Warna: Color Color Color Bahasa: ms en Bahasa Lain Saiz Teks : Ikuti kami:
RSS Facebook Flickr Foursquare Web Mobile
Log Masuk / Daftar

Bertam Sulur

Bertam Sulur Nama saintifik : Corymborkis veratrifolia (Reinw.) Blume
Nama biasa : White Cinnamon Orchid
Nama tempatan : Bertam sulur
Famili : Orchidaceae

Pendahuluan: 

Sejenis orkid yang mempunyai nilai perubatan yang kurang dikenali. Namun begitu masyarakat melayu menggunakannya sebagai rawatan untuk melancarkan perjalanan darah dalam badan.

Ciri - Ciri Tumbuhan

Sejenis herba terestrial (tumbuhan yang tumbuh di atas tanah) yang tumbuh secara berumpun. Bunganya berwarna putih dan boleh bertahan hanya beberapa hari sahaja. Dipercayai didebungakan oleh rama-rama. Mempunyai batang yang tumbuh secara menegak. Helaian daun berukuran kira-kira 22-27 x 4.5-10 cm dan panjang tangkai daunnya kira-kira 0.5 cm . Mempunyai urat daun utama yang selari kira-kira 7-9 urat. Permukaan bawah daun berbulu agak jarang dan nampak seperti berkarat. Ukuran bunga kira-kira 5-10 cm panjang dan boleh mencapai sehingga 60 kuntum bunga. Ukuran sepal adalah lebih kurang 20-30 x 2-3 mm. Manakala ukuran kelopak bunganya adalah lebihkurang 25-30 x 3-4 mm.

Tabiat Tumbuhan

Boleh didapati di kawasan hutan pamah hingga ke kawasan berketinggian sehingga 300m apl. Ia tumbuh di kawasan tanah yang berporos (serapan air yang bagus) dan pada kelembapan tanah yang tinggi.

Bahagian Yang Digunakan

  • Daun

Amalan Tradisi Perawatan

Daun segar yang dikunyah boleh menyebabkan muntah untuk mengubati demam di kalangan kanak-kanak dan cirit-birit.

  Nama saintifik : Corymborkis veratrifolia (Reinw.) Blume Nama biasa : White Cinnamon Orchid Nama tempatan : Bertam sulur Famili : Orchidaceae Pendahuluan:  Sejenis orkid yang mempunyai nilai perubatan yang kurang dikenali. Namun begitu masyarakat melayu menggunakannya sebagai rawatan untuk melancarkan perjalanan darah dalam badan. Ciri - Ciri Tumbuhan Sejenis herba terestrial (tumbuhan yang tumbuh di atas tanah) yang tumbuh secara berumpun. Bunganya berwarna putih dan boleh bertahan hanya beberapa hari sahaja. Dipercayai didebungakan oleh rama-rama. Mempunyai batang yang tumbuh secara menegak. Helaian daun berukuran kira-kira 22-27 x 4.5-10 cm dan panjang tangkai daunnya kira-kira 0.5 cm . Mempunyai urat daun utama yang selari kira-kira 7-9 urat. Permukaan bawah daun berbulu agak jarang dan nampak seperti berkarat. Ukuran bunga kira-kira 5-10 cm panjang dan boleh mencapai sehingga 60 kuntum bunga. Ukuran sepal adalah lebih kurang 20-30 x 2-3 mm. Manakala ukuran kelopak bunganya adalah lebihkurang 25-30 x 3-4 mm. Tabiat Tumbuhan Boleh didapati di kawasan hutan pamah hingga ke kawasan berketinggian sehingga 300m apl. Ia tumbuh di kawasan tanah yang berporos (serapan air yang bagus) dan pada kelembapan tanah yang tinggi. Bahagian Yang Digunakan Daun Amalan Tradisi Perawatan Daun segar yang dikunyah boleh menyebabkan muntah untuk mengubati demam di kalangan kanak-kanak dan cirit-birit.  Klik sini untuk muat turun dan cetak
Submit to FacebookSubmit to Google BookmarksSubmit to Twitter

Kementerian Sumber Asli dan Alam SekitarInstitut Penyelidikan Perhutanan MalaysiaJabatan Alam SekitarInstitut Tanah dan Ukur MalaysiaJabatan Taman Laut MalaysiaJabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN)Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan GalianJabatan Ukur dan Pemetaan MalaysiaJabatan MIneral dan Geosains MalaysiaInstitut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan MalaysiaJabatan Pengairan dan SaliranJabatan Biokeselamatan
BakauPortal Kerajaan Malaysia  Institut Integriti MalaysiaInstitut Rimbawan MalaysiaMultimedia Super Corridor (MSC)Kementerian Pelancongan MalaysiaSuruhanjaya Pilihanaraya MalaysiaMAMPUJabatan Perkhidmatan AwamMalaysian ForesterKementerian Kewangan Malaysia
MyCoIDmyIDmyGOVMobileMyIdeas1MOCC  aseanwood