama, tetapi
oleh orang yang sama di kawasan lesen lain.
4.7 Menggalakkan Orang Awam Tampil Memberi
Maklumat
Tambahan seksyen memberi hadiah dan perlindungan kepada informer (pemberi
maklumat) mengenai kesalahan hutan (terutama pencerobohan hutan) membuka
peluang kepada orang awam khususnya memberi kerjasama dalam membanteras
kegiatan pembalakan haram. Jabatan Perhutanan akan dapat bertindak dengan
lebih cepat dan berkesan apabila mendapat maklumat tersebut.
4.8 Bantuan Penguatkuasaan Oleh Tentera
Oleh kerana Jabatan Perhutanan mungkin menghadapi masalah tertentu dari
segi bilangan tenaga penguatkuasaan dan juga ancaman terhadap keselamatan
diri, maka peruntukan memberi kuasa tambahan kepada pihak angkatan tentera
akan dapat membantu mengawal kegiatan pembalakan haram secara lebih berkesan.
5.0 Penutup
Dengan penghuraian atas jenisjenis pindaan terbaharu ke atas APN 1984,
serta implikasi-implikasinya, adalah jelas bahawa Kerajaan memberi perhatian
yang serius bagi melindungi sumber hutan di negara kita ini. Kefahaman
yang mendalam terhadap pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang dan
peraturan hutan sangat penting bagi mengelakkan tindakan dan hukuman yang
berlipat ganda beratnya. Kefahaman ini juga akan secara langsung membantu
usaha Kerajaan khususnya Jabatan Perhutanan untuk mengurus dan menjaga
sumber hutan secara lebih sistematik dan efisien, bukan sahaja untuk mengeluarkan
hasil yang ekonomik bahkan lebih penting lagi untuk menjaga kestabilan
alam sekitar selaras dengan konsep pengurusan hutan secara berkekalan.
Lampiran I
Tarikh Pengwartaan Akta Perhutanan Negara 1984 Dan Pindaan 1993 untuk
Diterimapakai
Di Negeri-negeri Di Semenanjung Malaysia.
|
Negeri |
APN 1984 |
APN (Pindaan) 1993 |
|
JOHOR |
23.02.1986 |
29.12.1993 |
|
KEDAH |
19.11.1985 |
03.12.1994 |
|
KELANTAN |
19.12.1986 |
28.04.1994 |
|
MELAKA |
01.01.1985 |
26.05.1994 |
|
NEGERI SEMBILAN |
31.07.1986 |
12.05.1994 |
|
PAHANG |
17.12.1987 |
23.12.1993 |
|
PERAK |
27.12.1985 |
07.07.1994 |
|
PERLIS |
25.10.1988 |
18.08.1994 |
|
PULAU PINANG |
14.08.1986 |
03.02.1994 |
|
SELANGOR |
19.06.1986 |
12.05.1994 |
|
TERENGGANU |
19.06.1986 |
09.06.1994 |
|
WILAYAH PERSEKUTUAN |
31.12.1984 |
13.01.1994
|
|