soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Jenis Hutan

 


Hutan Ericaceous

 


Hutan Montane

 


Hutan Dipterokarpa Atas

 


Hutan Dipterokarpa Bukit

 


Hutan Dipterokarpa Pamah

 

 
Hutan Paya Gambut

 


Hutan Paya Laut

 

Pengkelasan

Forest Type

Hubungi Kami

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur
No. Tel: 603-26164488
No. Faks: 603-26925657
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Statistik Pelawat

Hari Ini 5708

Semalam 8264

Minggu Ini 13972

Bulan Ini 183499

Keseluruhan 7704425

Jenis Hutan : Hutan Ericaceous - Gunung

Penerangan Hutan : Hutan yang terletak pada ketinggian melebihi 1,500 meter a.p.l dikenali sebagai Hutan Ericaceous-Gunung. Pokok-pokok yang terdapat pada jenis hutan ini bersaiz kecil, bengkok dan rendah. Spesies dari famili Ericacea mendominasi lantai hutan ini seperti Rhododendron spp. dan Vaccinium spp. Selain itu, tumbuhan seperti buluh, paku pakis dan lumut juga boleh ditemui di sini.

montaneforest2

Jenis Hutan : Hutan Oak-Gunung

Penerangan Hutan : Hutan jenis ini boleh dijumpai pada ketinggian 1,200 meter hingga 1,500 meter a.p.l. Spesies utama yang boleh ditemui di hutan ini adalah Lithocarpus spp. (Mempening) , Fagaceae sp. (Berangan) dan Cinnamomum sp. (Medang). Spesies dipterokarpa jarang ditemui dan hanya sebilangan sahaja spesies dipterokarpa yang boleh ditemui seperti Dipterocarpus retusus (Keruing gunong) dan Vatic spp. (Resak).

dipatas2

Jenis Hutan : Hutan Dipterokarpa Atas

Penerangan Hutan : Hutan ini terletak di ketinggian 750 meter hingga 1,200 meter a.p.l. Shorea platyclados (Meranti bukit), Agathis borneensis (Damar minyak), Calophyllum sp. (Bintangor), Dipterocarpus sp. (Keruing), Shorea astylosa (Balau gunong), Shorea submontana (Balau gajah) dan Shorea parvifolia (Meranti sarang punai) antara spesies pokok yang wujud pada jenis hutan ini

hilldipterocarpforest2

Jenis Hutan : Hutan Dipterokarpa Bukit

Penerangan Hutan : Hutan dipterokarpa bukit merupakan jenis hutan yang paling luas di Semenanjung Malaysia dan wujud pada ketinggian 300 hingga 750 meter a.p.l. Spesies utama yang boleh dijumpai adalah Shorea curtisii (Meranti seraya), Dipterocarpus (Keruing) dan spesies Meranti yang lain.

lowland dipterocarp foret2

Jenis Hutan : Hutan Dipterokarpa Pamah

Penerangan : Hutan ini terletak pada ketinggian tidak melebihi 300 meter a.p.l dan mempunyai bilangan pokok yang padat dari pelbagai spesies. Meranti, Balau dan Kapur merupakan spesies utama di kawasan hutan ini.

peatswampforest2

Jenis Hutan : Hutan Paya Gambut

Penerangan : Hutan ini terbentuk di atas tanah gambut yang mempunyai kedalaman lebih kurang 6 meter yang berair dan berasid. Hutan ini terletak di belakang garisan pantai. Antara spesies yang biasa terdapat di hutan ini adalah Koompassia malaccensis (Kempas), Calophyllum spp. (Bintangor), Shorea platycarpa (Meranti paya), Gonystylus spp.(Ramin), Sapotaceae sp. (Nyatoh), Cratoxylum spp. (Geronggang) dan Vatica spp. (Resak).

mangrove2

Jenis Hutan : Paya Laut

Penerangan : Hutan ini terbentuk di kawasan yang berlumpur di pantai, lagun dan muara sungai yang mengalami air pasang dan surut. Spesies pokok-pokok utama hanya terhad pada habitat ini dan tumbuhan di ekosistem ini lazimnya mempunyai sistem akar unik seperti akar jangkang dan pneumatofor serta struktur daun yang tebal seperti Rhizophora spp. (bakau).